Bab 34

3K 84 1
                                    

Pejabat Tengku Zaid.

"Babah, nanti lepas dah settle kerja dan selesai pelancaran celebration Astana tu Zaf ingat Zaf nak bawa Mika bercuti." ujar Zarif. Ketika itu mereka berdua baru selesai berbincang tentang beberapa tender untuk Astana Construction. Tender itu telah dipilih Zarif ketika meeting bersama ketua projek dari Astana Construction. Dia hanya perlu tunjukkan sahaja pada Tengku Zaid untuk diluluskan.

"Baguslah tu. Babah nampak Mika pun dah bosan duduk rumah. Bolehlah bulan depan Zaf nak cuti. Sementara babah dengan Zuhail tengok tengokkan semua event yang berjalan bulan depan. Ambiklah cuti sebelum pelancaran exhibition. Berapa lama kamu nak cuti?"

"Dalam seminggu. Zaf ingat nak pergi Paris atau Switzerland." 

Tengku Zaid mengangguk.

"Ambil cuti awal bulan 3 tu, lepas opening ceremony untuk celebration kita. Tapi Zaf kena balik before pelancaran exhibition."

"Okay babah."

..........................................

IPD Cheras

"Ni tuan, laporan DNA. Dorang baru hantar selepas 5 hari. Delay sebab banyak masuk sample lain." keluh Inspektor Nuha. 

Inspektor Haris cepat cepat bangun seraya mengambil dokumen di tangan Inspektor Nuha. 

Dokumen sulit itu dibuka cermat sebelum isi dokumen itu ditarik. 

"Oh god! Betul apa yang saya suspect, Nuha!" ujar Inspektor Haris dengan nada sedikit kuat.

Keputusan ujian DNA Dato' Borhan dengan janin itu adalah sepadan! Jadi, memang benar seperti jangkaannya, Dato' Borhan mempunyai hubungan sulit dengan Ailin. 

"Kita dah boleh letakkan Dato' Borhan dalam senarai suspek!" ujar Inspektor Nuha yang teruja. Ada sinar untuk kes itu.

Inspektor Haris mengangguk laju. Di dalam otaknya sudah berfikir ligat untuk rancangan dia yang seterusnya.

"Pastikan Dato' Borhan tak keluar negara. Kita kena check balik alibi lelaki itu. Kalau perlu 

...................................

Pejabat Tengku Zarif

Dia baru sahaja melihat satu video yang ditunjukkan oleh Lilian. Video berdurasi 1 minit itu menunjukkan Mikayla sedang bertekak dengan Ailin pada malam Anugerah Bintang Popular di backstage melihatkan kepada pakaian yang dipakai oleh Mikayla dan Ailin di dalam rakaman. Mikayla kelihatan seperti sedang memberi amaran kepada Ailin dengan muka garang sebelum meninggalkan Ailin.

Zarif memicit dahi setelah melihat video yang telah tersebar di internet itu. Dia tak tahu pasal itu. Entah apa yang digaduhkan Mikayla dengan Ailin atau Zalika itu. Orang ramai masih belum tahu mengenai identiti sebenar Ailin kecuali beberapa orang yang berkait rapat dengan kes sahaja. Sudah pasti mereka akan menuduh isterinya itu kalau dilihat hanya melalui video pendek itu. 

Dia sudah menilik beberapa komen dari netizen tadi. Penuh caci maki kepada isterinya. Bengang dia apabila membaca segala komen di ruangan itu. Netizen seperti mereka yang suka berkata buruk tentang orang, memang menunggu sahaja apa apa gossip murahan para artis yang muncul di laman itu. Orang orang kepam yang tak ada kehidupan sendiri! Sudahlah mereka melucahkan isterinya. Terasa mahu membunuh orang sahaja. Disabarkan hati walaupun sudah berbakul sumpah seranah keluar dari mulut tadi.

Dia mengemas dokumen dokumen di meja. Dia rasa tak ada mood nak buat kerja. Dia perlu balik untuk melihat keadaan isterinya sekarang. Risau tiada yang dapat menemani dan menghiburkan isterinya sekarang. Sudahlah isterinya itu tengah datang bulan. Risau emosi Mikayla tidak stabil. Zulfa pula sudah mula menduduki SPM bermula semalam. Jadi dia tidak mahu kosentrasi adiknya itu terganggu dengan masalah lain. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now