Bab 23

2.7K 81 7
                                    

Dua hari selepas dia mendapat tahu berita pertunangan Zuhail dengan Mikayla, dia membawa diri ke New Zealand. Sebenarnya trip itu atas urusan kerja. Dia laju sahaja bersetuju apabila babahnya memberitahu tentang delegasi Astana Group ke Wellington. 

Esok dia bakal pulang semula ke Malaysia. Delegasi daripada Astana Group hanya 3 hari tapi dia memanjangkan tripnya. Sudah seminggu dia di situ berseorangan. Ingin sahaja dia berlama lama di situ biar tak payah balik pun tak apa tetapi kerana tanggungjawab kerjanya dia terpaksa juga pulang menghadap realiti pahit hidupnya.

Dia lihat status whatsapp Zulfa. Sepanjang dia di New Zealand, adiknya itu selalu sahaja keluar bersama Mikayla. Bahagia benar Zulfa dapat menjadikan Mikayla sebagai bakal kakak iparnya.

'Ipar'. Pedih rasa di hati dengan perkataan itu. Mikayla bakal menjadi adik iparnya. Mampukah dia menerima kenyataan itu. Mampukah dia melihat kebahagian Zuhail dan Mikayla nanti. Sakit terasa jiwanya apabila membayangkan Mikayla bakal diakad oleh Zuhail nanti. Terbayang bayang Mikayla yang akan mengandungkan zuriat untuk Zuhail. Mampukah dia melihat semua itu. 

..................................

Banglo Dato' Marina

"Bonda, Mika nak minta izin balik ke kondo Mika." ujar Mika sewaktu mereka bersarapan bersama.

"Buat apa? Kamu sorang sorang jer dekat sana. Jual jual jer lah kondo tu, nanti kamu kahwin kamu bukan duduk situ lagi." kata Bonda.

"Hmm... Mika dan biasa dekat kondo. Rasa macam dah lama Mika tak balik sana. Nanti nantilah jual tu. Lagipun lambat lagi majlisnya." rayu Mikayla.

"Kamu boleh balik kondo kamu tu tapi untuk kemas kemas apa yang patut sahaja. Lagi dua bulan majlis nikah kamu jadi bonda nak kamu stay dekat sini sampai hari nikah. Bahaya kalau kamu sorang sorang." 

Mikayla memandang bondanya.

"3 hari jer bonda bagi untuk stay dekat sana. After that balik sini duduk dekat sini sampai hari nikah. Kamu faham tak?" tegas bonda.

"Faham bonda." Nak tak nak dia kena juga ikut arahan bondanya. Bonda lebih tahu apa yang terbaik untuk dia. 

"Ingat pesan bonda, kalau pihak polis panggil lagi kamu ke balai, terus call Darren untuk temankan. Apa apa sahaja kenyataan yang kamu keluarkan, Darren perlu ada sekali."

Mikayla mengangguk faham.

"Situasi sekarang still belum okay lagi. Walaupun kamu dibebaskan dengan ikat jamin serta kekurangan bukti tapi pihak polis masih boleh cari kamu lagi Kayla. Jadi, behave dan jangan buat perkara pelik pelik yang boleh libatkan kamu dengan kes tu lagi."

Mikayla hanya diam mendengar arahan bonda. Dia ada sembunyikan sesuatu dari pengetahuan bonda jadi dia tidak boleh membuatkan bonda curiga dengan dia.

......................................

Rumah Agam Tengku Zaid

Zarif turun bersarapan setelah bibiknya datang memberitahu bahawa mamanya sedang menunggu di bawah. Kalau ikutkan hatinya dia taknak turun. 

"Good morning mama, babah." sapa Zarif sambil menarik kerusi di sebelah Zulfa. Semua yang berada di meja itu mengangkat kepala memandangnya.

"Kamu sampai pukul berapa semalam Zarif?" tanya Tengku Zaid.

"Zaf sampai pukul 2 lebih semalam." jawabnya sambil mengambil pinggan berisi bihun goreng yang disuakan oleh mamanya.

Dikerling Zuhail yang sedang rancak makan di sebelah mamanya. 

"Kamu buat apa sampai seminggu dekat sana Zaf?" tanya mamanya.

"Tak ada apa pun ma, saje Zaf nak rehat tenangkan fikiran." ujar Zarif mendatar.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now