35

1.7K 137 1
                                    

Sepinggan mee goreng terhidang di depan mata. Dengan aroma yang menusuk hidung, ditambah lagi dengan perut yang kosong, siapa saja yang tidak tergoda?

"Bismillahirrahmanirrohim." Baca Viya lalu menyuap mee goreng ke dalam mulutnya.

Dia mengunyah mee goreng tersebut beberapa kali sebelum menunjukkan dua ibu jarinya kepada Nawaz. Matanya membulat. Suka.

"Sedapnya." Pujinya lagi setelah menelan suapan pertama.

"Tengoklah siapa yang masak." Balas Nawaz dengan bangganya.

"Eleh. Awak tak nak makan ke?" Soalnya pula.

Baru saja Nawaz membuka mulutnya untuk menolak, Viya terus menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. Terkejut Nawaz dibuatnya.

"Kunyah." Arah Viya pula lalu menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya pula.

Nawaz akur dengan arahan Viya itu dan mengunyah dengan perlahan. Senyuman tidak lekang dari bibir

"Nak lagi?" Tanya Viya.

Nawaz menggelengkan kepalanya.

"Tak nak sudah. Nanti habis, jangan marah." Kata Viya pula dan kembali menikmati sarapan paginya.

Sepasang mata berwarna coklat milik Nawaz memerhatikan gerak-geri Viya yang kelihatan terlalu menikmati sarapannya pagi itu.

Dia tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Lagak Viya masa itu tidak berbeza dengan kanak-kanak yang diberi aiskrim.

Keterujaannya seakan-akan tidak dapat dibendung lagi. Gembira sungguh.

Terdetik dalam hati Nawaz, yang pilihannya tidak salah. Langsung tidak salah.

Dia lega yang dia meneruskan juga niatnya untuk menikahi Viya meskipun dia ragu-ragu akan niat sebenar Viya bersetuju.

Namun, semua keraguan itu kering dari hatinya. Dia lebih yakin sekarang yang wajah Viyalah yang hendak dia tatap pada hari-hari seterusnya sehinggalah salah satu daripada mereka ditakdirkan untuk pergi dahulu.

Tanpa Nawaz sedari, dia mengangkat tangannya merapati wajah Viya yang masih lagi asyik dengan mee gorengnya. Rambut hadapan Viya dia sentuh lalu dia selitkan di belakang telinga Viya.

Perbuatan Nawaz itu membuatkan Viya menoleh ke sisi. Matanya sedikit membulat kerana masih lagi terkejut.

Nawaz pula sebaliknya. Dia kelihatan tenang saja dengan senyuman tanda bahagia meniti di bibirnya.

"Assalamualaikum." Suara seseorang dari luar rumah membuatkan mereka berdua menoleh ke arah pintu yang terbuka luas.

Viya bangun dari kerusinya untuk melihat siapa yang menjenguk mereka tetapi Nawaz menarik tangannya. Menyuruh dia untuk duduk semula.

"Awak makanlah. Biar saya yang pergi tengok siapa yang datang." Ujar Nawaz dengan lemah-lembut kemudian berlalu ke hadapan rumah.

Tidak lama kemudian, Nawaz kembali semula ke ruang makan. Kali ini, dia tidak bersendirian.

"Viya." Panggil seseorang.

Viya menoleh ke belakang setelah mendengar namanya dipanggil.

"Kak Amanda." Wajah Viya tidak menunjukkan sebarang ekspresi. "Kosong."

"Sorrylah kalau menganggu korang breakfast." Amanda menghadiahkan senyuman kecil kepada Viya.

"It's okay. Akak duduklah dulu. Nawaz pergi bersiap kejap." Nawaz pula yang menjawab bagi pihak dia dan Viya.

Amanda mengangguk. Setelah kelibat Nawaz hilang dari pandangan mata, Amanda melabuhkan punggungnya pada kerusi yang diduduki oleh Nawaz sebelum dia datang tadi.

"Viya apa khabar?" Tanya Amanda. Sekadar berbasa-basilah katakan.

"Alhamdulillah, sihat." Jawab Viya. Memaksakan senyuman untuk terbit di wajahnya. "Akak dah breakfast? Kalau belum, jemputlah makan dulu. Nawaz ada masak mee goreng." Pelawa Viya pula.

Perasaan cemburu dia tolak ke tepi. Walaupun dia kurang senang dengan kehadiran Amanda di rumah itu, dia tahu yang dia harus melayan seorang tetamu dengan baik.

Lagipun, bukannya Amanda akan berada di rumah itu untuk tiga puluh tahun. Paling-paling pun hanya tiga puluh minit sahaja.

"Nawaz... masak?" Tanya Amanda. Entah mengapa dia teragak-agak untuk mendapatkan kepastian.

Viya menganggukkan kepalanya.

"Sebenarnya, sebelum kahwin lagi Nawaz dah janji yang dia akan masak untuk Viya. Macam budak-budaklah." Viya tertawa kecil apabila teringat akan hari di mana Nawaz membuat janjinya itu.

"Oh. Ha'ah." Amanda bersetuju. Sekadar tersenyum. "Tak apalah. Akak dah sarapan dengan nenek dah tadi. Viya makanlah." Tolak Amanda pula dengan sopan.

Viya mengangguk faham. Perasaan cemburu datang lagi. Dia cemburu setiap kali diingatkan yang Puan Rubiah lebih sukakan Amanda berbanding dia.

Siapalah dia hendak membantah? Amanda itukan cucu Puan Rubiah. Dia pula hanyalah orang luar. Tak perlu nak buat perbandingan pun. Memang lebih nyata yang Puan Rubiah akan memilih Amanda dalam apa jua keadaan.

"Dulu kat rumah nenek, Nawaz selalu masak juga ke?" Tanya Viya.

"Selalu. Selalu sangat. Masa Nawaz ada kat rumah dulu, akak rasa macam tinggal kat hotel sebab Nawaz bukan setakat masak makanan melayu aje, Italian, Western, even Indian food." Jelas Amanda. "Untunglah Viya. Lepas ni nak makan apa aje, Nawaz boleh masakkan." Tambahnya lagi.

Mereka berdua tertawa tetapi masing-masing tawanya kelat atas sebab yang sama. Cemburu.

"Amboi, kuatnya gelak! Mengumpat orang eh?" Nawaz muncul semula. Berpakaian lebih kemas berbanding tadi.

"Ha'ah. Mengumpat awak." Balas Viya lalu menjelirkan lidahnya.

Amanda mengerling sekilas pandang ke arah Viya. Semakin cemburu apabila melihat Viya berlagak manja di depan Nawaz dengan begitu saja.

Terlintas dalam fikirannya, kalaulah dia berada di posisi Viya ketika itu. Pasti hatinya dipenuhi dengan kesenangan.

"Dah siap dah?" Tanya Amanda dengan segera sebelum dia lemas dalam fikiran sendiri.

"Dah." Jawab Nawaz.

"Kalau dah, jomlah gerak." Ajak Amanda lalu bangun dari kerusinya. "Akak tunggu kat kereta." Tambahnya lagi.

Nawaz mengangguk.

"Jangan nakal-nakal tahu? Lepas kerja terus balik. Jangan nak melencong pula." Pesan Nawaz kepada Viya.

"Iya. Awak pun sama. Hati-hati." Pesan Viya pula.

Langkah Amanda terhenti. Dia menolehkan kepalanya ke belakang.

Apa yang dilihatnya cukup membuatkan hatinya retak. Viya menyalam tangan tangan Nawaz dan Nawaz pula menghadiahkan kucupan ke dahi Viya.

Amanda menoleh semula ke hadapan dan meneruskan langkahnya dengan laju. Mata yang berkaca dia sembunyikan di sebalik kaca mata hitam.

Tidak lama kemudian, Nawaz juga mengikuti langkahnya. Pergi meninggalkan rumah yang bersaiz sederhana itu.

Viya memandang sepinggan mee goreng yang tinggal separuh. Tidak lalu hendak memakannya. Seleranya sudah hilang. Hanya keluhan dilepaskan.

———

I don't feel like sleeping sbb nak habiskn tulis citer ni tpi klau stay up late, takut sleep cycle trganggu pula sbb slalunya sbelum pukul 12 dah tdur dah (i sleep at 8pm on weekdays, believe it or not 😂) can't decide 😕

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now