Bab 16

2.4K 83 0
                                    

Dua pegawai polis itu memerhatikan Mikayla dari atas ke bawah. 

"Daripada pemeriksaan kami, awak tak pulang ke rumah semalam. Boleh awak jelaskan dimana keberadaan awak dari pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi hari ini?" tanya pegawai itu.

Mikayla memejamkan mata. 

"Saya memang ke rumah Ailin semalam. Tapi saya tak lama dekat situ." kata Mikayla dengan suara datar. 

"Awak ke mana selepas itu? Ada sesiapa boleh jadi saksi awak?" tanya pegawai itu lagi kalini dengan suara sedikit keras.

Mikayla menggelengkan kepalanya perlahan. 

"Phone saya tiada battery semalam jadi saya tak dapat nak call Idham. Tuan, puan, percayalah saya memang tak bunuh Ailin. Kenapa saya nak buat macamtu?" rayu Mikayla. Air mata sudah mula keluar. Dia jadi teringat kenangan lama apabila berada dibilik berlampu malap itu.

"Awak ke mana?" tanya pegawai wanita itu pula.

"Saya... s-saya ke kubur. Saya cari kubur arwah kawan saya." Air mata sudah mula laju keluar. 

Kedua dua pegawai itu memandang sesama sendiri.

"Kubur? Apa kaitan Ailin dengan arwah kawan awak sampai awak terus ke kubur selepas jumpa dia dan, late at night?" tanya pegawai itu sedikit skeptikal dengan jawapan Kayla.

Mikayla mengesat air mata. Dia menarik nafas panjang. Cuba mencari kekuatan untuk bercerita. Dia perlu cerita juga walaupun pahit itu disebutkan. 

Baru sahaja dia ingin bersuara. Ketukan dari luar pintu bilik siasatan kedengaran. Kedua dua pegawai polis yang menyoalnya tadi terus bangun dan keluar dari bilik.

Pegawai itu berjalan mendapatkan rakan sekerjanya yang disuruh menyiasat perkaitan di antara Mikayla dan mangsa. Di tangan anak buahnya ada fail yang sudah dikepilkan kertas yang terisi maklumat seperti yang diminta. Dia mengambil tersebut dan mula membaca.

Bunyi derap kasut melangkah ke arah mereka jadi pegawai itu mengangkat muka. Inspektor Haris melangkah ke arahnya sambil membuat isyarat bertanya keadaan semasa.

"Tuan" pegawai lelaki tadi menabik ke arah Inspektor Haris.

"Macam mana?" dia bertanya.

"Saya dan Ulya sedang menyoal siasat suspek utama di bilik siasatan Tuan. Tapi suspek tak memberi kerjasama yang baik." Fail ditanganya diserahkan kepada lelaki berkumis itu.

Inspektor Haris membaca fail di tangan.

"Jadi mereka satu sekolah?" 

Pegawai tadi mengangguk.

"Dari maklumat kami Cik Kayla pernah terlibat dalam satu kes kematian pelajar sekolah 9 tahun yang lalu. Tapi dia dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk menunjukkan kes itu merupakan kes bunuh. Kes itu ditutup dan dikelaskan sebagai kes bunuh diri." 

"Hmm, menarik. Dulu dia pernah menjadi suspek tapi dibebaskan dan 9 tahun kemudian dia kembali menjadi suspek utama kepada mangsa yang juga merupakan rakan satu sekolah? Something fishy here." Jari Inspektor Haris bermain main di dagu. 

"Laporan post morterm dah dapat?" tanya dia lagi.

"Belum lagi tuan tapi laporan kesan cap jari yang berada di leher mangsa sepadan dengan suspek. Saya syak mangsa dicekik oleh suspek."

"Jadi memang ada body-contact antara mangsa dengan suspek semalam."

"Ya, tapi suspek mengaku tidak bersalah." adunya.

"Hmm...saya akan masuk untuk soal siasat. Awak perhatikan body language suspek. Don't miss anything. Kita perlu berhati-hati kerana bukti masih belum mencukupi dan senjata pembunuhan masih belum dijumpai." tegas suara Inspektor Haris sebelum dia menolak pintu bilik siasatan dengan perlahan.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now