Bab 38

2.7K 78 4
                                    

Mikayla yang sedari tadi mendengar perbualan suami dan adik adik iparnya mula melanglah masuk ke bilik itu. Dipandang ke arah mereka yang masih belum menyedari akan kehadirannya.

Tadi dia tidak tidur. Dia sengaja memejamkan mata supaya Zarif tidak risau. 

"Mika sebenarnya dah tahu pasal video yang tersebar tu..." ujarnya perlahan.

Tersentak Zarif, Zulfa dan Zuhail mendengar suara itu. Serentak mereka semua berpaling ke arah Mikayla yang berdiri di pintu.

Zarif sangkakan isterinya itu sudah tidur. 

"Mika?"

"Korang nampak macam risau sangat sampai nak sorok phone aku dengan Fafa so aku buat tak tahu jer lah. Lagipun, aku pun tak nak sebab video tu semua jadi stress dekat sini." luah Mikayla.

"Bila sayang tengok?" tanya Zarif sambil melangkah mendekati Mikayla.

"Malam video tu tersebar lagi. Abang tengah tidur. Zulfa pula baru sahaja nak lelap lepas kitorang berdua habis tengok movie. Idham ada hantar video tu pada Mika."

"Idham?!!!" memetir suara Zarif. 

"Ya Idham memang selalu update dekat Mika. So, Mika dah tengok awal awal lagi..."

"Idham tu kenapa asyik nak contact Mika? Abang tak faham kenapa dia nak menyibuk!"

"Abang, Idham dah terbiasa macam tu. Dulu dulu pun kalau ada gossip atau cerita pasal Mika, memang dia yang akan share dulu. Lagipun dia kan PA Mika. Abang jangan lah marah marah. Itu memang kerja dia, abang..."

"Habistu kenapa kau senyap tak cakap apa apa dekat kitorang?" soal Zuhail pula.

Mikayla mengeluh.

"Macam aku cakap tadi, aku taknak vibe kita dekat sini bertukar jadi tak best. Aku tak nak sebab aku korang asyik terfikir fikir pasal benda tu."

"Sayang..."

"Mika okay jer abang..."

"Aku tengok korang macam risau sangat so aku rasa aku patut bagitahu dekat korang malam ni. Korang mesti risau sebab kita dah nak balik KL esok kan. Tapi terus terang aku cakap aku okay. Cumanya, aku tak nak korang bersangka buruk dengan aku." ujar Mikayla sambil mata memerhatikan Zuhail.

"Mika, kitorang tak pernah sangka buruk pada kau? Video tu bukan penyebab kitorang berkumpul sekarang ni..." sangkal Zuhail laju.

"Ya sayang, abang ajak adik adik abang berbincang cuma kerana satu hal. Abang risaukan keselamatan Mika. Mika tak terfikir ke orang yang sebar ni ada niat tak baik dekat Mika dan Mika perasan tak kalau ada tukang record ni, maksudnya malam tu Mika tak berdua jer dengan Ailin. Ada orang lain yang tahu dan nampak semuanya." terang Zarif.

Mika kaget. Dia diam seketika memikirkan kata kata Zarif. Dia lupa tentang itu. Dia hanya fikir cara untuk membela diri dan bagaimana untuk dia nak terangkan kepada mereka semua yang dia tak bersalah. Dia dah terbiasa di fitnah jadi secara automatik di fikirannya hanya untuk bela diri. Dia taknak orang yang dia sayang berprasangka buruk pasal dia. Dia takut dituduh sebagai pembunuh. Dah dua kali!

Zulfa cepat cepat mengangguk.

"Abang mesti nak tahu kenapa Mika kasar dan marah sangat dalam rakaman tu kan?" ujar Mikayla perlahan. Tangan Zarif ditarik dan dia melangkah ke set sofa di bilik Zuhail itu. 

Dia duduk sambil turun menarik Zarif duduk di sebelahnya.

"Aku akan cerita apa yang jadi malam tu. Aku harap korang boleh percayakan aku." katanya sambil memandang wajah Zuhail dan Zulfa.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now