7

2.7K 232 28
                                    

Sudah hampir sejam mereka berada di dalam kafe itu. Selama itu juga Viya cuba untuk menyembunyikan wajahnya daripada kamera-kamera telefon pintar yang sedang menangkap gambar mereka.

     Hairannya, lelaki yang berada di hadapannya itu kelihatan selamba saja. Bahkan, dari tadi dia asyik merenung Viya dengan mata yang bersinar. Seperti kanak-kanak melihat coklat pun ada.

     “So, Encik Nawaz Ayaan—”

     “Waz.” Cantas lelaki di hadapannya itu. “Panggil aje Waz. Kalau nak panggil baby pun boleh.” Tambahnya lagi. Tersipu malu.

     “What? Baby?”

     “So, diorang memang bercintalah?”

     “Bukan ke dia reporter aje?”

     Bisikan-bisikan yang memenuhi ruang kafe itu semakin menguji kesabarannya. Setiap kali dia hendak bertanya soalan, pasti lelaki yang bernama Nawaz Ayaan itu mencantasnya. Kalau bukan kerana kerja, sudah lama dia pergi dari situ.

     “Encik Nawaz memang dah lama minat masak ke?” Tanya Viya dengan senyuman yang dipaksa.

     “Ha’ah dah lama dah. Sejak kecil lagi.” Jawab Nawaz.

     “Eh, first time pula dia jawab soalan aku dengan serius! Dari tadi asyik dengan pickupline hambar dia aje.” Ujar Viya dalam hati.

     “Tapi awak jangan risaulah! Saya tak pernah minat apa-apa lebih daripada minat saya kat awak.” Sambung Nawaz lagi.

     “Oh my god! That’s so sweet!”

     “Cia, cia, cia.”

     “Untunglah ada yang nak. Aku asyik forever alone aje.”

     “Aduhai, mamat ni! Aku rasa macam nak sepak aje muka dia ni!” Bisik Viya dengan perlahan. “So kiranya Encik Nawaz memang dah pandai masak sejak kecil lagilah?” Tanya Viya lagi. Meneruskan sesi temu bual mereka.

     “Yup.” Nawaz mengangguk. “Kalau saya boleh minat dengan memasak for more than twenty years, bayangkan berapa lama saya boleh minat kat awak. Maybe forever.” Tambahnya lagi.

     “Apesal sweet sangat?”

     “Weh, aku pun nak boyfriend macam ni weh!”

     “She’s so luckylah!”

     Viya mendengar satu persatu kata-kata yang dilontarkan oleh para peminat Nawaz Ayaan, selebriti chef yang terkenal di Malaysia itu.

     “You know what?” Nawaz kembali bersuara. “Saya rasa saya bukan sekadar minat kat awak aje.” Katanya lagi.

     “Stop it.” Arah Viya tetapi suaranya terlalu perlahan untuk didengari.

     “Saya rasa saya cintakan awak.” Tambah Nawaz dengan senyuman yang lebar.

     Viya menghempas buku nota di tangannya ke meja dengan kuat. Mengejutkan semua orang di situ termasuklah Nawaz sendiri.

     Matanya berair menahan amarah yang meluap-luap dalam dirinya. “Kalau Encik Nawaz rasa nak bergurau-senda, saya rasa lebih baik kita tamatkan kat sini aje.” Giginya diketap.

     “Eleh, nak jual mahal konon!”

     “Dia ingat dia cantik sangat ke?”

     “Dahlah kolot. Tak pandai bersyukur pula tu!”

     Marahnya semakin meluap-luap apabila mendengar komen-komen negatif itu. Dia menggenggam kuat pensel kayunya.

     “I’m serious. I really think I love you.” Ulang Nawaz lagi.

     Dek genggamannya yang terlalu kuat, pensel kayu itu patah menjadi dua. Bahagian kayu pensel patah yang tajam itu mengena tangannya menyebabkan tangannya terluka. Tetapi dia terlalu marah untuk memikirkan hal itu.

     “Tangan awak—”

     Viya melontarkan pensel yang telah patah itu ke lantai. Pandangan tajam yang dihadiahkannya kepada Nawaz itu membuatkan lidah Nawaz menjadi kelu.

     “Excuse me.” Ucapnya lalu mencapai beg tangannya dan beredar dari situ.

     Nawaz tergamam dengan apa saja yang baru berlaku. Rasa bersalah menyerangnya bertubi-tubi.




Viya duduk bersendirian di sebuah taman berhampiran. Air mata jatuh ke pipinya yang mulus itu. Setiap kali dia marah, begitulah jadinya. Emosinya yang tidak stabil membuatkan air mata bercucuran jatuh.

     Sedang dia melayan perasaan, terasa seseorang duduk di sebelahnya. Dia kaku di tempatnya. Tidak bergerak walaupun seinci meskipun ingin tahu identiti orang yang duduk di sampingnya itu.

     Kedengaran bunyi plastik disorong pada permukaan kayu bangku taman itu. Dari hujung mata, dia mencuri pandang apa yang menghasilkan bunyi yang baru saja didengarnya itu. Keningnya berkerut apabila terpandang tisu di sebelahnya.

     Mahu tidak mahu, terpaksalah dia menoleh juga. Keningnya semakin dikerutkan apabila melihat lelaki yang bernama Nawaz Ayaan sedang duduk di sampingnya. Hanya tisu itu saja yang menjadi pemisah di antara mereka.

     Viya melontarkan pandangannya jauh ke hadapan. Malas hendak melayan perangai lelaki yang tidak kenal erti serius itu. Namun demikian, Nawaz juga tidak kenal erti putus asa. Tisu itu disorongkannya lagi mendekati Viya. Menyuruh Viya mengesat air matanya itu.

     Ego, ego juga. Tetapi, takkanlah dia hendak membiarkan orang lain di taman itu melihatnya dengan maskara yang sudah mencair dan mencomotkan wajahnya. Akhirnya, dia mengambil juga tisu yang diberi oleh Nawaz itu.

     Walaupun tiada ucapan terima kasih daripada Viya, Nawaz tetap tersenyum. Lega juga gadis itu sudi menerima pemberian tisunya. Ingatkan tadi hendak memberinya sapu tangan. Alih-alih, sapu tangan tertinggal di rumah pula. Terpaksalah dia pergi membeli tisu dari kedai runcit berdekatan.

     Mereka kekal berdiam diri. Viya sibuk mengesat kesan maskaranya yang berwarna hitam di bawah mata, Nawaz pula memerhatikan keadaan sekelilingnya. Minit demi minit berlalu, mereka masih kekal di tempat yang sama.

     Pejam celik, pejam celik, kedengaran suara azan berkumandang dari masjid berdekatan. Viya segera menilik jam tangannya. Terbelalak apabila mendapati hari sudah maghrib.

     “Biar betul kitorang dah duduk kat sini tiga jam?” Bisik Viya kepada dirinya sendiri.

     Nawaz terdengar bisikan itu dan tersenyum kecil. Dia menoleh semula memandang langit yang dicat dengan warna jingga dan ungu. Indahnya ciptaan-Nya.

     “Dah lama rasanya saya tak keluar rumah macam ini. Just duduk kat taman and do nothing untuk berjam lamanya.” Bisik Nawaz pula. Cukup kuat untuk Viya mendengarnya.

     Viya tergamam mendengar pernyataan yang dibuat oleh Nawaz itu. Sebenarnya, dia tinggal di situ bersama Nawaz bukanlah kerana sengaja, tetapi dia sendiri tidak menyedarinya. Tup, tup, hari sudah senja.

     Jika diimbas kembali, mereka berdua hanya duduk di situ dan mendiamkan diri saja. Kenapa pula mereka berdua boleh berasa tenang seperti baru mencurahkan isi hati masing-masing? Bagaikan semua masalah hilang ditiup angin senja.

     “About the interview, kita tangguhkan untuk lain ajelah. Awak tak payah risau. Nanti saya sendiri call bos awak, bagitahu pasal ni.” Sambung Nawaz pula. “Dah maghrib dah ni. Awak baliklah dulu.” Katanya lagi.

     Viya mencapai beg tangannya. “Nak baliklah ni.” Balas dengan kasar lalu pergi meninggalkan Nawaz sendirian.

     Nawaz tertawa sendirian. “Garang juga jodoh aku ni.”

---

- Since it's chinese new year, i got a chinese joke.

Q: What has 2 wings and a halo?
A: A Chinese telephone, Wing-wing, halo? 

source: http://jokes4us.com/miscellaneousjokes/worldjokes/chinajokes.html

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now