43

1.6K 124 1
                                    

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang hanya mengambil masa lebih kurang dua jam saja. Jalan yang berliku dan berbukit-bukit diredah dengan penuh berhati-hati.

            Tambahan lagi, hujan baru saja berhenti daripada menyimbah bumi. Cermin tingkap kereta Alphard yang mereka naiki sengaja diturunkan.

            Buat apa nak guna hawa pendingin kalau buka saja cermin, boleh merasai hawa yang lebih dingin dan asli.

            Pepohon yang menghijau menemani mereka di sepanjang jalan. Mujurlah baru pukul 3 petang. Kalau tadi sudah malam, mana mungkin mereka dapat mencerap pemandangan yang sungguh indah sehinggakan lidah menjadi kelu.

            Dalam hati tidak habis-habis memuji ciptaan-Nya.

            Angin sesejuk ais yang menghembus ke muka membuatkan Viya tersenyum. Suka dengan cuaca itu. Bukit nun menghijau turut menghiasi pandangan matanya.

            Kalau di Kuala Lumpur, manalah dapat nak melihat kehijauan sebanyak itu. Sedikit sebanyak, hatinya semakin tenang daripada terus dicurahkan dengan kecemburuan melihat kemesraan Amanda dan Nawaz.

            Tanpa Viya sedari, sepasang mata memerhatikankannya melalui sepasang kaca mata. Senyuman nipis terukir di bibir. Senang apabila melihat Viya tersenyum manis seperti itu.

            Kereta yang dinaiki semakin lama semakin diperlahankan. Tidak lama kemudian, kereta membelok dengan perlahan ke kiri dan berhenti di hadapan sebuah bangunan setingkat dan agak panjang yang kelihatan seperti sebuah kafe.

            "Kita dah sampai!" Jerit pemandu yang lebih selesa digelar sebagai Abang Jo itu dengan teruja meskipun itu merupakan kali keempat dia menjejakkan kaki ke Kundasang.

             Tanpa berlengah lagi, mereka semua menjejakkan kaki keluar dari kereta. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai tanda kenangan untuk dimuat naik ke sosial media.

           "Abang Jo, kita kat mana ni?" Tanya Viya tanpa segan silu. Memang mereka sudah semakin rapat.

           "Nabalu Kundasang." Jawab Abang Jo sambil mengeluarkan satu demi satu bagasi dari bonet kereta.

           "Kita stay kat sini ke?" Giliran Amanda pula untuk bertanya.

           "Hm. Sengaja pilih tempat ni sebab kalau pagi, boleh nampak Gunung Kinabalu dari balkoni dengan jelas. Kena pula ada kafe lagi, harga pun murah. Nak pergi beli apa-apa, turun aje bukit ni, dah jumpa pekan. Kalau nak jalan-jalan pergi tengok lembu pun, dekat aje. Tu, kat atas bukit tu aje." Abang Jo menudingkan jarinya ke suatu arah.

            Nampaknya, dia memang arif dengan selok-belok kawasan itu.

            "Lembu?! Kat sini ada lembu?!" Viya terlopong, teruja.

            "Adalah. Nantilah Abang Jo bawa korang semua pergi tengok lembu. Nak minum susu lembu yang fresh pun boleh. Tak ada masalah." Janji Abang Jo, amat yakin yang dia akan dapat menunaikan janjinya.

            "Cayalah, Jo!" Jerit salah seorang daripada kru. Thumbs up diberi.

            "Dah, jom ikut aku ambil kunci! Yang lain tu jangan nak merayau sangat. Jangan buat benda tak baik, kita ni kat tempat orang. Ingat sikit." Sempat lagi Abang Jo berpesan sebelum beredar masuk ke dalam kafe tersebut, di mana kaunter daftar masuk berada.

            Viya berpeluk tubuh. Selendang yang menyelimuti bahunya tidak cukup untuk menghangatkan badannya. Memang tidak dinafikan lagi, suhu di situ sejuk gila!

            "Suka?" Sapa satu suara.

            Viya tidak perlu untuk menoleh ke empunya suara kerana dia cukup kenal dengan suara yang sering membuat dia terigau-igau di siang hari sejak kebelakangan itu.

             "Suka." Jawab Viya tanpa sebarang ekspresi di wajahnya. Pandangan dilontarkan ke arah Gunung Kinabalu yang bersembunyi di sebalik awan.

             Nawaz menganggukkan kepalanya. Kedudukan kaca mata hitam dia perbetulkan.

            "Kenapa dingin aje?" Tanya Nawaz lagi.

            "Dah nama pun dekat dengan gunung. Memanglah cuaca dingin." Jawab Viya acuh tak acuh.

            "Saya bukannya tengah cakap pasal cuaca, I'm talking about you." Nyata Nawaz dengan nada serius dan perlahan.

             "Sejak bila pula saya dingin? Kan tengah 'berasap' ni." Balas Viya dengan sinis pula.

             Kening Nawaz berkerut. Tidak dapat menafsir maksud di sebalik kata-kata Viya itu.

             "Saya ada buat salah kat awak ke?"

             "Taklah."

             "Dah tu kenapa awak layan saya dingin macam ni? Bila ditanya pun, sinis aje jawapannya." Tegur Nawaz, masih lagi tersenyum.

            Perkataan awak yang terpacul dari mulut Nawaz membuatkan Viya tertawa sinis. Tiba-tiba kurang senang dengan panggilan itu.

            Amanda memerhatikan Nawaz dan Viya dari jauh. Sepertinya mereka sedang berbual tentang sesuatu yang serius. Mahu juga dia mendengarnya tapi atas alasan apa pula? Dia pun bukannya ada apa-apa pertalian darah dengan salah satu daripada mereka.

            Nanti dikatakan suka menjaga tepi kain orang pula.

            "Amanda, ni bagi kunci bilik ni kat Nawaz. Yang ini pula bilik Amanda dengan Viya." Abang Jo menghulurkan kunci bilik mereka sebelum beralih kepada yang lain pula untuk mengedarkan kunci.

            Amanda tersenyum. Akhirnya dia mempunyai alasan untuk mencelah perbualan peribadi Nawaz dengan Viya.

             Tanpa melengahkan masa lagi, dia terus mengatur langkah menghampiri mereka berdua yang sedang berdiri agak jauh daripada yang lain.

             "Nawaz." Panggil Amanda.

           Ayat Nawaz tergantung. Dia dan Viya menoleh ke arah Amanda yang muncul entah dari mana.

           "Nah, kunci!" Kunci bilik Nawaz dia hulurkan.

           "Oh, thank you." Nawaz menyambut kunci tersebut lalu mengangguk, tanda terima kasih.

           "Viya kongsi bilik akak, tahu?" Beritahu Amanda pula.

           Viya menguntumkan senyumannya yang paling palsu.

            "Oh, sure. I don't mind." Katanya dengan sarkastik sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

            Amanda langsung tidak menyedari nada sinis yang digunakan oleh Viya itu kerana baginya, hubungannya dengan Viya baik-baik saja.

            Akan tetapi, nada yang tidak menyenangkan itu cukup jelas maksudnya kepada Nawaz. Kini dia tahu punca sebenar Viya bersikap dingin. Hanya keluhan dapat dia hembuskan.

———

I lost my calculator, again. dlm tmpoh 4 tahun ni dah tiga kali dah kehilangan kalkulator haih malang. anyways, enjoy ❣️

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now