Bab 21

2.5K 76 0
                                    

Mikayla bersalaman dengan Puan Sri Sharifah. Dia memeluk dan cuba memujuk wajah sedih Zulfa.

"Nanti Mika datang lagi." 

Zulfa sudah mencebik. Dia belum puas bermain dengan Mikayla. Dirinya sendiri juga sibuk dengan kelas tambahan kerana beberapa bulan lagi dia akan menduduki SPM. Jaid dia kurang masa dengan Mikayla walaupun Mikayla berada di rumahnya untuk beberapa hari.

Dato' Marina hanya memerhati. Dia terus datang menyinggah ke rumah Puan Sri Sharifah setelah tiba di KLIA pagi tadi untuk mengambil anaknya untuk pulang ke rumah. Dikerling seketika Zarif yang sedang memerhati dari pintu rumah. Anak muda itu hanya diam berpeluk tubuh sambil bersandar di pintu.

"Jom lah." ajak Dato' Marina.

Puan Sri Sharifah mengangguk kepala kepada Dato' Marina. Dato' Marina memandang sekilas sebelum masuk ke dalam kereta.

Puan Sri Sharifah datang mendekati Mikayla. Tubuh gadis itu diraih ke dalam pelukan. 

"Mika call mama nanti yer. Mika belum jawab lagi pertanyaan mama yang haritu." bisik Puan Sri Sharifah ke telinga Mikayla. Panggilan untuk dirinya kepada gadis itu sudah dia ubah. Sudah lama mahu Mikayla memanggilnya dengan panggilan mama.

Mikayla yang mendengar sudah merah muka. Dia malu. Sudahlah saat ini dia rasa diperhatikan. Diangkat sedikit wajahnya dah matanya bertembung dengan mata redup Zarif. Zarif tidak lepas memandang ke arahnya. Laju jantungnya mengepam darah. Cepat cepat dilarikan matanya ke arah lain.

"Mama tak cakap lagi dekat anak mama tu yang mama dah tanya Mika pasal tu." bisik Puan Sri Sharifah lagi.

"Mama tunggu jawapan Mika dulu." sambungnya lagi.

"Okay aunty. Aunty jangan risau. Nanti Mika call aunty." kata Mikayla sebelum melepaskan pelukan.

"Mika pergi dulu aunty, Fafa. Nanti Mika datang lagi." Mikayla memandang sekilas ke arah Zarif sebelum berpusing melangkah ke arah kereta.

Puan Sri Sharifah membawa Zulfa masuk ke rumah. Sempat dia menepuk bahu anak lelakinya itu lembut. Dia tersenyum sebelum masuk ke rumah.

......................................

Mika duduk melepak di rumah. Dia hanya tidur, makan, dan tidur lagi. Beberapa kali Dato' Marina mengajak dia ke HQ Tulippana tapi dia menolak. 

Nanti nantilah fikirnya.

Dia sekarang sedang berfikir tentang hasrat Puan Sri Sharifah. 

Hatinya berbunga juga teringatkan tentang kata kata Puan Sri Sharifah yang Zarif setuju untuk berkhahwin dengan dia. 

Tapi dia takut juga. Zarif ramai peminatnya. Dan peminat Zarif bukan kaleng kaleng. Dia teringatkan Tengku Liyana. Tengku Liyana sampau sekarang masih mengejar Zarif walaupun mereka sepupu. Malah dia ingat lagi ayat Liyana. Kata Liyana, keluarga besar mereka lebih memilih untuk berkahwin sesama susur galur sendiri untuk mengekalkan nama baik keturunan.

Dia geram juga bila teringatkan Liyana. Sepupu Zarif yang seorang itu memang suka mencari pasal dengannya sejak dulu lagi. 

Dia sendiri pula memang dari dulu ada rasa suka kepada Zarif. Sebab itulah dia selalu bergaduh dengan Liyana and the gang. Tapi setelah Zarif menjauhkan diri dia cuba tutup pintu hati. Dia cuba untuk move on dari rasa sukanya pada Zarif. Rasa tidak layak untuk memiliki Zarif.

Dia tak menyangka Zarif akan setuju menikahi dia.

Terpaksakah lelaki itu? Fikirnya.

................................................

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now