8

2.6K 215 4
                                    

Dengan perasaan serba salah, Viya masuk ke dalam kamar Dayang. Berniat hendak menjelaskan mengapa dia belum menemu bual selebriti lelaki yang dikenali sebagai Nawaz Ayaan itu.

"Masuk." Dayang menyahut ketukan lemah pada pintu kamar kerjanya.

Tombol pintu dipulas oleh Viya lalu dia menguak sedikit pintu kamar itu. Cukup luas untuk dia melaluinya. Setelah itu, dia menutup semula pintu dengan perlahan.

Dayang sedikit pun tidak terkejut dengan kehadiran Viya itu. Malahan, dia ternanti-nantu kedatangan pekerjanya itu.

"Viya." Sapa Dayang sambil tersenyum.

"Cik Dayang, saya nak minta maaf sebab saya belum siapkan lagi..."

"Tak apa. He told me already about it." Balasnya. Fail di meja dikemas.

"H-he?" Keningnya dijongketkan. "Dia dah beritahu Cik Dayang?"

Dayang menganggukkan kepalanya. Senyuman masih terpalit di bibir.

"Oh." Balas Viya. Tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut. "Kalau macam tu, saya minta diri dululah." Beritahunya.

Dayang sekali lagi menganggukkan kepalanya. Setelah mendapat keizinan untuk beredar, Viya meninggalkan kamar itu dan bergerak ke mejanya semula.

Dari jauh lagi kelihatan Kak Kina sedang terpacak di hadapan meja Viya. Mahu bergosiplah tu!

Membulat mata Kak Kina apabila melihat Viya. Lama juga dia berdiri bagaikan tunggul di situ, menunggu Viya kembali.

"Viya!" Seru Kak Kina. Teruja.

"Good morning, Kak Kina." Ucap Viya dengan lemah longlai. "Kak Kina nak apa?" Soalnya. Malas mahu bergosip di pagi hari.

"Isy, hang ni! Macam tak suia aje Kak Kina datang." Bibirnya dicebikkan.

"Bukan tak suka, cuma Viya tak ada mood nak bergosip." Viya memujuk wanita di hadapannya itu.

"Kak Kina datang bukannya nak bergosip!" Nafi Kak Kina. "Cuma Kak Kina nak bertanya, macam mana dengan interview semalam?"

Viya mencodak. "Eh, tadi kata tak nak bergosip!" Serkapnya. Cakap tak serupa bikin.

"Kak Kina tanya aje pun! Bukannya nak ugut-ugut hang!" Getus Kak Kina. Naik jengkel pula dengan Viya yang dari tadi asyik berdolak-dalih.

Viya berhenti daripada menekan papan kekunci komputer. Dia mengeluh perlahan apabila terkenang peristiwa kelmarin. Hairan juga mengapa gambarnya dan Nawaz belum ditularkan di media sosial.

Baru saja dia membuka mulut untuk menceritakan segalanya kepada Kak Kina, deringan nyaring telefonnya menganggu pula. Memberi isyarat kepada Kak Kina agar menunggunya sebentar.

Pandanfan ditalakan ke skrin telefon. Nombor tidak dikenali tertera sebagai pemanggil. Dengan dahi yang berkerut, dia menekan butang jawab.

"Assalamualaikum jodoh." Ucap Sang Pemanggil.

Viya menjauhkan telefonnya dari telinga. Melihat nombor pemanggil sekali lagi. Meskipun telah diteliti, dia masih tidak mengenali pemilik nombor yang memanggilnya itu.

Telefon dirapatkan semula ke telinga. "Waalaikumussalam. Siapa ni?" Tanya Viya.

"Baru berapa jam tak jumpa, dah lupa ke?" Tanya pemanggil itu pula.

Viya cuba untuk mengingati wajah yang baru dia jumpa beberapa jam yang lalu. Wajah Nawaz Ayaan tersenarai.

"Oh." Balas Viya tanpa sebarang perasaan. "Nak apa?" Soalnya dengan kasar.

Kedengaran Nawaz tertawa di hujung talian. Sikap garang Nura Araviya itu mencuit hati setiap kali terkenang.

"Awak free ke?" Tanya Nawaz terlebih dahulu.

Viya mengerling ke arah jam yang tergantung elok pada dinding. "Kalau pasal kerja, saya free. Kalau nak date, saya tak free."

"Date?!" Kak Kina yang masih di situ bertukar teruja.

Viya membulatkan matanya dan meletakkan jari telunjuknya pada bibir. Meminta Kak Kina untuk berdiam diri sebentar.

"Eh, saya tak ajak pun awak datekan?" Balas Nawaz. "Ke awak yang nak date dengan saya?" Usiknya.

"Daripada date dengan Encik Nawaz, saya lebih rela gantikan tempat Mahsuri!" Viya mula merepek.

Sebut sahaja nama Nawaz, semua kepala menoleh ke arahnya. Mahu menjaga tepi kain oranglah tu!

"Uisy, sampai macam tu sekali?" Tawa Nawaz bergema di corong talian. "Tapi, Mahsuri dah tak ada. Apa kata awak jadi jodoh saya aje?" Usiknya lagi.

"Encik Nawaz nak apa sebenarnya?!" Viya naik angin.

"Okey, okey. Baru usik sikit, dah nak marah." Rungut Nawaz. "Saya nak jumpa awak ni. Untuk kerja." Jelasnya.

"Nak jumpa kat mana?" Tanya Viya.

"I'll text you the address." Jawab Nawaz. "TTYL jodoh!" Sempat dia berkata sebelum menamatkan panggilan.

Viya menghentak telefonnya dengan kasar pada meja kerja. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah lelaki yang baru saja menelefonnya itu.

"Siapa yang call?" Soal Kak Kina. Sudah tahu, tapi masih mahu bertanya.

"Alien." Viya mendengus kasar.

Tidak lama kemudian, skrin telefonnya menyala. Baru menerima pesanan ringkas daripada tidak lain dan tidak bukan, Nawaz Ayaan. Dalam pesanan ringkas tersebut, tertera alamat tempat untuk mereka berjumpa.

Berkerut dahi Viya membaca alamat yang tertera pada skrin. Melihat reaksi keliru daripada Viya itu, Kak Kina segera merampas telefonnya. Mahu membaca sendiri pesanan ringkas yang diterimanya.

"Amboi, sampaikan nak berjumpa kat taman?" Senyuman Kak Kina melebar. "Hang ada apa-apa hubungan dengan diakah?" Serkap Kak Kina.

"Ada. Hubungan future enemy." Jawab Viya.

"Jangan benci sangat. Nanti jadi cinta, sampai ke sudah hati tu berbunga." Pesan Kak Kina lalu mengembalikan telefon Viya.

"Ah, banyaklah dia punya cinta!" Bentak Viya.

---

Sorry sbb lama tak update new chapter. Busy dgn sekolah. So, memandangkn skrg ni tengah cuti seminggu, I'll try to update as frequent as I can. Kalau suka, tekanlah bintang-bintang tu!

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now