Bab 40

2.6K 83 4
                                    

IPD Cheras

"So dorang berdua dah kahwin rupanya. Patutlah bercuti bersama di Bali..." ujar Inspektor Haris sendirian. Dia sudah selesai menonton live yang disiarkan di akaun instagram milik Tengku Zarif. Jarang dia mahu menyibuk tentang hal orang lain. 

"Tuan." panggil Inspektor Nuha dari muka pintu bilik pejabatnya.

Inspektor Haris jongket kening. 

"Setiausaha Tengku Zarif call, Tengku Zarif minta untuk jumpa dengan Tuan hari ni juga."

Inspektor Haris tuding jari pada diri sendiri. "Saya?"

"Ya tuan."

"Suruh dia datang jumpa sekarang. Lepas lunch saya ada hal." 

"Baik Tuan."

Inspektor Haris mengerut kening, entah kenapa pewaris Astana itu mahu berjumpa dengannya. Baru sahaja lelaki itu menamatkan live di instagram tadi. 

............................................

"Tengku Zarif." panggil Inspektor Haris seraya menghulur tangannya untuk berjabat dengan lelaki bersuit hitam itu.

Tengku Zarif memicing mata memandang ke arah Inspektor polis itu. Tangan turut dihulur untuk membalas. 

Kemas dan penuh aura kedinginan. Tengku Zarif ingat lagi lelaki ini. Dia yang mencempung tubuh Mikayla ke ambulans sewaktu hari Mikayla diserang sawan. 

Inspektor Haris berdehem perlahan untuk mengurangkan ketegangan.

"Saya Inspektor Haris, ketua team siasatan jenayah untuk kes bunuh Ailin. Saya dapat tahu dari anak buah saya yang Tengku nak berjumpa dengan saya. Boleh saya tahu untuk apa tu yer?" soal Inspektor haris.

"Aku nak pihak polis buat press conference untuk sebarkan pasal kes ni dekat umum." dingin sahaja suara Tengku Zarif.

Inspektor Haris terkejut mendengar usul dari Tengku Zarif.

"What? NO! Saya minta maaf Tengku tapi saya tak setuju dengan cadangan Tengku. Perkara itu akan membuatkan kesukaran di pihak kami untuk menyiasat." kata Inspektor Haris. Dia sudah mula geram dengan lelaki di hadapannya itu. Sesuka hati mahu mengarah dia.

"Aku ni bukan datang nak bagi cadangan, Inspektor! Kalau ikutkan gila aku, aku dah amuk satu balai ni! Disebabkan pihak polis lembap sangat, kau tengok apa jadi dekat isteri aku! Sampai bila isteri aku nak hadap kena kecam kena caci sebab pihak polis tak umumkan yang isteri aku sebenarnya dah digugurkan dari senarai suspek?!" pekik Zarif geram.

Inspektor Haris menghela nafas.

"Tengku, bukan kami taknak umumkan lagi, kami masih lagi tunggu kalau ada bukti baru--"

"Lambat! Isteri aku tu ada sejarah depresi, kau nak suruh aku saman pihak polis dulu ke baru kau orang nak buat kerja?!!! Aku belum persoalkan lagi tentang apa yang jadi dalam bilik soal siasat sampai Mikayla boleh kena serangan sawan. Kau jangan bagi aku start!" garang suara Zarif menerpa gegendang telinga Inspektor Haris. 

Nasib baik ketika itu mereka di dalam bilik pejabat Inspektor Haris. Tak adalah percakapan mereka itu didengari orang di luar walaupun dia dapat mengagak anak anak buahnya pasti sudah terdengar pekikan Tengku Zarif dari luar bilik.

"I'm not suggesting Inspektor, I'm commanding you!" ujar Zarif keras sambil menuding tajam ke arah Inspektor Haris.

"If not, kau orang takkan dapat jumpa Mikayla. Aku tak akan benarkan isteri aku untuk bagi apa apa keterangan mahupun berkerjasama dengan pihak polis. Kalau kau nak maklumat dari wife aku, kau orang kena protect dia! I will not accept other choices. Take it or leave it!" 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now