Bab 33

3K 92 8
                                    

Rumah Agam Tengku Zaid

"Abang, malam ni kita keluar beli barang nak tak?" ujar Mikayla sambil tangannya lincah memakaikan tie untuk suaminya. 

Semalam setelah dia naik membersihkan badan selepas berkebun, dia ke bilik mama mertuanya itu untuk belajar dengan Puan Sri Sharifah cara untuk mengikat tali leher. Nasib baik mama mertuanya itu bukan kaki membahan macam anak anak dia. Jadi tenang sahaja wanita itu mengajarkan dia cara memakai tali leher. Tapi sempat juga Puan Sri Sharifah mengutuk anak sulungnya itu yang mengada ngada sejak kahwin. Siap pesan pada Mikayla supaya bertabahlah dengan perangai Zarif.

Jadi semalam apabila Zarif balik rumah, dia laju laju mendekati Zarif untuk mencuba memakaikan tali leher itu. Apabila sudah rasa perfect barulah dia benarkan Zarif mandi. Dia dah tak nak lagi dibahan dan diperli Zarif. 

Zarif yang membongkokkan badan sambil mengusap alis kening Mikayla memandang.

"Beli barang apa?" tanya Zarif.

"Beli barang nak buat spaghetti dengan pizza." ujar Mikayla.

"Hmm? Kenapa? Mika nak buat ke?" soal Zarif.

"Iyelah. Nak buat lah." Dia sudah plan nak makan malam malam buta dengan Zulfa hujung minggu nanti. Zulfa asyik study lewat malam sekarang jadi dia ingin membuat snack untuk dimakan bersama Zulfa.

"Buat apa nak buat sendiri. Beli jer lah spaghetti dgn pizza tu dekat pizza hut." Zarif tidak mahu Mika menyusahkan diri. Dia ada duit boleh belikan berkotak kotak pizza.

"Ish, biarlah Mika nak buat. Lagipun sejak kita kahwin Mika belum keluar jalan jalan lagi dengan abang." ujar Mika sambil mencebik. Haritu pun mereka pergi ke rumah kondonya sahaja untuk mengambil barang barang sebelum terus pulang.

Zarif yang sudah melihat cebikan Mikayla itu cepat cepat memeluk isterinya.

"Okay okay. Malam ni kita keluar. Sayang nak keluar pukul berapa?" 

Mikayla sudah tersengih gembira.

"Lepas maghrib lah abang. Nanti supermarket tutup."

"Okay sayang. Nanti abang balik awal sikit. Kiss abang dulu." Pipinya disuakan kepada Mikayla. Dia kena ambil kesempatan dengan mood baik Mikayla.

Mikayla menjeling tapi dia tetap mencium jua pipi suaminya itu.

Zarif menekup pipinya dengan muka bahagia.

"Bekal abang bawak pergi office ni." ujarnya.

Mikayla hanya tergelak dengan kemanjaan Zarif.

.............................................

Bangunan Astana Group

"Ish, I nak jumpa my cousin lah!" bentak Liyana apabila Lilian menghalang langkahnya. Dari awal tadi tiada sesiapa berani menyekat dia kerana semua tahu dia adalah cucu Tunku Zawiyah. 

"Maaf cik Tengku tapi saya memang tak boleh benarkan cik masuk sekarang. Tengku Zarif tengah banyak kerja cik." ujar Lilian tegas. Dia memang tak risau untuk bertegas dengan Liyana kerana Tengku Zarif sudah memberi arahan kepadanya. Bos dia adalah Tengku Zarif jadi dia tidak takut pada sepupu bosnya itu.

"Kau ni kan!" dia menepis dan menolak tubuh Lilian ke tepi. Geram sungguh bila setiausaha cabuk sepupunya itu berlagak seperti mem besar di situ.

Zarif yang terdengar kekecohan dari luar biliknya itu sudah berkerut kening. Sakit hati pula bila ada yang mengganggu kerjanya. Dia dah lah tengah sibuk. Dia perlu siapkan kerja dengan cepat supaya dia dapat balik awal hari itu untuk menemani Mikayla keluar.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now