Bab 3

2.9K 86 0
                                    

Tadi selesai acara dinner dia memang laju sahaja mahu pulang. Nasib baik bonda sedang sibuk berbual mengenai bisnes dengan tetamu tetamu di situ jadi bonda tidak menghalang untuk dia pulang lebih awal. Tidak betah dia berlama lama di situ apabila dia perasan dengan lirikan tajam dari Tengku Zarif. Mesti lelaki itu menyampah melihat dia di situ jadi dia ambil keputusan untuk cepat cepat beredar. 

"Ni skrip baru untuk telemovie next week." kata Idham apabila mereka sampai di bawah kondominium Mikayla. 

Kayla jongket kening pelik.

"Dorang ubah sikit beberapa part. Ni yang baru, aku lupa bagi dekat kau tadi." Idham hulurkan skrip itu ke belakang tanpa berpaling.

Kayla mendengus. "Okay. esok aku nak duduk rumah jer. Lusa kau datang ambil aku pkul 5 petang. Ada discussion tentang outfit dengan penggaya." 

"Haah Elin dah contact aku. Sharp 5 esok." ujar Idham pula.

Kayla hanya mengangguk perlahan. Pintu dibuka dan dia mengheret gaun merahnya sambil berjalan ke lif. 

Masuk ke rumah, jam dikerling. 

12.15 malam. Dah lewat.

Dia hanya nampak katil sahaja sekarang ni. Tak fikir tentang makeup, dandanan rambut dan gaun merahnya itu, Mikayla terus melompat ke katil. Seketika hanya hela nafas perlahan kedengaran dari bilik gelap itu.

..........................

"Cut!" 

Mikayla menghela nafas mendengar ayat itu. Dia senyum nipis kepada lawan mainnya dalam telemovie pendek itu lalu dicari Idham. Idham datang mengipas wajahnya. Sedikit berpeluh berlakon di tepi sawah padi itu. 

"10 minutes rest, then sambung scene 28!" jerit seorang lelaki yang merupakan pembantu pengurus produksi yang kehulu kehilir dengan kertas dan headphone di telinga itu. Lelaki muda itu nampak sibuk benar.

"Scene I petang nanti kan?" Dia meneguk air mineral yang diberi Idham.

"Yup, kau nak balik homestay dulu ke?" tanya Idham.

"Yes please, aku nak tidur kejap."

Idham yang memang sudah kenal perangai Mikayla hanya mengikut langkah Mikayla ke kereta. Mereka sudah habis scene untuk pagi ni. Ada baki 5 jam sebelum scene seterusnya untuk watak heroin di rumah sawah itu dengan heroin.

...............................

"Dian, ada berapa skrip yang sampai?" tanya Ailin yang sedang berehat di sofa apabila dia nampak muka Dian dipintu rumah. 

"Ada 3 miss."

Ailin hulurkan tangannya untuk mengambil skrip dari tangan pembantunya.

Ailin membelek belek skrip di tangan. Mukanya langsung tidak nampak riak teruja. Bosan dengan skrip skrip itu. 

"You dah tanya Shirly pasal drama Mimpi tak Terungkap tu?" 

"Dah miss, tapi dorang hanya ada kekosongan watak sampingan yang kecil sahaja." jawab Dian takut takut. Risau dia dibentak gadis itu. 

Ailin dengus kasar. "You contact producer tu cakap I nak jumpa for dinner." arahnya.

"Okay miss."

...........................

"Ish, dia ni dekat mana, call tak reti nak jawab." bentak Ailin kasar. 

"Miss, Tengku Zarif belum balik dari lunch dengan klien dekat luar. Nanti Tengku balik saya bagi miss jumpa Tengku." Kata wanita bernama Alia di kaunter. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now