Bab 20

2.8K 80 1
                                    

"Mama dengan Bonda Mika ada berbincang pasal Mika dengan Zaf." perlahan suara Puan Sri Sharifah memulakan bicara.

Zarif yang sedang meneguk teh tersedak. 

*Uhuk uhuk!

Dadanya digosok perlahan.

"Perlahan sikit minum tu Zaf." tegur mamanya. Tisu ditarik lalu diberikan kepada anak lelaki sulungnya itu.

"Mama bincang apa pasal Zaf?" tanya Zarif.

"Bonda Mika tanya kalau Zarif sudi memperisterikan Mika..." datar suaranya sambil dia cuba membaca reaksi anaknya itu.

Zarif telan air liur yang terasa sedikit kelat saat itu. Dia melarikan pandangan matanya ke arah lain.

Zarif tidak faham akan Dato' Marina. Di saat saat begini wanita itu masih memikirkan tentang ingin menjodohkan Mikayla. Tidak risaukah wanita itu dengan satu satunya anak tunggal yang ada.

"Zaf tak suka Mika ke?" tanya Puan Sri Sharifah lagi apabila anak lelakinya itu hanya berdiam diri.

Zarif memandang wajah mamanya. Suka? Dia bukan setakat suka, malah perasaannya pada Mikayla sudah tidak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata. Perasaannya bergolak hebat.

"Hmm...kenapa Dato' Marina tiba tiba bincang pasal tu dengan mama?" tanya Zarif.

"Bonda Mika mengharapkan ada orang boleh jaga Mika di waktu waktu sekarang ni. Yang sentiasa ada dekat dengan Mika. Bonda Mika mengharapkan Zarif." lembut suara mamanya ketika itu.

"Tapi mama pun ada cakap dengan bonda Mika yang mama tak akan paksa Zaf. Kalau Zaf suka Zaf terimalah, kalau tak suka tak apa." Puan Sri Sharifah hanya tersenyum nipis. Dia tidak mahu memaksa anaknya itu. Dia sendiri tidak pasti sejauh mana perasaan anaknya itu pada Mikayla. 

Kadang kala dia rasa Zarif sukakan Mikayla tetapi ada waktu dirasakan anak itu membenci Mikayla. Dia sendiri sebagai ibu juga tak dapat nak meneka apa yang berada di hati lelaki itu.

Zarif menghela nafas. 

"Mika nak ke dekat Zaf?" soalan itu akhirnya terlontar di mulut. Memang itu soalan yang seringkali berlegar legar di kepalanya saat melihat Mikayla. Tolak ketepi hasrat Dato' Marina dan mamanya sendiri, sekarang dia hanya mahu tahu satu benda, adakah Mikayla sukakan dia. 

Kata kata Zuhail tempoh hari memberitahu yang Mikayla sukakan dia itu tidak langsung menyedapkan hati. Bukan dia tidak percayakan Zuhail, bukan juga dia tidak yakin dengan diri sendiri tapi Mikayla sendiri tidak pernah menunjukkan apa apa reaksi yang menunjukkan gadis itu sukakannya, baik dulu sewaktu mereka rapat dan tidak juga sewaktu mereka sudah dewasa sekarang.

Malah saat Mikayla melihat dia dengan arwah Ailin dulu pun gadis itu langsung tidak menunjukkan reaksi apa apa sehingga dia merasakan gadis itu bagai patung. Dia mengharapkan ada sedikit sinar cemburu yang terbit di mata Mikayla namun dia terus kecewa dengan layanan kosong dari Mikayla.

Puan Sri Sharifah memandang wajah sugul anaknya. Entah apa yang difikirkan oleh Zarif saat itu.

"Zaf cuba tanyalah pada Kayla. Kalau Zaf nampak macam dia dah okay, Zaf cubalah bercakap dengan dia. Cari waktu untuk berbicara hati ke hati." ujar Puan Sri Sharifah.

Berbicara hati ke hati? Dia dengan Mikayla? Mikayla sendiri seperti cuba menjauhkan diri dari dia. Jika dia masuk ke bilik gadis itu, Mikayla akan berpura pura tidur, jika gadis itu nampak dia di bawah, Mikayla akan berpusing ke arah lain. Dia ketap bibir bila teringatkan tentang itu.

Dia kalau boleh mahukan Mikayla menjadi miliknya. Tidak mahu ada lelaki lain yang boleh berdampingan dengan gadis itu. Tetapi dia dan Mikayla sekarang entah seperti apa. Sekejap Mikayla menangis nangis dan merayu supaya dia mempercayakan gadis itu. Sekejap gadis itu berubah sinis tiba tiba menolaknya jauh. 

The Forced Fame [COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora