45

1.5K 113 2
                                    

Sorry sbb lama tak update. Last week busy mmanjang. Anyways, i think this is my fav chapter so far and lagu kat atas tu, kalau sudi, dgr la smbil baca. Biasanya saya selit author's note kat bwh, but i think imma change it now. letak kat atas pula. enjoy ❤️

———

Pintu hadapan rumah puaka yang diperbuat daripada besi tersebut dibuka. Dengan teragak-agak, Viya dan Nawaz melangkah masuk ke dalam.

            Bunyi pintu besi dihempas yang datang dari belakang mereka membuatkan Viya melompat dan melatah. Nawaz pula tergelak sambil menggelengkan kepalanya.

            "Awak... tak naklah main ni. Kita keluar jom?" Viya menarik hujung lengan baju Nawaz. Takut.

            "Alah, bukannya lama pun!" Pujuk Nawaz. "Jom." Dia memegang tangan Viya dan menariknya sama.

             Baru saja mereka melangkah, tiba-tiba bunyi seperti besi diketuk menyapa gegendang telinga bertalu-talu. Viya pun apalagi? Menjeritlah.

             Nawaz menutup sebelah telinganya. Hampir terkena serangan jantung kerana jeritan nyaring Viya itu tetapi dia masih boleh lagi tergelak.

             Nampaknya, pilihannya untuk membawa Viya bermain permainan tersebut tidak salah.

             Mereka tetap melangkah, mencari jalan keluar dalam kegelapan. Bunyi besi yang diketuk masih lagi ada tetapi mereka cuba untuk tidak menghiraukannya.

             "Ssss..."

             Viya menelan liur. Itukan bunyi...

             "Awak, ada ular! AHHHH!" Viya merebahkan badannya ke dalam pelukan Nawaz.

             Kepalanya dia sandarkan pada dada Nawaz sambil matanya dia pejam serapat yang mungkin. Kakinya pula asyik menghentak-hentak lantai. Cuak sekiranya ular tersebut mula melilit kakinya.

             "Tak ada apa-apalah. Tengok tu, ular tu dalam sangkarlah. Dah jinak dah pun." Ujar Nawaz, menahan tawanya.

           Viya tetap berkeras di tempatnya. Dia langsung tidak suka dengan apa jenis haiwan sekali pun. Lantaklah kalau ular itu jinak pun, dia tidak mahu berada di ruang yang sama dengan haiwan pemangsa itu.

            "Awak... kita keluar ajelah." Pujuk Viya lagi.

            "Nak keluarlah ni. Cepatlah jalan kalau nak cepat keluar." Balas Nawaz.

            Setelah mendengar balasan Nawaz itu, dia meleraikan pelukan mereka.

            "Awak... ada ularlah..." Ulang Viya lagi, semakin hampir dengan tangisan.

            "Iya... tahu. Tak payahlah renung dia. Jalanlah ajelah terus." Balas Nawaz pula.

            "Awak jalan dulu." Viya kembali ke tempatnya, di belakang Nawaz.

            Nawaz tersenyum herot dan meneruskan langkah mereka. Viya mengikutinya sambil tangannya menggenggam t-shirt yang dikenakan oleh Nawaz.

            Maklumlah, di dalam tempat itu amat gelap dan diterangi oleh cahaya daripada obor elektronik yang tergantung di dinding saja. Kalau dia tidak mengenggam t-shirt Nawaz, sesatlah dia.

             "AHHHHH!" Nawaz tiba-tiba menjerit. "Terkejut aku!" Getusnya.

             "Apa dia?! Apa tu?!" Viya bersembunyi di sebalik Nawaz.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now