Bab 19

2.7K 77 0
                                    

Mikayla duduk di rumah bonda hanya dua hari. Setelah pihak polis memaklumkan yang rumahnya sudah boleh dimasuki, dia terus menelefon Idham untuk mengambilnya di rumah bonda untuk dihantar ke kondo miliknya. Dia perlukan masa bersendirian. Tidak betah dia berlama-lama di rumah bonda

Keretanya peribadi miliknya turut diparkir di parking lot unit kondonya.

"Id, aku nak rest dulu untuk beberapa hari. Kerja kerja yang aku suruh kau buat tu kau settlekan dulu. Nanti aku bagitahu balik next plan aku. Sekarang aku penat." ujar Mikayla sebelum dia meninggalkan Idham di lobi.

Passcode ditekan sebelum pintu rumahnya dibuka.

Dia memerhatikan keadaan rumah. Nampak bersih dan kemas seperti yang ditinggalkannya sebelum itu. Dia berjalan perlahan masuk ke biliknya. Dia menghempaskan tubuhnya perlahan ke katil. Dia ingin tidur.

............................................

"Ma, Mika tak angkat call lah ma." Hari itu Zulfa mengikut mamanya untuk datang melawat ke kondo Mikayla. Kedua dua abangnya ada hal jadi dia ponteng sekolah pada hari itu untuk memeriksa keadaan Mikayla. 

Puas dipujuk rayu mamanya untuk membenarkan dia ikut sama. 

Loceng di tekan beberapa kali.

Setelah 10 minit barulah pintu dibuka. 

Tersembul wajah sembap Mikayla di pintu. 

"Aunty, Fafa." sapa Mikayla seraya memberikan senyuman tipis pada kedua dua tetamunya itu.

Fafa memeluk tubuh Mika. Teresak esak remaja itu menangis memeluk Mika dengan erat. Mika mengusap perlahan kepala Zulfa.

Puan Sri Sharifah pula memerhati keadaan Mika yang nampak tidak kemas itu. Dapat dilihat Mikayla agak tidak terurus dan wajah sembapnya serta hidung yang kemerahan menandakan gadis itu banyak menangis sendirian di rumah.

Mika menjemput kedua dua mereka masuk. Ketika Mikayla ingin bangun untuk ke dapur, lengannya ditarik lembut oleh Puan Sri Sharifah. Mika duduk kembali tapi kini tubuhnya menghadap Puan Sri Sharifah yang duduk di sisinya.

Puan Sri Sharifah memandang sayu wajah gadis itu. Mata Mika pula sudah pula berkaca melihat pandangan lembut wanita itu untuknya. Tangannya diusap lembut.

"Mika okay ke sayang?" tanya Puan Sri Sharifah lembut. Mata masih lagi merenung kasih ke arah anak itu.

Mika menunduk. Terbang segala kekuatan yang dia cuba kumpulkan sedari tadi untuk tidak menangis dihadapan kedua orang yang dikasihinya itu. Bibir diketap rapat. Beberapa seketika bahunya terhinggut hinggut perlahan.

Puan Sri Sharifah yang melihat terus menarik tubuh Mikayla ke dalam pelukan. "Nangislah puas puas Mika. Let it all go."

Makin kuat bahu Mika terhinggut hinggut setelah mendengar kata kata Puan Sri Sharifah.

Zulfa yang melihat dari sofa yang bertentangan sudah mula mengesat air mata.

Agak lama juga hanya esakan yang kedengaran di ruang itu. 

Puan Sri Sharifah pula hanya diam tanpa bersuara. Dia biarkan Mikayla melepaskan segala rasa di pelukannya. Bahagian belakang Mikayla diusap perlahan.

Mika tenang seketika selepas selesai menangis. Dia diam memandang kosong ke lantai. Kepalanya dilentokkan di bahu Puan Sri Sharifah yang masih memeluknya.

"Kita balik rumah aunty yer sayang?" ujar Puan Sri Sharifah memecah keheningan.

Mikayla mengangkat muka. Dipandang wajah Zulfa yang sudah mengangguk laju kepadanya supaya dia bersetuju.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now