16

2.2K 200 5
                                    

Seorang wanita yang sedang berdiri beberapa meter jauhnya dari Viya memerhatikan Viya dengan lama. Tertanya-tanya tentang identiti Viya.

     Kerana dirasuk rasa ingin tahu, dia mula melangkah ke arah Viya. Nawaz yang kebetulan memandang Viya sekilas pandang mendapati yang wanita tersebut merapati Viya dengan perlahan.

     "Hai." Tegur wanita tersebut.

     Viya serta-merta memalingkan badannya menghadap wanita yang tidak dikenalinya itu. Dia sekadar membalas dengan senyuman.

     "Cik cari siapa?" Tanya wanita itu lagi.

     Semua yang dijelaskan oleh pengarah rancangan memasak tersebut kepada Nawaz masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Fokusnya kekal pada apa yang dibualkan oleh Viya dan wanita tersebut.

     Memandangkan dia berdiri agak jauh daripada mereka, ditambah lagi dengan keadaan yang bising di set pengambaran tersebut, sukar untuk dia mendengar apa yang mereka bualkan.

     "So, can you do it?" Tanya pengarah yang berdiri di hadapannya.

     "Okay." Balas Nawaz lalu meminta diri.

     Dia berjalan dengan tergesa-gesa menuju ke arah Viya. Macamlah Viya sedang berada dalam bahaya.

     "Saya sebenarnya..." Viya baru saja hendak menjawab pertanyaan wanita tersebut, tetapi terhenti apabila Nawaz muncul di antara mereka.

     "Nawaz." Wanita itu mengerutkan dahinya.

     "Kak Amanda." Balas Nawaz pula.

     Wanita yang merupakan pengurus Nawaz bernama Amanda itu menyedari betapa rapatnya Nawaz dengan gadis di hadapannya itu. Seakan-akan Nawaz sedang dalam mod melindungi gadis itu.

     Dia ternganga sedikit. Akhirnya, soalannya mengenai siapakah identiti gadis itu terjawab jua. Sungguh dia tidak menjangka hal itu akan berlaku.

      "You're Nawaz's girlfriend?" Amanda kelihatan teruja.

      "Eh, apa pulak girlfriend? Saya sebenarnya..."

      "Actually," Potong Nawaz.

     Viya menenangkan dirinya kembali kerana dia menyangka yang Nawaz akan menjelaskan tentang hubungan mereka sebenarnya. Hanya seorang wartawan majalah dan seorang selebriti yang bekerja bersama saja.

     "She's my first love." Sambung Nawaz.

     Terbeliak mata Viya apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Nawaz sebentar tadi. Ekspresi wajahnya bagaikan dia baru saja mendapat kejutan budaya yang terlalu epik sehingga sukar untuk diproses oleh otaknya.

     "Dia kata aku first love dia ke?" Bisik hati kecil Viya sambil dia memandang wajah Nawaz yang kini berdiri di sampingnya.

      "Amanda. Panggil aje Kak Amanda." Amanda menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Viya.

      Viya terlalu asyik memandang wajah jejaka di sampingnya itu sehinggakan dia tidak perasan Amanda menghulurkan tangannya tanda salam perkenalan. Hal tersebut membuatkan Nawaz menalakan pandangannya ke arah gadis itu.

     Nawaz membuat isyarat agar Viya memandang ke hadapan. Viya menjongketkan keningnya. Tidak faham dengan bahasa isyarat yang dilakukan oleh Nawaz itu.

     Nawaz tertawa kecil. "Apa kata awak toleh kepala awak ke hadapan?" Cadang Nawaz dengan nada bergurau.

     Viya menolehkan kepalanya ke hadapan. Amanda masih lagi memandangnya dengan senyuman manis yang menampakkan lesung pipitnya. Tangannya juga masih lagi dihulurkan kepada Viya.

     "Oh, Viya." Viya menyambut huluran tangan Amanda yang sedikit lenguh setelah lama dihulurkan.

      "Mesti kamu serious, kan? Sampaikan bawa first love pergi set." Usik Amanda.

      "Mestilah!" Jawab Nawaz dengan bangganya.

      "Five minutes!" Jerit pengarah tersebut kepada semua yang terlibat dalam rancangan kegemaran suri rumah di Malaysia itu.

      Nawaz mengeluarkan tangannya dari dalam poket celananya. "Saya nak kena get ready ni. Awak tunggu sini tahu?" Pesannya kepada Viya sekali.

      Viya diam tidak bersuara. Nawaz tetap bergegas pergi tanpa balasan daripada Viya. Kemudian, Amanda pula menyusul pergi. Tinggallah dia berseorangan di tempat dia berdiri.

      Dia memandang Nawaz yang sedang dipakaikan apron dari jauh. "Betul ke aku first love kau?" Soalnya sendirian.

Viya berdiri di tempat yang sama selama hampir sejam. Kata-kata Nawaz membuatkan dia terlupa akan erti penat berdiri seperti pelajar di tapak perhimpunan.



     "Jumpa lagi!" Kata Nawaz sambil melihat ke arah kamera. Dia mengakhiri rakaman pada hari itu dengan kenyitan mata.

     Setelah rakaman dihentikan, barulah dia dapat berhenti daripada senyum. Tangannya mengurut pipinya yang terasa sakit setelah lama memaksakan senyuman untuk terukir di bibirnya.

     Viya tidak dapat menahan dirinya daripada tertawa. Set pengambaran yang senyap itu membuatkan tawanya bergema. Semua mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Masing-masing baru menyedari kehadiran gadis itu di situ.

      Melihat akan wajah Viya, senyuman terukir kembali di bibir Nawaz. Kali ini, senyumannya datang ikhlas dari hati.

     Apron yang dikenakan dibuka lalu dia hulurkan kepada Amanda yang berdiri di sebelah pengarah. Sempat dia memberitahu Amanda yang dia hendak keluar sebentar bersama Viya. Amanda juga tidak menghalang.

     "Dah habis ke?" Tanya Viya. Beg tangan dipegang erat seakan-akan gementar apabila berdiri di hadapan Nawaz.

      Nawaz mengangguk. "Shall we go now, my lady?" Nawaz menghulurkan tangannya.

      Viya menghadiahkan jelingan manja. Dia terus membelakangkan Nawaz dan berlalu pergi meninggalkan Nawaz di belakang.

      "Auch." Nawaz tertawa. "Comel." Komennya lagi lalu mengejar Viya yang semakin lama semakin jauh darinya.

---

Dan bunga-bunga cinta pun mula berkembang aiseh hahahahaha haih, rindu gila nak tulis citer ni tapi asyik busy memanjang je dgn homework. ingatkan hari ni nak update chapter byk-byk tapi esok examla pula 🙄 nvm, I'll try to find a time to finish this story kay? jgn lupa vote 🤗🌟

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now