Bab 60

2.4K 86 5
                                    

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

"Keputusan ini diambil dengan memperhitungkan kepentingan masyarakat, perlindungan terhadap mangsa, serta pertimbangan bahawasanya tindakan terdakwa yang telah mengakhiri hidup dua mangsa tanpa hak atau alasan yang sah."

Semua yang berada di dalam dewan perbicaraan itu hanya diam mendengar hakim membuka bicara sebelum mengumukan keputusan kes. Dian turut tidak berkutik menunduk di kandang pesalah. 

"Dengan mempertimbangkan keseriusan jenayah yang dilakukan oleh yang terdakwa, iaitu pembunuhan yang meragut nyawa seseorang dengan niat, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Humaira binti Husin di bawah seksyen 302 akta 574 kanun keseksaan."

*DUNG *DUNG DUNG

Hakim mengetuk palu sebanyak tiga kali sebagai tanda hukuman telah dibacakan dan perbicaraan telah selesai. Tindakan itu juga menandakan bahawa hakim telah membuat keputusan yang sah dan terikat.

"Mahkamah menekankan bahawa keputusan ini bukan hanya sebagai hukuman, tetapi juga sebagai peringatan dan sebagai langkah untuk menegakkan keadilan dalam masyarakat." ujar hakim itu seraya menutup kes perbicaraan hari itu.

Bunyi riuh rendah beberapa orang yang berada di dalam ruang perbicaraan tidak diendahkan oleh Dian yang sudah menunduk setelah keputusan rasmi dibacakan tadi. Riak wajahnya kosong sahaja. Dia panggung kepala untuk melihat ke arah para hadirin yang datang di ruang sebelah. Matanya tertancap pada wajah Mikayla yang duduk di kerusi paling hujung. 

Tak ramai yang berada di dalam mahkamah ketika perbicaraan berlangsung kerana halangan dari pihak polis. Wartawan wartawan dan jurugambar juga hanya boleh menunggu di luar mahkamah untuk tidak menganggu proses perbicaraan. 

Kes tersebut merupakan kes popular kerana melibatkan kematian selebriti Malaysia, Putri Ailin yang memang menjadi kontroversi hangat di seluruh negara jadi pihak pendakwa raya memohon untuk diperketatkan penerimaan orang yang boleh masuk menghadiri proses perbicaraan. Lagi pula, keputusan itu wajar dibuat dengan kehadiran Kayla yang turut menjadi salah seorang mangsa kepada jenayah yang dilakukan OKT.

Mikayla hadir ke hari terakhir perbicaraan kes mahkamah Dian hari itu bagi mendengar sendiri keputusan mahkamah. Dia tidaklah mahu mendoakan yang tidak baik kepada Dian. Dia hanya sedikit terkilan Dian menjadi begitu. Setelah hakim selesai menjatuhkan hukuman tadi pun, dia tidak tahu mahu merasa apa. 

Keluhan lemah dia lepaskan. Kepalanya dipanggung ke depan dan mata ditala ke arah tempat Dian sedang berada. Di kandang pesalah. Sesaat, pandangan mereka menyabung. Dia kemudiaannya laju mengalih bola mata ke arah lain. Dia takut dia jatuh kasihan pada gadis itu.

Tangannya diramas ramas lembut oleh Zarif yang menyedari situasi tersebut.

"Jom sayang, kita balik." bisik Zarif. Dia tak mahu isterinya berlama-lama di situ.

Mikayla hanya mengangguk. Dia bangun perlahan dari duduknya. Langsung tidak menoleh ke arah Dian.

Mikayla mengorak langkah ke pintu sambil membuntuti hala kaki suaminya. Baru sahaja pintu mahkamah ditolak, dia terdengar pekikan memanggil namanya.

"Mikayla!" 

Lantas Mikayla berpusing sekilas ke arah Dian yang sedang meronta ronta. Gadis itu berusaha untuk melepaskan diri dari pegangan pihak polis. Mata merenung ke arahnya tanpa berkelip.

"Abaikan sayang, jom kita balik." bisik Zarif lembut seraya menarik tanggan si isteri untuk dibawa keluar.

"Mikayla!" jerit Dian lagi. Kali ini lebih kuat.

"Tolong!"

"Tolong bagi tahu aku siapa yang bunuh abang aku? Kau cakap abang aku tak bunuh diri?" jerit Dian apabila panggilannya tidak bersahut. Dia sudah tiada arah lagi. Sudah beberapa kali dia memohon untuk bertemu Mikayla tapi banyak kali permohonannya ditolak. Hanya itu sahaja peluangnya untuk bercakap dengan wanita itu.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now