Bab 43

2.4K 77 2
                                    

Setelah dua jam mereka di rumah agam Tengku Zaid, kedua dua inspektor polis itu akhirnya bangun meminta diri untuk pulang. Rasanya cukup setakat itu dahulu kerana mereka, sekarang sudah ada jejak baru. Mereka perlu siasat lebih terperinci dahulu sebelum menyusun kembali rancangan.

"Saya akan siasat dulu Puan. Buat sementara waktu Puan kena hati hati. Risau jika ayah Daus ada niat tak baik terhadap puan. Saya akan maklumkan update tentang kes kepada suami puan." 

Tengku Zarif menghantar kedua anggota polis itu sehingga ke muka pintu sambil mengusap lembut bahu isterinya.

"Terima kasih tuan, puan." ujar Mikayla seraya tersenyum nipis. Lelah memikirkan segala apa yang mereka bincangkan tadi.

"No, kami yang kena berterima kasih. Maklumat dari awak sangat berguna Puan Mikayla. Alangkah bagusnya kalau pihak polis percayakan awak dari dulu lagi. Kemungkinan kes bunuh sekarang ni tak akan berlaku dan awak tak perlu hadap kecaman orang." ujar Inspektor Haris perlahan.

Zarif menunduk memandang wajah isterinya. Dia sangat kesian dengan Mikayla. Mikayla mangsa keadaan dari dulu lagi!

Mikayla mengeluh perlahan setelah melihat kereta yang dipandu Inspektor Haris itu bergerak keluar dari kediaman Tengku Zaid.

Inspektor Haris memandu tenang untuk pulang ke balai. Di dalam kereta mereka berdua, masih rancak berbincang mengenai maklumat yang mereka dapat tadi.

"Saya setuju dengan awak Nuha. Ada kemungkinan Ailin yang bunuh Daus dan palsukan nota bunuh diri tu."

Inspektor Haris juga sudah mula kelihatan teruja. Kes itu nampaknya ada sinar penghujung. Kalau benar seperti yang diteka, mereka perlu cepat cepat buka kembali kes bunuh diri 10 tahun lepas. Ayah Daus yang menghilang itu perlu dijejaki.

"Tuan, saya kuat merasakan ayah Daus dapat tahu dan mahu membalas dendam. Cuma yang peliknya, siapa yang sebarkan rakaman? Kenapa ayah Daus nak orang sangka Mikayla yang membunuh? Hanya kerana nak lepaskan diri ke?" ujar Inspektor Nuha pelik.

"Itu masih lagi jadi tanda tanya. Sepatutnya, kalau saya jadi ayah Daus tu, saya tak akan sebarkan video. Biar semua orang tak tahu ada orang ketiga dalam kes bunuh tu. Biar orang fikir Mikayla yang bunuh. Kalau sebarkan, tengoklah, kita sekarang dapat klu baru tentang kes. Cuma saya masih musykil, kalau ayah Daus terlibat, macam mana dia boleh ada dalam rumah Ailin, dan kenapa dia perlu rakam pergaduhan Mikayla dengan Ailin?"

"Betul tu tuan. Kes ini pelik tapi saya boleh jamin yang kes ni akan berjaya ditutup dengan penangkapan pembunuh sebenar. Kita cuma perlu rungkaikan sahaja segala maklumat."

Inspektor Haris turut mengangguk bersetuju.

...............................................

"Sayang tak ada rasa nak muntah muntah ke?" said Tanya Zarif.

Mikayla memandang suaminya yang sedang bersiap di depan cermin dengan muka pelik.

"Abang nak Mika muntah muntah ke?" soalnya geram.

"Takdelah, kan biasanya tengok drama kan orang mengandung asyik muntah muntah. So abang pelik lah kenapa Mika tak kena macamtu."

"Eeee Mika dah demam demam haritu pun abang still nak tengok Mika muntah ke? Siotlah abang ni!" bentak Mikayla geram.

Zarif sudah tergelak. Dia terus menghampiri isterinya yang sedang berbaring di katil. Dicium bertalu talu pipi isterinya itu.

"Bukannya abang minta sayang muntah muntah. Cuma abang pelik jer. Abang happy lah kalau Mika tak kena alahan teruk. Abang tak nak isteri abang ni sakit sakit. Maybe baby kita ni behave kut sayang. Baby pun sayang mommy dia. Kan baby?" Soal Zarif seraya meletakkan telinga ke perut isterinya.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now