Bab 25

2.8K 78 0
                                    

"Kayla dah tahu kan yang Zarif minta percepatkan nikah?" tanya Dato' Marina ke arah anak gadisnya yang sedang menjamah nasi.

Mika mengangguk perlahan.

"Mama Zarif dengan bonda dah bincang. Kami setuju nak buat majlis akad dulu hujung minggu depan." kata Dato' Marina.

Mika angkat muka. Terkejut dia. Secepat itukah? Dia sangkakan mungkin sebulan lagi.

"Tak cepat sangat ke bonda? Persiapan apa pun tak buat lagi bonda. Kursus kahwin pun Mika belum pergi." ujar Mikayla perlahan. Siapa yang mencadangkan perkara itu agaknya. Zarif ke? Rasa ingin dipukul Zarif saat itu. Ini betul betul cepat sangat ni. 

"Persiapan dengan kursus kahwin tu tak apa bonda akan uruskan." kata Dato' Marina.

"Kalau orang tahu nanti macam mana?" tanya Mikayla. Dia risau untuk bernikah pada waktu terdekat begini. Dengan kes yang masih berjalan. Dengan para netizen yang masih belum puas mengecamnya. Dengan dia yang baru sahaja diserang. Tak apa kah majlis dibuat dalam keadaan begini?

"Sebab itu kita akan buat senyap senyap dulu. Kita akan buat dekat rumah Tengku Zaid. Tengku Zaid sendiri yang mengusulkan. Nanti lepas keadaan dah reda, kes dah selesai kita akan buat majlis bersanding seperti yang bonda dan mama Zarif dan rancangkan." ujar bonda.

Mendengar kata kata bonda itu dia sudah tidak dapat menghalang. Apabila bonda sudah merancang memang itu yang wanita itu akan buat. Tiada siapa dapat menghalang.

.....................................

"Tak boleh ke aku sahaja yang walikan Mikayla, Mar?" tanya Rahim perlahan sambil memandang sayu borang penyerahan mewakilkan wali di tangannya itu. 

Dato' Marina sudah mencerlung garang.

"Awak tak pernah ada walau seminggu pun dengan Mikayla, tiba tiba awak rasa bertanggungjawab nak walikan Kayla pulak sekarang?" marah Dato' Marina.

"Saya dah cakap kan? Kayla ingat ayah dia dah mati!" selar Dato' Marina garang.

Rahim menunduk sedih. Tangannya mengangkat pen yang dikepilkan di atas borang itu. Perlahan sahaja dia turunkan tanda tangannya di situ. 

Borang itu diserahkan kembali ke Marina. 

"Aku minta maaf Mar." kata Rahim sambil memandang susuk tubuh elegan isterinya. Sudah lama dia tidak melihat wajah itu. Terkejut juga bila dia melihat Marina ada di depan rumahnya hari itu. Tidak sangka Marina tahu di mana dia berada.

"Saya datang ni nak memudahkan urusan anak saya kahwin jer. Saya tak hadap permohonan maaf awak tu. Lupakan Mikayla. Seminggu lagi Mikayla akan jadi isteri orang. Benda tu dah lama saya mahukan. Supaya tanggungjawab ke atas Mikayla lenyap dari diri awak. Awak tak layak pegang tanggungjawab jadi penjaga Mikayla."

Berkaca-kaca mata Rahim mendengar ayat pedas bekas isterinya itu.

"Bakal suami Mikayla tu orang baik ke? Boleh ke dia sayang dan jaga Mikayla sampai akhir hayat dia?" tanya Rahim perlahan.

"Cukuplah awak tahu yang saya pilih orang yang sangat bertanggungjawab untuk jadi suami Kayla. Saya tak akan ulangi silap saya dulu. Saya taknak nasib malang saya jatuh kepada anak saya pulak dan saya yakin bakal suami Kayla memang sayangkan Kayla lebih daripada awak dan saya sendiri."

Memang itu yang dirasakan oleh Dato' Marina. Dia dapat lihat betapa sayangnya Tengku Zarif terhadap Mikayla. Bukan setakat sekarang malah dari dulu. Dia rasa lega Mikayla ada orang lain yang sangat sayang pada dia. Dia berterima kasih kepada keluarga Sharifah Afina yang sangat sayang kepada Mikayla. Itulah sebab terbesar kenapa dia mahu pernikahan itu dipercepatkan. Nasib baiklah memang Zarif sendiri yang menyuarakan itu pada malam kejadian. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now