Bab 49

1.9K 68 2
                                    

IPD Cheras

Inspektor Haris mengeluh perlahan sambil merenung kosong ke arah fail fail dan dokumen yang berada di atas meja. Dia masih belum menemui petunjuk bagi kes bunuh pelakon itu. Pencarian anak-anak buahnya untuk mencari bapa kepada Daus juga menemui jalan buntu. Lelaki itu bagaikan lenyap dari bumi. Tiada sebarang transaksi bank, pekerjaan atau apa apa yang terkait dengan lelaki itu. 

Pelipisnya diurut perlahan. Terasa lelah ke sana ke mari untuk menyelesaikan kes. Dato' Borhan juga tidak dapat disabitkan kesalahan gara gara alibi cctv dari depan rumah persendirian milik lelaki itu yang menunjukkan dia tidak keluar dari rumah sepanjang malam ketika kejadian bunuh itu berlaku. Paling penting adalah Dato' Borhan sendiri tidak tahu tentang kandungan mangsa jadi dia tiada motif untuk membunuh Putri Ailin. 

Siapa lagi yang mahu dia kaitkan pun dia tak tahu. Dian dan Fahmi pula sudah beberapa kali dipanggil ke balai untuk membantu siasatan tapi memang kedua dua mereka tidak tahu apa-apa. Cumanya dia sedikit curiga kerana Dian seperti menyembunyikan sesuatu. Gadis itu nampak takut takut. Yang terbaru, dia dapat tahu dari Inspektor Nuha yang Dian telah berhenti kerja. 

"Nuha!" dia menyeru rakan sekerjanya itu dari dalam bilik pejabatnya.

"Ada apa tuan?" Nuha muncul di muka pintu seraya bertanya.

"Awak ada hubungi Dian lagi ke selepas dia beritahu awak yang dia dah berhenti kerja tu?"

"Tak ada Tuan. Tuan nak saya hubungi dia ke?" soal Inspektor Nuha.

"Boleh juga. Cuba selidik kalau kalau dia ada sembunyi sesuatu. Haritu awak ada cakap yang Dian ada nak cakap sesuatu tapi dia tak jadi nak cakap kan?" 

Inspektor Nuha berkerut dahi. Dia terlupa seketika tentang hal itu gara-gara kesibukannya. Pihak atasan sudah menekan mereka, pihak media pula asyik meragui kompetensi pihak polis. Bagaimana pihak polis tak tertekan. Mereka bagai anjing tersepit. Ditekan di atas dan bawah.

"Okay Tuan, saya akan call cik Dian sekarang." ujar Inspektor Nuha seraya melangkah masuk ke dalam dan duduk di kerusi di hadapan meja kerja Inspektor Haris.

Nombor telefon Dian didail namun setelah puas menunggu, panggilan itu masuk ke voice mail box. Dia mencuba sekali lagi namun tetap juga sama. Dahinya berkerut lagi. Biasanya kalau dia hubungi Dian, Dian pasti akan cepat mengangkat panggilannya. 

"Tak dapat ni Tuan..."

"Bila last awak hubungi dia?" soal Inspektor Haris.

"Err..dua minggu lepas tuan."

Inspektor Haris terdiam seketika. Otaknya sedang ligat berfikir.

"Nuha! Awak pergi cari dia dekat rumah sekarang! Dia saksi pertama yang jumpa mangsa! Ada kemungkinan pembunuh sebenar tengah aim dia jugak!" ujar Inspektor Haris cemas. Dia lupa! Tak sepatutnya Dian dibiarkan tanpa pengawasan pihak polis. Dia kemungkinan tahu sesuatu dan sesuatu itu mungkin menyebabkan gadis itu turut berada dalam bahaya!

Inspektor Nuha turut tersentak memikirkan kemungkinan itu. Laju laju dia bangun dari kerusi.

"Nuha! Check keberadaan Fahmi juga! Pasal meeting briefing kejap lagi saya yang akan handle. Awak keep on track dengan mereka dan update saya."

"Baik tuan!" ujar Inspektor Nuha sebelum dia keluar dari bilik. Dia mahu mengajak Inspektor Lim yang selalu berkerja undercover dengannya untuk ikut bersama. 

........................................

Dazzlo Medical Centre

"Setakat itu jer dulu maklumat yang aku ada Kayla. Yang lain aku akan usahakan dulu untuk cari. Tapi aku memang tak boleh nak share maklumat ni melalui telefon. Sebabtu aku kena selalu jumpa kau face to face kalau nak cakap pasal ni."

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now