38

1.5K 129 7
                                    

Viya duduk pada katil sambil belakangnya bersandar pada kepala katil. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Butang jawab dia tekan tanpa melihat nama pemanggil.

           "Viya?! Kenapa tak on Whatsapp?!" Suara Dayang menyapa gegendang telinga.

           "Sorry. Saya terus terlelap semalam." Kata Viya dengan lemah.

           "Check your Whatsapp. Now!" Arah Dayang lalu mematikan panggilan.

           Tanpa berlengah lagi, Viya terus membuka Whatsappnya. Hairan apabila Dayang menghantar link kepadanya.

           Link ditekan tanpa sebarang kecurigaan. Dia dibawa ke satu laman web yang artikelnya dipenuhi dengan gosip-gosip panas selebriti.

           "Hottest Chef Romance?" Kehairanannya bertambah setelah membaca tajuk utama artikel tersebut.

           Dia scroll ke bawah. Mencari gambar yang diselitkan oleh penulis artikel.

           Degupan jantungnya bagaikan terhenti apabila dia akhirnya menemui apa yang dia cari. Di bawah gambar itu tertulis, "Chef Nawaz Ayaan dan pengurusnya, Amanda."

           Viya merenung gambar tersebut dengan lama. Gambar pertama, Amanda sedang mengelap peluh yang menitik di dahi Nawaz.

           Gambar kedua pula Nawaz sedang tersenyum kepada Amanda.

           Tangan yang memegang telefon perlahan-lahan jatuh ke riba. Dinding kosong di hadapan dia hadiahkan pandangan kosong.

            Tidak pasti apa perasaannya ketika itu.



Jam penggera yang dikunci di telefon berbunyi. Nawaz dikejutkan dari tidurnya yang tidak nyenyak. Rasanya, dia hanya mendapat tidur beberapa jam saja kerana dia meluangkan masanya semalam dengan berfikir dan berfikir.

           Dia membetulkan posisi duduk. Menguap lalu meraup rambut dengan kasar. Kantuknya tidak hilang lagi.

            Baru saja dia hendak bangun dan meninggalkan sofa, telefonnya berdering. Nama Ameer, bekas teman serumahnya tertera sebagai nama pemanggil. Segera butang jawab ditekan.

            "Hm, Meer! Kenapa?" Tanya Nawaz, hairan mengapa Ameer tiba-tiba menelefonnya.

            "Weh, kau dengan Amanda ke?!" Soal Ameer tanpa berkias.

            "Kau merepek apa pula ni?" Tanya Nawaz lagi lalu menguap.

            "Patutlah masa aku nak tackle dia dulu, kau bukan lagi membantah. Rupa-rupanya, kau dengan dia dah memang together-gether!" Sambung Ameer lagi.

             "Apa bendanya together-gether ni Meer? Kau jangan nak buat aku serabut lagi boleh tak? Cakap ajelah straight to the point!" Marah Nawaz. Kesabarannya semakin nipis.

             "Oh, pura-pura tak tahu pula! Kau buka google sekarang. Kau search gosip Malaysia paling panas. Sekarang!" Arah Ameer kemudian menamatkan panggilan yang berdurasi dua minit itu.

              "Haih, budak ni!" Getus Nawaz sendirian sambil menggaru kepalanya.

              Lantas dia mengikuti arahan Ameer untuk membuat carian tentang gosip paling panas di Malaysia pagi itu.

              Terbeliak matanya apabila dirinyalah subjek gosip panas tersebut. Bukan dia saja, Amanda juga turut sama.

              "Selamat pagi. "

              Dia dikejutkan oleh tangan yang tiba-tiba berpaut pada lehernya dari belakang. Dia menoleh ke belakang dan mendapati Viyalah yang memeluknya.

               Nawaz segera menyembunyikan telefonnya dari pandangan mata Viya. Malangnya, Viya sudah lama mengetahui yang tadi Nawaz sedang membaca artikel tentang kisah cintanya dengan Amanda.

              "Kenapa awak tidur kat sofa?" Tanya Viya tetapi lagaknya bukan seperti seseorang yang ingin mengambil tahu.

              "Saya tak tahanlah tidur kat dalam bilik semalam. Sejuk sangat." Nawaz memalsukan rungutannya.

              "Oh. Kenapa tak kurangkan aje suhu aircond?" Tanya Viya lagi dengan nada mendatar yang sama.

              "Takut nanti awak kepanasan pula." Nawaz juga turut sama berbohong.

              "Oh." Viya terangguk-angguk.

              "Saya pergi mandi dululah. Lepas tu saya sediakan sarapan. Awak tunggu kejap tahu?" Beritahu Nawaz kepadanya.

               "Eh, tak apalah! Saya tengah rushing ni. Ada meeting." Bohong Viya lagi. Akhirnya melepaskan Nawaz dari pelukannya.

               "Alah, teman saya sekejap pun tak boleh ke?" Rayu Nawaz seperti kanak-kanak.

               Viya tertawa tetapi tawanya kedengaran dingin saja di telinga Nawaz. Hal tersebut membuatkan Nawaz tertanya-tanya sama ada Viya sudah mendengar akan gosip itu atau belum.

               "Tak apalah kalau macam tu. Hati-hati tahu memandu. Kalau tersesat jalan, tak apa. Kalau tersesat ke hati orang lain, kasihanlah kat saya." Pesan Nawaz. Kata-kata yang penuh makna tersirat.

               Viya mencuit hidung Nawaz sambil tersenyum lemah.

               "Takkan sesat punyalah." Katanya pula. "Saya pergi dulu." Dia tunduk untuk menyalam tangan Nawaz. "Assalamualaikum."

               "Waalaikumussalam." Jawab Nawaz.

               Nawaz hanya mampu melihat Viya meninggalkan rumah itu dan dia.



Petikan jari benar-benar di hadapan matanya membuatkan dia tersentap dari lamunannya. Viya terjatuh semula ke dunia realiti.

           "Are you listening?" Tanya Dayang.

           Dia berdiri tidak jauh dari Viya sambil bercekak pinggang. Sepertinya dia baru saja selesai bebelkan sesuatu.

           "Sorry, saya... bos cakap apa tadi?" Tanya Viya.

           Berharap sangat yang Dayang tidak akan naik angin dan menjelaskan semula perkara yang dia bebelkan semasa dia sedang mengelamun tadi.

           Dayang memandang tajam ke arahnya. Kurang senang dengan sikap Viya yang suka mengelamun itu.

           "I said..." Dayang berhenti sejenak untuk mengeluh. "I nak artikel tentang Nawaz Ayaan tu secepat yang mungkin and kalau boleh, I nak you selitkan sekali love story dia dengan manager dia Amanda, dalam artikel tu. I need this to be the hottest gossip of the year!" Jelas Dayang pula.

            "Boleh tak kalau bagi saya masa dua minggu lagi?" Pinta Viya.

            "Dua minggu? Viya kalau dua minggu lagi, cerita ni dah lapuk tahu tak? No one wants to read it anymore!" Getus Dayang. Kurang bersetuju.

            Tidak. Dia hanya memerlukan dua minggu lagi. Tinggal dua minggu lagi, barulah dia boleh membongkarkan tentang kisah cinta sebenar lelaki yang bergelar Nawaz Ayaan itu.

             Bukan kisah cinta berdasarkan gosip tentang dia dan Amanda tetapi kisah cinta Nawaz Ayaan yang sebenarnya. Kisah Nawaz Ayaan dan dia.

              "Saya janji bos takkan menyesal. Everyone akan berlumba-lumba nak baca artikel ni tapi saya minta bos bagi saya dua minggu lagi." Pinta Viya pula. Tidak berputus asa.

              Dayang mengeluh. Tawaran Viya itu sepertinya berbaloi dan amat meyakinkan.

              "Fine. Dua minggu." Dia akhirnya bersetuju.

              Viya bersandar pada kerusi. Mengeluh nafas lega.

———

I got math test lusa but tak bljr lagi hahahahahahaha jgn contohi saya

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now