2

3.3K 278 2
                                    

Viya mengatur langkahnya menuju ke sebuah bilik pejabat yang berada tidak jauh dari meja kerjanya. Setelah mendapat tahu akan kedatanganya bosnya pada pagi itu, dia segera mencapai pemacu keras yang berisi artikel yang telah dia siapkan malam tadi dan menjumpai bosnya.

     Pintu yang mempunyai tetingkap kecil yang ditutup dengan tirai itu diketuknya dengan perlahan. Sebagai isyarat kepada bosnya yang dia hendak masuk ke dalam. Tombol pintu dipulasnya lalu dia menguak luas pintu itu.

     “Good morning, bos.” Sapa Viya dengan selamba.

     “Good morning.” Balas wanita yang sedang di hadapan meja kerjanya.

     Viya menutup semula pintu bilik itu dan mengatur langkah merapati majikannya itu. Daripada wajah Viya itu, Dayang iaitu pemilik syarikat penerbitan itu sudah dapat mengagak tujuan Viya menemuinya pada pagi itu.

     “Let me guess, awak dah siapkan artikel yang sepatutnya awak hantar seminggu lagi, right?” Teka Dayang tanpa sebarang keraguan.

     “Bingo!” Balas Viya lalu menghulurkan pemacu keras kepada Dayang.

     Dayang mengeluh perlahan tetapi menyambut juga huluran pemacu keras itu yang kemudiannya dia masukkan ke dalam laci meja kerjanya. Meskipun sudah menghantar tugasannya, Viya masih tidak berganjak dari tempatnya.

     Dayang turut dapat mengagak sebab mengapa gadis itu masih terpacak di hadapannya. Tidak lain, tidak bukan, pasti dia mahu tugasan lagi untuk disiapkan. Benarlah kata orang, Viya memang taksub dengan kerjanya.

     “No more work for you. Not for this week.” Beritahu Dayang dengan serius.

     “Alah, bos! Janganlah macam ni!” Rengek Viya. Membuat muka sepuluh sen.

     “Viya, orang lain sebulan buat tugasan tiga-empat kali aje tau! But you, bulan ni je dah siapkan lapan artikel!” Balas Dayang. Tetap dengan pendiriannya.

     “Sayakan rajin.” Viya mengerdipkan matanya berkali-kali. Membuat lagak comel pula.

     “Rajin tu tak salah. Tapi, berpada-padalah sikit.” Tegur Dayang pula dengan serius. “If you keep on being like this, I have to raise your pay. Awak sendiri tahukan berapa banyak pekerja yang saya kena upah? I can’t afford to pay you more.” Luahnya lagi.

     “Tapi bos, saya tak pernah pun minta bos raise gaji sayakan? Saya buat semua ni pun, bukannya sebab nak raise.” Balas Viya pula. Turut jujur. “Tolonglah, bos! Saya sanggup buat apa aje.” Rayunya lagi. Membuat muka kasihannya.

     “Betul ni sanggup buat apa aje?” Dayang menjongketkan sebelah keningnya.

     “Betul.” Viya menundukkan kepalanya. Memandang lantai.

     “Okay.” Dayang mengangguk. “Saya nak awak buat something ni, kalau awak setuju, baru saya bagi awak interview someone.” Tambah Dayang.

     Viya mencodak. Ekspresinya jelas menunjukkan betapa terujanya dia setelah mendengar kata-kata majikannya itu. Tampaknya, dia dapat menyibukkan dirinya lagi.

     “I want you to go out for a blind date.” Beritahu Dayang.

     Terlopong mulutnya setelah mendengar syarat yang tidak masuk akal itu. Berat pula rasanya hati hendak akur. Tapi, kalau tak setuju, terpaksalah dia menghadapi masa lapang.

     “Ke-kenapa pulak saya kena pergi blind date?” Soalnya. Tergagap-gagap.

     “Eh, tadi kata sanggup buat apa-apa aje!” Dayang mengungkit semula apa yang dikatakan oleh Viya sebentar tadi. “Tak payah nak risaulah. Dia sepupu saya. He’s a good guy.” Tambahnya lagi. Hendak meyakinkan Viya agar bersetuju saja.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now