Bab 42

2.4K 75 6
                                    

"Bila pihak polis boleh datang untuk jumpa isteri Tengku?"

"Baik, Khamis nanti saya akan datang bersama partner saya. Nanti Tengku bagi saya location."

"Okay, terima kasih."

Panggilan itu ditamatkan.

Dia menelefon Tengku Zarif tadi untuk menuntut janji lelaki itu. Dia ada beberapa perkara yang mahu ditanyakan pada Mikayla.

Dia sudah membaca fail laporan kes bunuh diri pelajar, Daus Hakimi yang terjadi 10 tahun lepas. Setiap rekod diteliti kerana dia yakin benar ada perkaitan kes itu dengan kes bunuh Ailin. 

Dia turut membaca lampiran nota bunuh diri yang ditemui ibubapa Daus sebelum nota dari telefon bimbit itu diserahkan kepada pihak polis. Dari nota itu jelas menunjukkan Daus Hakimi membunuh diri disebabkan oleh Mikayla.

Hai Mika, kalau kau baca ni maksudnya aku dah tak ada dengan kau. Aku minta maaf sebab aku pergi dulu walaupun kita berjanji nak sehidup semati bersama. Aku minta maaf sebab aku tak dapat terima hakikat kau sanggup gugurkan anak dalam perut kau. Kenapa kau sanggup bunuh baby tu. Aku dah cakap aku sudi nak bertanggungjawab. Tapi kau pilih nak bercinta dengan orang kaya berbanding aku yang tak ada apa apa ni. Padahal kita saling sayang. Walaupun aku temankan kau pergi gugurkan baby tu, aku still tak dapat lupakan hal tu. Aku rasa tak tenang nak hidup. Asyik terbayang baby kita merangkak cari aku dengan kau. Aku doakan kau bahagia Mika. Biar aku pergi dulu jumpa baby kita. I love you, Mikayla.

Gambar nota yang ditangkap oleh pihak polis yang menguruskan kes itu dibaca berulang kali sampai dia sudah boleh hafal ayat ayat yang tertaip di situ. Persoalannya, betul ke Mikayla mengandungkan anak Daus Hakimi? Laporan polis pula menyatakan yang Dato' Marina telah melibatkan peguam supaya Mikayla dapat mengelak dari diperiksa oleh doktor. 

Kerana campur tangan Dato' Marina, pihak polis terpaksa menghentikan perkaitan di antara Mikayla dengan kes itu. Kes itu akhirnya dilabel sebagai kes bunuh diri. 

Padahal masih banyak yang belum diperiksa. Dia tak faham kenapa pihak polis yang menyiasat kes itu dulu tidak memeriksa laporan hospital mengenai kes gugur itu. Kalau Mikayla membuat pengguguran, pasti ada rekod hospital. Gambar Mikayla dan Daus yang tertangkap di depan hospital itu turut ditenung. Mikayla tak nampak seperti baru lepas menjalani proses gugur. Nampak biasa. Walaupun nampak riak Daus Hakimi di sebelah yang menunduk seperti sedih. 

Mungkin orang yang berdendam dengan Mikayla wujud disebabkan kes kematian Daus Hakimi. Tapi kalau begitu, maksudnya keluarga Daus Hakimi turut boleh dikait sama. Tapi sekarang hanya ayah kepada arwah pelajar itu yang masih tinggal. Ibu dan adik Daus Hakimi telah meninggal dunia. 

Dia telah menyiasat dan dimaklumkan ibu Daus Hakimi juga mati bunuh diri gara gara tekanan melampau dan tidak dapat menerima kematian anak sulungnya. Adiknya pula memang mempunyai masalah jantung dari kecil dan meninggal kerana tidak dapat menerima rawatan yang sempurna.

Kalau ayah Daus mahu berdendam dengan Mikayla, kenapa pula dia membunuh Ailin? Inspektor Haris turut mengarahkan juga anak anak buahnya untuk mencari keberadaan ayah Daus melalui alamat yang tercatat pada rekod tapi lelaki itu tidak ditemui. Dia pula hanya boleh menyiasat secara off record sahaja kerana kes itu bukan dibawah penyiasatannya. Pening kepala Inspektor Haris memikirkan segala kemungkinan. Sebab itu dia perlu menemui Mikayla. Dia mahu tahu cerita dari pihak Kayla sendiri.

.............................................

Hari itu Zarif membawa Mikayla ke hospital untuk membuat full checkup bagi mengesahkan kehamilan. Dia tersenyum lebar sahaja sepanjang memandu sehingga mereka dipanggil oleh doktor ke bilik rawatan. Rasa teruja kerana itu kali pertama merasai pengalaman menemani isteri membuat pemeriksaan kehamilan. Dia tak tipu, sumpah dia terlampau gembira dan bahagia. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now