29

1.7K 131 6
                                    

Rambut disikat rapi, badannya yang agak athletic itu berselindung di sebalik knitted sweater yang dia kenakan, senyuman manis meniti di bibirnya.

"I'm Mikael. You can call me Mike." Dia memperkenalkan dirinya.

"Saya Din." Mereka berjabat tangan.

Viya menundukkan kepalanya. Patutlah Dayang bukan main berahsia lagi tentang identiti manusia yang bakal dia temu bual itu.

Rupanya dia lelaki yang sama yang mengatakan semua gadis Melayu adalah gila ketika pertama kali mereka bertemu pada blind date yang diatur oleh Dayang sendiri.

Memang inikah niatnya? Dia nak satukan Viya dengan Mike atau semua ini atas sebab kerja sahaja?

"Yang ini..." Din baru saja hendak memperkenalkan Viya tetapi dicantas oleh Mike.

"Hai. Lama tak jumpa. How are you?" Mike menyapa Viya.

"Alhamdulillah, sihat." Viya mempamerkan senyuman palsunya.

"Oh. Dr. Mike dengan Viya dah lama kenal ke?" Soal Din.

"Ha'ah. We dated each other." Jawab Mike.

Viya tertawa sinis. Sejak bila pula mereka berdua keluar bersama? Temu janji hanyalah temu janji. Tak bermakna yang mereka jadi pasangan kekasih.

Tambah-tambah lagi temu janji mereka itu tidak berjalan lancar seperti yang sepatutnya.

"No, we didn't. We met on a blind date and that's that." Nafi Viya pula.

"Oh." Din menggaru kepalanya. Tiba-tiba situasi mereka terasa janggal pula.

"Shall we start now?" Cadang Viya.

Mike hanya mengangguk.




"Okay, cut!" Jerit pengarah rancangan yang menjemput Nawaz menjadi tetamu itu.

Semua kru yang ada di situ bertepuk tangan. Lega yang kerja mereka pada hari itu sampai ke penghujungnya jua.

Nawaz sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang turut sama menjayakan rancangan itu.

Tiba-tiba, jalannya dihalang oleh dua orang gadis yang dia kenali sebagai penulis skrip bagi rancangan itu.

"Can we... take a picture?" Pinta salah satu daripada gadis itu.

"Oh, okay." Nawaz bersetuju.

Mula-mula, seorang gadis berdiri di sebelah Nawaz dan seorang lagi menangkap gambar mereka. Kemudian mereka bertukar tempat pula.

"Terima kasih." Ucap mereka dengan serentak.

"Sama-sama. Good job for today." Ucap Nawaz pula kemudian berlalu pergi.

Dia berhenti di hadapan Amanda yang sedang memeriksa jadual penggambaran Nawaz pada hari itu dengan sepintas lalu.

"This is the last one, kan?" Tanya Nawaz.

Dia mencapai sebotol air mineral lalu meneguknya sehingga separuh kosong.

"Ha'ah. Jawab Amanda. Kamu nak akak hantar kamu balik ke? Atau nak singgah mana-mana lagi?" Tanya Amanda setelah dia memasukkan telefonnya ke dalam poket seluarnya.

"Rasanya tak nak singgah mana-mana kut." Balas Nathan sambil menutup semula botol mineralnya.

"Nawaz Ayaan!" Pengarah rancangan tersebut menyapanya.

"Mr. Lim." Sapa Nawaz pula dengan senyuman.

"Wah, very good job for today." Pujinya.

"Terima kasih." Nawaz tersengih-sengih apabila mendapat pujian.

"Apa kata kita pergi makan ramai-ramai? Pergi celebrate?" Cadang Mr. Lim ataupun pengarah rancangan tersebut. "Atau you two nak pergi celebrate sendiri?" Tambahnya pula.

"Ce-celebrate sendiri?" Nawaz menjongketkan keningnya.

"Haiyaa, saya tahulah. Kamu berdua tengah bercinta, kan?" Teka Mr. Lim dengan yakin.

"Eh, tak!" Nafi Nawaz. "Saya dengan dia..."

"Dia ni dah macam adik saya dah, Mr. Lim." Cantas Amanda lalu tertawa kecil.

"Oh, really ah? Oh sorrylah. My bad, my bad." Dia meminta maaf dengan segera. "So, macam mana? Nak pergi celebrate?"

Nawaz menoleh dan memandang Amanda. Amanda menjongketkan bahunya. Dia tidak menghalang.

Dia teringat pula akan Viya di rumah. Ingatkan nak balik awal dan luangkan masa dengan isterinya itu tetapi dia juga tidak tahu hendak memberi alasan apa untuk menolak pelawaan Mr. Lim itu.

"Okaylah." Nawaz akhirnya bersetuju.

"Okay, good, good. I'll text you the address later. Kita jumpa kat sanalah." Ujar Mr. Lim.

Nawaz dan Amanda sama-sama menganggukkan kepala mereka.

"Good job again. You too Amanda." Ucap Mr. Lim lagi sebelum berlalu pergi.

"Akak tunggu kat keretalah." Amanda menepuk bahu Nawaz lalu beredar.

Nawaz mengeluarkan telefonnya yang disetkan dalam mod getar dari dalam poketnya. Dia menaip sesuatu pada skrin lalu menekan butang hantar.

Setelah itu, barulah dia mengikuti Amanda menuju ke tempat meletakkan kenderaan di hadapan studio.

---

+ Have a great day everyone 🙂

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now