40

1.7K 131 0
                                    

Secawan kopi yang hangat beransur suam. Jam tangan ditilik berkali-kali. Batang hidung orang yang ditunggu langsung tidak kelihatan.

           "Mana pula dia ni?" Lambatnya. Gerutu Mike sendirian.

           Orang yang lalu-lalang di hadapan kafe itu dia perhatikan. Masih lagi tercari-cari wajah orang yang ditunggu.

           "Weh, sorry aku lambat!" Ujar seseorang diikuti dengan bunyi kerusi di hadapan Mike ditarik.

            Dayang melabuhkan punggungnya pada kerusi. Tersengih-sengih macam kerang expired.

            "Haa inilah ni perempuan! Kata lima minit lagi sampai, alih-alih 50 minit juga baru sampai." Omel Mike, marah kerana Dayang membuatnya tertunggu-tunggu.

            "Sorrylah." Ucap Dayang lagi. "Kau tak ada syif ke malam ni?" Tanya Dayang.

            "Tak ada." Balas Mike.

            "Oh. Eh, kenapa kau nak jumpa aku?" Tanya Dayang, sepertinya dia sedang tergesa-gesa.

            "Yang kau rushing sangat ni kenapa?" Mike mengerutkan dahinya.

            "Alah, cakap ajelah cepat! Hawaii Five-0 dah nak start dah ni. Nanti aku terlepas pula." Gesanya lagi.

            "Record ajelah! Kan senang!" Kata Mike pula lalu menggelengkan kepalanya. Tidak faham dengan perangai sepupunya itu.

            "Isy, banyak cakaplah kau ni! Cakap ajelah kenapa kau nak jumpa." Marah Dayang pula.

            Mike mengomel sesuatu yang tidak jelas sambil mencapai sesuatu dari bawah meja. Kesabaran Dayang pula semakin menipis.

            "Nah!" Mike menghulurkan beg berwarna putih kepada Dayang.

            "Apa ni?" Tanya Dayang.

           "Tengoklah." Arah Mike.

           Dayang menyelukkan tangannya ke dalam beg tersebut dan mengeluarkan sesuatu. Terlopong mulutnya apabila melihat isi beg tersebut.

            "Inikan beg LV yang kau nak tu?" Tanya Mike lalu menghirup kopinya.

            "Weh, kau biar betul?!" Dayang terharu.

            "Betullah. Ori tu. Bukan copy ori." Balas Mike pula.

            "Weh, aku sayang kau weh!" Getusnya sambil berlakon drama air mata. "Mesti gaji kau ni besar sangatkan? Ada sama dengan saiz T-Rex tak?" Seloroh Dayang.

            Mike sekadar tertawa mendengar komen Dayang itu.

            "Bestlah tolong kau ni. Boleh dapat beg baru. Next time, kalau kau nak aku tolong, call aku tau." Kata Dayang, tersengih-sengih.

            "Tolong?" Mike menjongketkan keningnya. "Kalau aku cakap sekarang boleh?"

            Dayang mencodak. Mengerutkan dahinya.




Makanan ala-ala barat terhidang di hadapan mata. Walaupun kurang gemar dengan masakan barat, Viya menjamah juga makanan tersebut. Dah lapar, nak buat macam mana lagi? Telan ajelah.

           "Sayang..." Panggil Nawaz secara tiba-tiba.

           Makanan yang ditelan oleh Viya bagaikan tersangkut di kerongkong. Meremang bulu romanya mendengar suara Nawaz yang lain saja bunyinya itu.

           "Lusa saya kena pergi Sabah for work." Beritahu Nawaz.

           "Laa, ingatkan apa tadi." Bisik Viya.

           "Apa dia?"

           "Er, lama ke?"

           "Tak adalah lama." Dalam dua hari. Jawab Nawaz.

           "Ohh, okay!" Balas Viya dengan bersahaja.

           "Boleh tak kalau awak ikut saya?" Pinta Nawaz.

           "Ikut awak?"

           Nawaz mengangukkan kepalanya.

           "Kenapa awak nak saya ikut awak? Kan awak kerja. Tak rasa saya ni membebankan ke nanti?"

           "Sejak bila pula awak ni membebankan? Walaupun berat macam anak gajah, tak adalah saya ni terbeban sangat. "Seloroh Nawaz.

           "Amboi, suka-suka dia aje nak bandingkan berat kita dengan gajah!" Getus Viya.

           "Anak gajah. Bukan mak gajah. Kira ringanlah tu." Balas Nawaz lalu tertawa. "Besides, saya nak kita spend quality time together." Pujuk Nawaz lagi.

           "Tapikan kita dah janji tak nak orang lain tahu pasal kita." Nyata Viya lalu mengeluh.

           "Bukannya kita berdua aje kat sana nanti. The whole team will be there. Takkan ada yang nak suspect apa-apalah."

           Viya diam sejenak. Merenung Nawaz yang sedang berlagak comel. Merayu untuk Viya setuju dengan cadangannya.

           "Tengoklah nanti saya tanya bos saya." Balas Viya.

           "Yes!" Bisik Nawaz.

           Viya menggelengkan kepalanya.

           "Kenapa awak kata yang awak takut akan membebankan saya nanti eh?"

           "Iyalah. Kita duduk berdepan macam ni pun, awak fikirkan saya. Kalau nanti awak tengah shoot, mestilah awak lagi fikirkan saya." Usik Viya membuatkan Nawaz tersengih malu. "Eh, ibu mana?"

           "Balik kampung." Jawab Nawaz selamba.

           "Balik kampung?!"

———

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now