4

2.9K 236 15
                                    

Sejam berlalu dengan lambat sekali. Kelopak matanya semakin terasa berat. Alunan piano yang dimainkan oleh pemain piano bagaikan lagu dodoian.

     Lelaki yang sepatutnya bertemu janji dengannya tidak kunjung tiba lagi. Perutnya juga sudah berkeroncong dek menunggu terlalu lama. Hendak memesan makanan, macam tidak sopan pula. Terpaksalah dia menunggu juga.

     Dari jauh, Nawaz memerhatikan Viya yang sedang menongkat dagu itu. Perbualan dia antara klien dan pengurusnya langsung tidak menarik minatnya. Tambahan pula, dia hairan melihat Viya yang dari tadi meneguk air kosong dan duduk sahaja. Takkanlah dia datang ke restoran bertaraf lima bintang itu hanya untuk minum ‘jus langit’ saja?

     Tiba-tiba, seorang lelaki yang berkaca mata mengambil tempat duduk di hadapan Viya. Nawaz mengerutkan dahinya. Siapa pula lelaki itu? Teman lelakinya kah?

     “Sorry, I’m late.” Ucap lelaki itu kepada Viya. Kata-kata maafnya itu kedengaran kosong sahaja. Seperti dia tidak ikhlas mengucapkannnya.

     “Tak—”

     “So, what’s your name?” Cantas lelaki itu. Tidak memberi peluang untuk Viya bercakap.

     “Viya.” Jawabnya.

     “Well, at least nama awak moden sikit.” Kata lelaki itu. “Mine is Mike.” Tambahnya lagi.

     “Nice to meet you, Mike.” Bohong Viya. Siap tersenyum lagi.

     “Shall we eat now? Lagi cepat kita makan, lagi cepatlah date ni over.” Dia tersenyum sinis.

     Viya mengeluh sinis. Mengangguk tanda setuju.



Berdarah telinganya mendengar lelaki bernama Mike itu asyik bercerita tentang dirinya. Dari tadi sampai sekarang, semuanya tentang dia, dia, dan dia. Viya pula hanya mampu angguk, geleng, angguk, geleng.

     “Well, enough about me.” Kata Mike.

     Tuhan sahaja yang tahu kegembiraan yang dibawa oleh kata-kata itu kepada Viya. Akhirnya, penderitaannya selama hampir dua jam itu berakhir juga.

     “Ceritalah pasal diri awak.” Sambung Mike pula.

     “Saya kerja sebagai wartawan...”

     “Wartawan?” Cantas Mike. “Saya pun ada kawan kerja sebagai wartawan. Saya masih ingat lagi masa kitorang kecil dulu...”

     “Aduhai, dia mula lagi!” Viya mengeluh.

     Dia menadahkan telinga sahaja dan mendengar tentang kisah Mike ketika masih kecil pula. Sedikit pun tidak teruja dengan topik perbualan mereka itu ataupun lebih tepat lagi, topik perbualan Mike dengan dirinya sendiri.

     Secara tidak sengaja, Viya menoleh ke sisinya dan matanya bertembung dengan sepasang mata milik Nawaz. Sepertinya, Nawaz sudah lama memerhatikannya kerana sebaik sahaja dia menoleh, Nawaz sudah pun memandangnya.

     Meskipun dari jauh saja, Nawaz dapat mengagak Viya rimas dan bosan dengan lelaki yang duduk semeja dengannya itu. Nawaz mengangkat tangannya dan menunjukkan isyarat ‘ok’ ke arah Viya.

     Viya mengeluh. Bahunya dijongketkan. Nawaz mengukirkan senyuman simpati kepada gadis itu. Malangnya, dia tidak dapat berbuat apa untuk menghiburkan gadis itu. Tetapi, setelah dia fikirkan semula, ada sesuatu yang dia dapat lakukan.

     Nawaz mengangkat tangannya, memberi isyarat kepada Viya agar menunggunya. Sebiji kacang hitam diambil oleh Nawaz dari pinggannya. Jarinya melenyekkan kacang itu kemudian dia menundukkan kepalanya.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now