Bab 47

2.4K 94 3
                                    

"Line clear ke?" tanya Liyana dari dalam bilik.

"Clear babe. Inara tengah tunggu dekat depan." ujar Harisa. Dia tadi mengah mengah berlari untuk mendapatkan passcard bilik Tengku Zarif buat Liyana. 

Liyana keluar dari bilik dan menghalakan kaki ke bilik sepupunya. Harisa sudah tersengih. 

"Mana passcard tu."

Harisa menghulurkan passcard pada Liyana. Harisa berbisik, "Pakai minyak tu tau! Ingat senang ke nak dapat! Kau kena kental sikit jangan lemah godaan Zarif kejap lagi. Takkan nak on terus kan nanti tak sempat. Bagi Zarif jer yang panas. Biar dia kejar atau tindih you babe. Lakonan bagi mantap!"

"Kalau I nak go terus pun apa salahnya. Tak perlu nak berlakon. Elok elok tengah sedap baru best dorang datang serbu. I boleh terus kahwin dengan dia malam ni jugak!" ujar Liyana gedik.

"Oi tak boleh! Siapa nak buka pintu. Plan asal kau buka pintu dan lari. Rambut kau tu sepahkan sikit. Acah macam dah kena rogol."

"Kau ni pandai kan Risa!"

"Of course! Tengoklah kawan siapa."

"Best friend I!" 

"Dah, dah cepat masuk. Pepandai lah I dengan Inara berlakon cemas kejap lagi. You ingat tau, buka pintu dan meluru keluar sambil nangis! Lagi elok kalau Zarif tu keluar tarik you jugak. Bagi mama dia nampak. Make sure sapu minyak tu dekat Zarif bukan dekat you babe!"

Passcard diimbas pada pintu. Dia kemudiaannya masuk ke dalam. Suasana gelap dan sejuk.

"Good luck!" bisik Harisa sebelum menutup pintu.

Tengku Liyana tersenyum memerhatikan tubuh Zarif yang sedang tidur. Matanya meliar memerhatikan keadaan bilik yang gelap itu. Passcard yang diterima daripada lelaki penyambut tetamu itu disimpan ke dalam beg tangan. Tak sia sia Harisa melayan lelaki gatal itu. Senang senang dia dapat passcard bilik Tengku Zarif dan Mikayla menginap.

Dia berjalan melangkah mendekati katil mahu memeriksa keadaan Zarif. Lelaki itu sedang nyenyak tidur. Dia pandang botol kecil di tangan. Terfikir perlu ke dia gunakan minyak perangsang itu. Melihatkan keadaan Zarif yang memang tak bergerak langsung, dia menyimpan kembali minyak itu. 

Tak menunggu, dia bergerak ke penyidai tuala yang tersedia. Ada dua helai tuala tersidai di situ. Dia ambil sehelai dan dihidu. Bau mandian floral yang melekat di tuala itu menyebabkan dia mencampakkan tuala itu ke lantai. Pasti itu tuala Mikayla. Dipijak tuala itu dengan kaki. Diambil sehelai lagi tuala dan dibawa ke hidung untuk menghidu haruman maskulin milik Zarif. Namun hampa kerana bau di tuala itu sama dengan bau di tuala tadi. 

Bullshit! Getus hatinya. 

Dia tetap juga melilitkan tuala itu ke tubuhnya. Pakaiannya dibuka satu persatu. Senyuman tersungging. Pakaiannya tadi dia sepahkan ke lantai. Lalu dia bergerak ke sisi sebelah katil yang kosong. Dilabuhkan duduknya memerhatikan Zarif yang tidak berbaju. 

Kacak sungguh sepupunya itu. Dah lama dia tak dapat lihat dada bidang dengan six pack yang kental padat itu. Terlintas wajah Mikayla di kepala. Mencarut dia seketika. Sakit hati kerana tahu Mikayla sudah merasa segalanya dari lelaki yang sedang tidur itu. 

Dia bersandar pada katil dan dikusutkan rambutnya. Dia duduk diam menunggu cue. Dijeling sekilas pada Zarif. Tubuhnya didekatkan mahu menghidu dan mencium tubuh lelaki sasa itu. Kacak sungguh dan dia rasa tak tahan untuk tak sentuh. Baru sahaja dia mahu tunduk mencium tiba-tiba dia terdengar bunyi riuh dari luar koridor.

Aish cepatnya dorang naik! Dia ingatkan lambat lagi. Baru nak bermesra dengan si sepupu yang masih lena itu. Nafas di hela sebelum dia bangun. Mahu mengambil mood perempuan yang dirogol.

The Forced Fame [COMPLETE]Место, где живут истории. Откройте их для себя