Bab 27

3.4K 95 2
                                    

Puan Sri Sharifah membawa Mikayla bertemu dengan sanak saudara yang hadir. Hanya beberapa orang sahaja yang ada kerana kata babah yang lain akan dijemput sewaktu majlis bersanding nanti. 

Mika melihat Tok Nenek Zarif, Tunku Zawiyah yang melangkah ke arahnya. Mama bersalam dan berlaga pipi dengan Tunku Zawiyah manakala Mikayla hanya diam membatu. Dia cuak juga dengan figura ini. Ada gaya seperti bonda namun lebih tegas wajah itu.

Bukannya itu kali pertama Mikayla bertemu Tunku Zawiyah. Sudah banyak kali sebenarnya tapi setiap kali berjumpa memang wanita itu nampak dingin jadi dia memang tidak berani menyapa. Hanya bonda yang selalu mengheret dia untuk bersama sama bersalaman dengan Tunku Zawiyah kalau mereka hadir ke event event Astana Group.

"Inilah dia ya, pemilik hati cucu sulung Tok Nenek." ujar Tunku Zawiyah sambil merenung ke arah Mikayla. Diteliti Mikayla atas bawah dengan wajah yang serius. 

Mikayla rasa mahu lari saat ini. 

Dia risau andai Tunku Zawiyah tidak dapat menerima dirinya yang sentiasa diiringi berita yang tidak sedap didengar dan gossip liar.

Tiba tiba Tunku Zawiyah memaut bahu Mikayla dan menarik Mikayla ke dalam pelukan. Puan Sri Sharifah hanya tersenyum memandang. Mikayla sudah terkejut di dalam pelukan. 

"Welcome to Astana family, Mikayla." ujar Tunku Zawiyah lembut ke telinga cucu menantunya itu.

Tengku Zarif dan Tengku Zuhail yang memandang dari kejauhan sudah tersenyum sesama sendiri. Itulah dia Tok Nenek mereka. Sebelum mengumumkan berita tentang pernikahan dia dengan Mikayla kepada keluarga yang lain memang dia awal awal lagi sudah heret Tengku Zuhail bersama untuk bertemu dengan Tunku Zawiyah. Jadi kini Tunku Zawiyah sudah tahu banyak perkara dan yang paling penting tidak akan berpandangan buruk terhadap Mikayla.

Tunku Zawiyah seorang yang mementingkan kesejahteraan keluarga jadi wanita itu tidak suka andai ada ahli baru yang boleh menggugat dan memalitkan nama buruk kepada keluarga dia. Namun begitu Tunku Zawiyah juga seorang yang rasional jadi tak susah untuk Zarif dan Zuhail berkomunikasi dengan tok nenek mereka.

Tengku Zarif memang ingin memastikan figura penting dalam keluarga besar mereka itu untuk menerima Mikayla dahulu sebelum dia membawa masuk gadis itu ke dalam keluarga mereka. Dia mahu memastikan Mikayla selesa dan tak rasa tersisih.

.................................

Mika pegun di tengah tengah bilik Zarif. Tadi dia dibawa pembantu rumah ke bilik itu bersama beg dan bagasinya. Barang barang dia tadi diambil dari bilik tetamu yang dia tidur selama beberapa hari sebelum akad nikah. Dia dengar bunyi dari dalam bilik air yang menandakan Zarif ada di situ. Otaknya ligat berfikir apa yang perlu dia buat sekarang. 

Dia segan dan malu. Rasa nak lari sahaja. Jantung yang berdegup laju itu tak boleh dibiarkan. Lalu dia berjalan perlahan ke pintu. Berhati hati sahaja tindak tanduknya supaya Zarif yang berada di dalam bilik air tidak menyedari apa apa. Beg kecil berisi alatan makeup dan beberapa kelengkapan yang dia sudah kemas dibawa bersama. 

Kakinya melangkah laju. Dia mahu ke bilik Zulfa.

"Fafa!" bisiknya keras apabila dia membuka pintu bilik Zulfa yang kini sudah menjadi adik iparnya. 

Zulfa yang sedang meniarap sambil bermain game itu terkejut dan berpusing. Dilihat kakak iparnya itu di pintu.

"Eh Mika kenapa dekat sini?" tanya dia apabila melihat Mikayla menutup pintu laju laju lalu terus pintu itu dikunci. Telefon yang dipegang tadi dibiarkan ke sisi.

Mikayla berpusing dan tersengih memandang Zulfa.

"Mika tidur dengan Fafa malam ni boleh tak?" 

"Hah?" Zulfa sudah terkejut.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now