1

5.9K 271 9
                                    

Nura Araviya memusingkan pen dengan jarinya. Alat perakam yang dihidupkan diletakkan pada bangku di sisinya. Di hadapannya, duduk sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan merupakan selebriti.

     “Saya dah tengok video Encik Aiman proposed Puan Syida. Memang sweet sangatlah. Apa perasaan Puan Syida masa Encik Aiman proposed?” Tanya Viya. Membaca soalan yang sudah sedia ada pada buku nota yang dipegangnya.

     “Terkejut jugalah sebab memang tak jangka pun dia nak propose saya. Kenal pun baru beberapa bulan aje, tapi sekarang dah jadi suami isteri pula. But, it’s one of the best moment in my life.” Jawab selebriti wanita itu. Berpegangan tangan dengan lelaki yang bergelar suaminya.

     “Aww, so sweet!” Getus lelaki yang bernama Encik Aiman itu pula membuatkan mereka ketawa.

     “Okay, last question. Ten years from now, how do you see your future together?” Tanya Viya lagi. Soalan yang terakhir untuk sesi temu ramah itu.

     “Well,” Encik Aiman berdehem kecil. Memandang si isteri sambil tersenyum. “I see a happy family. Saya, isteri saya dan Aiman and Syida junior.” Tambahnya.

     Puan Syida tersenyum manis ke arah suaminya. “I love you.”

     “I love you too.” Balas Encik Aiman.

     Viya mencatuk. Pandangannya dialihkan pada buku nota di tangannya. Senyuman hambar terukir di bibir. Entah mengapa rasa cemburu dan kecewa menerpa secara tiba-tiba.

     Bukan kerana dia ada hati terhadap Encik Aiman, bahkan itulah kali pertama dia menemui mereka. Namun, setelah melihat kemesraan pasangan suami isteri itu, dia merasakan kekosongan dalam hati. Seperti ada sesuatu yang tercicir dari dalam hidupnya.

     “Thank you sebab bagi saya peluang untuk menemu ramah Encik Aiman dengan Puan Syida.” Ucap Viya. Tidak mahu terlalu melayan perasaannya.

    “It’s our pleasure.” Jawab Puan Syida pula.

     Viya menganggukkan kepalanya. “Kalau tak keberatan, boleh tak if we take photos of you together?” Dia meminta izin.

     “Eh, mestilah boleh!” Balas Puan Syida lagi.

     Viya menoleh ke sisinya. Di mana seorang jurugambar yang bekerja di bawah syarikat yang sama dengannya sedang berdiri sambil memegang kamera. Viya memberi isyarat kepada lelaki itu agar melakukan tugasnya dan menangkap sebanyak mungkin gambar pasangan pengantin baru itu.

     Sekuntum senyuman dia hadiahkan kepada Encik Aiman dan Puan Syida lalu berlalu pergi dari situ untuk memberikan ruang kepada mereka melakukan sesi penggambaran.

     Langkah laju dia atur. Hendak meninggalkan kawasan kolam renang kondominium mewah itu secepat yang mungkin. Dek berjalan sambil tertunduk, dia terlanggar seseorang menyebabkan beg yang dibawanya rebah ke lantai.

     Dia mengeluh dan merendahkan badannya untuk mencapai barang-barang yang telah terkeluar dari dalam begnya. Orang itu juga turut sama untuk membantunya mengumpul barang-barang miliknya.

     Kelam-kabut dia memasukkan semua barangnya ke dalam begnya. Dia hendak mencapai buku notanya yang berwarna merah itu dan pada masa yang sama, tangan orang yang dilanggarnya itu juga mencapai buku notanya. Tangan mereka bertembung.

     Viya serta-merta mendongak dan pandangannya jatuh pada seorang lelaki yang mengenakan kemeja polos berwarna merah jambu muda. Masih kelihatan maskulin meskipun mengenakan warna feminin.

     Lelaki itu menyedari Viya sedang merenungnya. Senyuman manis diukirkan di bibirnya membuatkan Viya terkejut.

     “Eh, apesal pulak mamat ni senyum kat aku? Alien dari planet manalah kau ni? Dahlah langgar orang, lepastu ada hati pulak nak usha orang.” Omel Viya dalam hati dengan kening yang terjongket.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now