Bab 30

3.2K 87 1
                                    

"Sayang subuh..." garau suara Zarif mengejutkan Mikayla.

"Hmmm..." Mikayla masih menutup mata. Baru 3 jam dia tidur. Mengantuknya belum habis.

"Subuh dulu sayang. Kejap lagi sambung lah tidur." kejut Zarif lagi.

"Hmm"

Zarif sudah bercekak pinggang. Haa ini lah padahnya tidur lewat. 

"Baik bangun sebelum abang cium Mika." ugut Zarif.

Mika yang mendengar laju sahaja mencelikkan mata. 

Dahi nya berkerut geram.

"Nak bangunlah ni!" omelnya sambil menggeliat. 

............................................

Zarif yang sudah terbiasa bangun awal memang tidak tidur selepas Subuh. Dibiarkan sahaja Mikayla menyambung tidur. Dia turun ke bawah melihat adiknya yang sedang bersarapan dengan pakaian seragam sekolah.

"Morning abang!" sapa Zulfa.

"Morning Fa." 

"Awal abang bangun, Mika mana?" tanya Zulfa sambil mengunyah roti sandwich yang disediakan bibik.

"Mika sambung tidur balik lepas solat tadi." 

"Hoho Fafa dah agak dah. Mika memang kaki tidur." ujar Zulfa.

"Zaf ada keluar ke semalam?" sapa mama yang baru keluar dari dapur.

"Hah?" terkejut Zarif apabila ditanya begitu.

"Tadi bibik cakap bibik nampak Zaf dengan Mika baru balik rumah pagi pagi buta." ujar Puan Sri Sharifah.

"Oh, hehe bibik nampak rupanya." dia ingatkan tak ada yang tahu.

"Abang keluar pergi mana?" laju Zulfa menyoal.

Puan Sri Sharifah turut memandang anak lelakinya itu.

"Hmm Zaf bawak Mika keluar cari makanan." jawab Zarif sambil tersengih.

"Lahhh... Kenapa? Mika nak makan apa?" tanya Puan Sri Sharifah.

"Ohhh, Fafa tau tu, Mika craving korean food. Selalu malam malam Mika cerita yang Mika selalu keluar pergi E-Mart dekat dalam area kondo Mika kalau Mika lapar." 

Zarif memandang adiknya. Itu adalah berita baru baginya. Maknanya semalam bukanlah kali pertama Mika keluar pagi pagi buta.

"Mika pergi dengan siapa?" tanya Zarif yang sudah berkerut dahi.

"Mika pergi sorang." 

"Ya Allah! Dia pergi sorang ke selama ni?!" tingga nada suara Zarif.

"Iyelah! Habistu abang nak suruh Mika pergi dengan siapa. Abang pun takde dekat Malaysia masa tu." cemuh Zulfa.

"Haih." keluh Zarif. Bahaya sungguh Mika ni. Dia tu dahlah orang kenal. Boleh pulak keluar malam malam sendirian.

"Zaf kamu tak payahlah nak bebel Mika pasal tu." ujar Puan Sri Sharifah. Bukan boleh kira anaknya itu. 

"Cukup sekarang kamu dah ada dengan dia. Teman lah dia kalau dia ajak pergi mana-mana. Kalau kamu tak suka dia pergi seorang. Teman dia selalu. Dulu dulu tu biarlah. Sekarang kamu dah ada, jangan pernah tinggalkan dia seorang." nasihat Puan Sri Sharifah.

"Haa dengar tu abang." ujar Zulfa sambil bangun untuk bersalam dengan mamanya. Dia sudah mahu ke sekolah. Pak Karim sudah menunggu di luar.

Zarif naik semula ke bilik apabila mamanya turut naik untuk membantu babahnya bersiap. Babah masuk kerja hari itu. Dia sahaja yang dapat cuti sehari. Cuti kahwin. Adiknya Zuhail masih tidur. Dia keluar bermain badminton dengan kawan-kawannya sampai lewat malam semalam. Zuhail tu pukul 10 pagi barulah dia ke fakulti. 

The Forced Fame [COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora