Bab 9

2.2K 74 2
                                    

"Iye Fafa sorang jer. Fafa nak teman Mika pergi makan makan lah."

"Janji Fafa tak bawa sesiapa. After kelas tuisyen lusa Mika pick up Fafa okay."

"Mika craving apa? Fafa teringin nak Potatolicious dekat Bukit Bintang tu. Shawarma pun sedap jugak."

Ceria wajah Zulfa berbual dengan Mikayla di telefon. Mereka berjanji untuk girls outing lusa lepas kelas tuisyennya. Kaki yang terangkat digoyang goyang perlahan. 

*Bam

Badan dipusing ke arah pintu yang dirempuh keras. 

Zulfa bangun dari meniarap melihat abangnya Zarif yang berjalan laju ke arahnya

"Abang ni kenapa masuk bilik girl tak ketuk pintu. Mika kejap---" Phone ditangannya dirampas Zarif kasar. 

Zarif melihat skrin telefon adiknya. Nama Mikayla tertera di skrin.

"Kau stop call adik aku perempuan. Mulai harini aku taknak kau ada hubungan lagi dengan keluarga aku Mikayla!" Kasar dia menjerit sebelum panggilan dimatikan. Dia campak phone itu ke katil.

Zulfa terkejut. "ABANG!"

"You young lady, listen to your brother and stop befriending her. Don't contact her, don't meet her. This is a command not a request. Sekali lagi abang tahu Zulfa contact Kayla, I will ban you from going out."  

"Abang! abang ni kenapa? Kenapa pulak Fafa tak boleh keluar dengan Mika. WHY?" Zulfa membentak kasar. Muka abangnya yang dah macam naik hantu dipandang tajam.

"Aku tak suka kau terlibat dengan perempuan kotor macam tu. Jangan rosakkan keturunan Tengku Azfar dengan bergaul with that girl." tegas Zarif memberi amaran.

Dia terus melangkah keluar.

"ABANGGGGGG!!!" Zulfa menjerit tidak puas hati. Abang Zuhailnya tiada dirumah sekarang. Dia tiada tempat untuk mengadu.

.............................................

Mikayla terkedu ditempik kasar oleh suara dingin itu. Dia masih termenung di katil sambil mengingat kembali bait bait kata yang ditempik ke arahnya tadi oleh lelaki itu.

Bukan kali pertama dia dimarah begitu. Sungguh lelaki itu memang benci betul kepadanya. Tapi ini kali pertama dia dihalang untuk bertemu dengan Zuhail dan Zulfa. Dia pasrah sahaja. Siapalah dia untuk melawan lelaki dingin itu. Kalau lelaki itu tidak sudi, dia sepuluh kali tidak sudi. Pergi mampuslah.

Mikayla merebahkan badan ke katil. Matanya tidak dapat lelap. Terbang rasa terujanya tadi untuk keluar jalan jalan cari makan dengan Zulfa. Dengan siapa lagi dia mahu keluar. Berair juga matanya setelah berapa ketika. 

"Daus..." dia menyebut nama lelaki itu perlahan.

Air mata yang bergenang di mata bertukar menjadi esakan kecil. 

"Bonda...Mika dah penat bonda. Mika dah penat jadi perempuan kuat. Mika tak kuat bonda. Mika tak dapat nak jadi kuat macam yang bonda harap. Mika minta maaf." ujarnya perlahan dalam sedu yang dalam.

"Daus, apa sebenarnya jadi dekat kau. Kenapa kau bunuh diri Daus. Kenapa kau tinggalkan aku. Kau janji nak tolong aku Daus." esakannya makin kuat. 

..........................................

Pagi itu Kayla bangun dengan wajah sembap. Benda bagus tentang dirinya adalah dia mudah tidur. Dia suka tidur untuk lari dari realiti yang pahit. Kerana tubuhnya yang mudah tidur dia tidak perlu bergantung dengan ubat tidur. Kalau dia stress dia memang akan tidur lama. Apatah lagi bila tertidur ketika sedang menangis. Nasib baik dia tiada apa apa jadual hari itu. Dia lapar. Dia perlu makan. Hari sudah kesiangan. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now