Bab 50

2.6K 90 6
                                    

Rumah Agam Tengku Zaid

"Sayang!!" jerit Tengku Zarif apabila pintu bilik di buka. Dia lihat Mikayla sedang duduk di katil sambil ditemani Puan Sri Sharifah dan Zulfa.

"Apa jadi tadi?" soal Zarif sambil menilik tubuh si isteri. Mahu memastikan kesayangannya itu tiada apa apa kecederaan. Mahu gugur jantungnya apabila mendapat panggilan dari Arizal tadi. Dia juga menerima pesanan whatsapp dari Mikayla mengatakan yang isterinya itu sudah tiba di rumah dalam keadaan selamat.

"Abang..." panggil Mikayla lembut. Tangannya didepakan mahu suaminya itu memeluknya.

Zarif angkat muka lalu matanya dibawa memandang ke wajah Mikayla. Dia kemudiannya merangkul Mikayla ke dalam pelukan. Kepada dan belakang badan si isteri dia usap lembut. Lega hatinya melihatkan Mikayla selamat di depan mata. Hilang segala rasa amarah dan kegusaran yang muncul sewaktu dia dalam perjalanan pulang tadi. Dahi licin Mikayla dikucup penuh kasih.

"Mika okay ni. Abang jangan risau sangat. Tadi nasib baik Rizal dengan Idham ada." ujarnya perlahan sambil cuba menenangkan kegusaran di wajah Tengku Zarif.

Tengku Zarif mengetap gigi apabila mendengar nama Idham.

"Sebabtu abang tak nak sayang jumpa Idham... Entah entah kejadian ni sebab dia yang rancang?"

Dia rasa curiga dengan Idham. Hatinya tak pernah beriak tenang melihatkan figura Idham di sisi isterinya. Sama seperti yang dia rasa pada arwah Daus dulu. 

"Dia macam sengaja nak ajak sayang keluar tapi tengok, baru jer kejap sayang jumpa dia, dah jadi macam macam!" ujar Zarif sambil menala matanya untuk memandang wajah Mikayla. Tangan Mikayla digenggam erat. Takut sungguh dia. 

"Abang, bukan Idham yang buat. Idham yang hantar kami semua balik tadi."

Zulfa angguk mengiyakan. 

"Betul abang, Idham tolong tadi. Nasib baik dia ikut kitorang semua sampai parking. Idham siap pukul lelaki yang nak ragut beg Mika." terang Zulfa. 

"Macam mana abang boleh nak percaya yang dia tak plan semua ni? I told you I don't trust him, sayang..."

Mikayla mengeluh perlahan. Salah dia juga. Banyak yang dia tak ceritakan pada suaminya itu. Hidupnya penuh dengan masalah. Wajarlah Tengku Zarif jadi buruk sangka pada Idham. 

Pada suaminya, semua orang selain ahli keluarga terdekat adalah orang orang yang berkemungkinan boleh menjadi ancaman pada dia. Dia tahu dan faham suaminya itu hanya risaukan dia.

"Abang...boleh tak abang dengar dulu apa Mika nak cakap ni?" ujar Mikayla lembut.

Tengku Zarif mengangkat muka untuk melihat wajah isterinya yang mula nampak serius.

"Abang nak tahu tak, kenapa Mika percayakan Idham?" Rahang Tengku Zarif dipaut. Tak dipedulikan kehadiran mama dan Zulfa yang masih ada di ruangan itu.

Tengku Zarif mengangguk lembut. Dia cuba mengawal segala rasa tak senangnya itu. Matanya bertentang dengan mata Mikayla. Dia cuba fokus untuk mendengar penjelasan sang isteri.

"Idham tu kawan Mika. Sebenarnya Mika dah lama kenal dia. Sejak umur Mika 17 tahun. Mika kenal dia waktu Mika stay sekejap di Indonesia dulu. Abang ingatkan? Yang bonda Mika pernah hantar Mika untuk stay tenangkan diri dekat Indonesia dulu? Mika stay dekat area Padang Selatan for few months sebelum SPM."

Kening Tengku Zarif  bertaut sesama sendiri. Dia terkejut dengan kenyataan itu. Dia tak pernah tahu. Mikayla pernah tinggal di Indonesia?

"Sayang... sorry tapi a-abang tak tahu sayang...kenapa sayang pergi sana?" ujar Zarif dengan riak wajah bersalah. Masih banyak yang dia tak tahu tentang isterinya. Sangkanya dia dah tahu semua.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now