Bab 48

2.4K 76 2
                                    

Markas HELL-O

Sampai sahaja kereta yang dipandu Arizal di kawasan berpagar yang berkawat besi itu, secara automatik pintu pagar besar itu terbuka. Arizal yang terkejut terus menoleh ke belakang. Tengku Zarif sudah mendengus sebal melihat keadaan itu. Pemilik tempat itu betul betul mahu main gila dengan dia!

Sampai di pintu utama di mana ada dua pengawal sedang berjaga, dia keluar dari kereta dengan muka dingin. Pintu dibuka tanpa perlu dia perkenalkan diri. Terjongket keningnya seketika sebelum terus melangkah masuk ke dalam. Di ruang santai itu dia nampak beberapa lelaki sedang duduk duduk di sofa yang ada.

"Mana bos korang?" ujar Tengku Zarif tanpa nada.

Ada seorang lelaki dengan jaket hitam datang menghampiri.

"Ikut saya Tengku." 

Tengku Zarif memicing mata. Gaya lelaki itu seperti tahu dia siapa. 

Kaki dihala mengikut langkah lelaki tadi sebelum mereka tiba di sebuah bilik berpintu hitam legam. Pintu diketuk sebelum ditolak perlahan.

Lelaki itu membuka luas pintu dan mempersilakan dia masuk. Tengku Zarif melangkah ke dalam. Ruang itu gelap, cuma diterangi sedikit dengan lampu meja di sisi set sofa keras hitam. Dia memicingkan mata memerhati figura yang sedang duduk berpeluk tubuh di salah satu sofa di situ.

Betullah! Lelaki itu! Lelaki yang sama seperti yang dia kenal sewaktu di London. 

Tengku Zarif ketap gigi. Tanpa menunggu dia menghala langkah kaki ke arah sofa yang diduduki lelaki tadi. 

*DUSH!

Satu tumbukan padu dia dihayun pada lelaki yang sedang duduk tenang di sofa. Turun naik dadanya saat itu menahan amarah melihat wajah selamba lelaki itu.

"Welcome to HELL-O Tengku Zarif bin Tengku Zaid." ujar lelaki itu sambil mengelap darah dari luka tumbukan tadi.

"Kau nak apa lagi dengan aku sial?" ujar Tengku Zarif keras. Kolar leher baju kemeja lelaki yang masih beriak selamba itu dicengkam kuat.

"Tengku Zarif, chill. Aku excited gila tunggu kau datang, finally kau datang juga walaupun bawa hadiah penumbuk dekat aku. Padu, aku suka!" ujar lelaki itu tanpa menghiraukan emosi Tengku Zarif yang masih mencengkam kolar leher suitnya itu.

"DARK! Aku dah cakap aku taknak terlibat dengan kau! Kau kenapa kacau hidup aku! Kau panggil wartawan untuk serbu keluarga aku dekat airport tu untuk apa sial?!"

"Untuk pancing kau." ujar lelaki yang dipanggil Dark itu. Dihadiahkan senyum sinis pada Tengku Zarif.

"KAU! Aku dah cakap! Jangan libatkan aku dengan plan bodoh kau ni! Aku tak hingin nak masuk organisasi jahanam kau ni. Pergi mampus!" 

"Tengku Zarif, offer aku haritu aku sendiri yang akan hapuskan. Aku nak offer deal baru."

"Aku taknak! AKU! TAK! NAK!" pekik Zarif dihadapan muka Dark.

"Dengar dulu. Deal aku kalini melibatkan isteri kau-"

Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayat, Tengku Zarif sudah mencengkam kuat rahang Dark. 

"Kau jangan sebut pasal isteri aku kalau kau nak organisasi jahanam kau ni kekal lama!" 

"No dengar dulu! Ini pasal kes bunuh pelakon tu! Isteri kau kan ada terlibat!"

Bertaut kening Tengku Zarif apabila mendengar kata kata itu.

Dark tersenyum. Dia berjaya memancing Tengku Zarif sekali lagi.

"Kalau kau terima deal kita, aku akan tolong kau siasat pasal kes tu. Pembunuh kes tu still lepas bebas lagi kan? Kalau deal kita ON, kau tak perlu tunggu pihak polis siasat. Dorang tu lembap! Kau tak rasa ke bahaya untuk isteri kau? Isteri kau pun gang aku boleh tolong protect."

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now