Bab 55

2.4K 100 8
                                    

Kediaman Tengku Latif

"Arghhh!!! Sial! Perempuan tu adik si Daus bodoh tu rupanya!"

Berguling guling Liyana di atas katil malam itu setelah mengetahui apa yang terjadi. Dia yang tadinya seronok seronok keluar shopping kerana menyangka Dian akan melakukan seperti yang diarahkan namun tanpa sedar, dia rupanya yang telah dipergunakan oleh Dian. Sudahlah seorang dari orang upahannya menghilang.

"Bodoh! Aku dah kena tipu!"

"Berani perempuan tu guna nama aku! Memang nak mampos perempuan tu!"

"Dia rupanya yang bunuh Ailin! Aku ni macam orang bodoh bagi dia pisau palsu tu. Sial punya perempuan! Elok kau mampus jer lah dalam penjara tu. Kalau tak memang aku tunggu kau dekat luar ni!!!" bentak Liyana geram.

"Shit! kalau perempuan bodoh tu sebut nama aku waktu kena soal siasat nanti macam mana!" getus Liyana yang tiba-tiba beriak risau. 

Sejak tadi lagi Tengku Liyana sudah tak senang duduk di biliknya selepas mendapat tahu yang Dian merupakan adik kepada Daus, rakan sekolahnya yang meninggal bunuh diri 10 tahun lepas. Tengku Liyana sendiri pun tak sukakan Daus. Lelaki miskin yang suka acah acah nak jadi hero untuk tegakkan keadilan. 

Paling menyakitkan hati bila dia dapat tahu Mikayla terselamat walaupun telah berjaya diculik oleh Dian dan Husin.

"Bangang betul dua manusia tu, benda dah culik tu bunuh jer lah terus! Tengok sekarang dah sia sia masuk penjara. Mikayla tu cedera parah pun tak!" bentaknya keras.

"Sekarang ni macam mana aku nak singkirkan si Mikayla ni! Liat betul nyawa kau ni betina!" carut Tengku Liyana sebal. Sudahlah sakit hati ditipu, peluang nak perangkap Mikayla sebagai pembunuh terhapus begitu sahaja, Mikayla pulak elok elok sahaja terselamat!

Sudahlah dia sekarang tiada teman. Harisa dan Inara sudah dilarang keras oleh Tengku Latif untuk bertemu dengannya. Makanya sejak kes di Redang itu Harisa dan Inara mula menjarakkan diri darinya. Mommynya pula meminta dia mengikut sahaja arahan daddynya itu. Benci sungguh dia dengan daddynya!

.......................................

Rumah Agam Tengku Zaid

"Mika okay je bonda. Bonda jangan risau..."

"Baby pun sihat sihat sahaja alhamdulillah."

"Bonda tu pun hati-hati jugak dekat sana. Mika harap bonda ada nanti waktu Mika nak bersalin. Bonda kena balik Malaysia tau!"

Tengku Zarif hanya diam memerhatikan isterinya yang sedang berbual di telefon bersama Dato' Marina. Dato' Marina sekarang banyak menjelajah tempat orang. Wanita besi itu sekarang berada di Jepun. Entah apa dibuatnya di sana pun Zarif tak tahu.

"Bonda Mika tu memang tak reti reti nak balik Malaysia ke?" soal Zarif setelah isterinya menamatkan panggilan.

Mikayla tergelak. Zarif belum kenal bondanya lagi agaknya. Bondanya itu memang begitu. Seperti layang layang putus tali. Membiarkan angin membawa pergi ke mana mana destinasi. Dulu dia terngadah juga kerana bonda sering kali tiada di sisi. Tapi kini dia faham, bonda mungkin kesunyian. Menjelajah dunia luar mungkin salah satu cara bondanya mengendalikan rasa sunyi di jiwa.

Bonda bukan asal hidup senang. Semua yang wanita itu ada sekarang memang dari usaha titik peluh sendiri. Mikayla tak pasti apa yang terbuku di hati bonda tapi dia tahu, ada sesuatu yang perit yang tersimpan di lubuk hati wanita yang cuba berlagak kuat itu. 

Mereka berdua sudah dua hari berada berehat di rumah setelah dibenarkan pulang. Ingatkan Zarif sahaja yang dihalang untuk keluar dari bilik, dengan dia dia sekali Puan Sri Sharifah kurung dalam bilik. Makan dan minum pun dihantar ke bilik mereka. Sungguh kuat Puan Sharifah membebel. Mujur tak bernanah telinga Tengku Zarif dan Tengku Zuhail. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now