47

1.5K 117 0
                                    

Kalendar yang tergantung kemas pada dinding Viya hampiri. Antara tarikh-tarikh yang dicetak pada sekeping kertas tersebut, hanya satu saja yang menarik perhatiannya.

           Tarikh yang dibulat menggunakan pen berwarna merah.

           Tinggal seminggu saja lagi. Seminggu saja lagi dan mereka tidak perlu merahsiakan apa-apa lagi.

           Tanpa dia sedari, bibirnya menguntumkan senyuman kecil tetapi cukup manis.

           Nawaz berlalu masuk ke dalam bilik mereka. Perlahan-lahan, dia menutup pintu sambil matanya tidak lekang memandang isteri yang sedang termenung jauh di hadapan kalendar.

           Dia merapati Viya. Tersentak Viya dari lamunannya apabila Nawaz memeluknya dari belakang lalu melentokkan dagunya pada bahu Viya.

          "Tengok apa tu?" Tanya Nawaz, suaranya kedengaran lemah saja. Lelah setelah seharian bekerja di bawah keterikkan matahari.

           "Tak sangkakan, dah nak sebulan kita kahwin." Balas Viya, membiarkan saja Nawaz bersandar sebegitu dengannya.

           "Hm... pejam celik, pejam celik... eh, masing-masing dah beruban. Dah ada anak, cucu." Seloroh Nawaz pula.

           Bahu Viya bergetar tatkala dia tertawa tetapi Nawaz tetap tidak berganjak dari posisi yang cukup selesa baginya. Dia sekadar tersenyum saja.

           "Sayang... sayang pernah tak terfikir nak ada anak?" Tanya Nawaz, penuh maksud tersirat di sebalik pertanyaan yang ringkas itu.

           Viya menggelengkan kepalanya. Jujur.

           "Sebelum kita berjumpa, saya tak terfikir pun yang satu hari nanti saya akan berumah tangga. Inikan pula nak terfikir pasal nak dapat anak." Tutur Viya, lembut saja nadanya.

           "Kalau sekarang?" Tanya Nawaz lagi.

           "Hm... mungkin." Jawab Viya, kurang pasti. "Awak pula?" Gilirannya untuk bertanya.

           "Pernah. Selalu sangat." Jawab Nawaz tanpa keraguan. "Kalau saya dah ada anak nanti, saya nak jaga dia betul-betul. Bagi sepenuh perhatian kat dia." Tambahnya lagi.

           "Itu kalau anak perempuan ke atau anak lelaki?" Aju Viya, tahu sangat yang para bapa sering mendahulukan anak perempuan mereka berbanding anak lelaki.

           "Tak kisahlah anak perempuan ke lelaki. Yang saya tahu, saya takkan biar dia rasa hidup tanpa kasih sayang seorang bapa." Balas Nawaz. "Kalau Sayanglahkan, Sayang nak berapa anak?" Dia lagi bertanya.

           "Amboi, tak ada bertapis! Main tanya aje terus." Tegur Viya membuatkan Nawaz tersengih-sengih. "Kalau saya... saya nak ada dua orang anak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Saya nak anak sulung saya lelaki sebab nanti bila dia dah besar, dia boleh protect adik perempuan dia. Walaupun anak lelaki ni kadang-kadang over-protective lepas tu buat adik perempuan dia rasa terbeban dengan sikap tu, satu hari nanti adik dia mesti akan sedar betapa besarnya pengorbanan seorang abang. Bukan susah tahu nak jalankan tanggungjawab menjaga ahli keluarga ni. Banyak benda yang nak dikorbankan." Jelas Viya panjang lebar.

           "Eleh, tadi kata tak pernah fikir pasal anak! Ini dah tanya, bukan main panjang lagi jawapan." Usik Nawaz. "Hm... tapikan, macam mana nak dapat anak kalau malam pertama pun belum lagi?" Sempat lagi dia berseloroh.

           Viya terus melepaskan diri daripada dakapannya. Pinggang Nawaz dicubitnya, geram dengan lawak yang dibuat oleh Nawaz itu.

           "Sakitlah, Yang..." Adu Nawaz, memegang pinggangnya.

           "Haa, gatallah lagi! Cubit lagi, baru tahu!" Ugutnya, menjeling tajam ke arah Nawaz.

           "Alah, gurau aje tu!" Nawaz melabuhkan punggungnya pada katil.

           Dia menepuk katil tersebut, menyuruh Viya untuk duduk di sebelahnya. Viya akur tanpa sepatah kata.

           "Oh ya, saya nak minta izin ni. Esok saya nak pergi hospital. Nak lawat kawan saya yang baru lepas bersalin." Pinta Viya.

           "Oh, okay." Nawaz mengangguk.



Suara ahli-ahli Running Man di kaca televisyen menarik Nawaz untuk turun ke bawah. Ingatkan tadi hendak baring-baring saja di dalam bilik, tapi bila terdengar suara Yoo Jae Suk, rasa macam tak lengkap pula kalau tak layan.

           Siulan lagu Girls Like You oleh Adam Levine kedengaran memenuhi setiap pelosok rumah. Langkah berhati-hati di ambil semasa menuruni anak tangga.

           Sedang dia asyik bersiul, terdengar erangan seseorang yang sepertinya sedang mengalami kesakitan yang amat. Lantas dia bergegas ke ruang tamu, di mana terletaknya sumber suara tersebut.

           "Viya!" Dia segera melutut di sebelah sofa. Panik melihat Viya yang sedang menekan perutnya sambil mengerang kesakitan. "Kenapa ni? Sakit? Ka-kat mana sakit?" Dia semakin cuak.

           Viya tidak menjawab, sebaliknya terus mengerang kesakitan. Peluh dingin membasahi dahinya, bibir digigit.

            "Er... ibu! Ibu!" Nawaz tidak tahu hendak berbuat apa lagi selain memanggil ibu mertuanya.

            "Ya, ada apa ni?!" Puan Zalikha masuk ke ruang tamu, turut panik kerana melihat Nawaz panik.

            "Viya." Dia berdiri lalu menuding ke arah Viya.

            "Viya, kenapa ni?" Puan Zalikha pula yang melutut di samping anaknya yang sedang berbaring di sofa.

            Viya terus-menerus menekan perutnya. Puan Zalikha akhirnya mengerti dan mengeluh nafas lega. Nawaz semakin keliru apabila melihat Puan Zalikha lebih tenang berbanding tadi.

            "Nawaz, pergi dapur ambil ubat warna pink kat dalam laci." Arah Puan Zalikha dengan tenang.

            "Ubat pink?" Nawaz menyemat dua perkataan itu dalam otaknya.

            Dia berlari sepantas yang mungkin ke dalam dapur dan membuka setiap laci yang dilihatnya. Setelah membuka laci yang ketiga, barulah dia menjumpai ubat berwarna merah jambu yang disuruh oleh Puan Zalikha untuk dia mengambilnya.

            Setelah ubat tersebut berada dalam genggamannya, dia bergegas keluar dari dapur tetapi masuk semula untuk mengambil segelas air suam. Takkanlah Viya nak telan ubat begitu saja? Kenalah ada air supaya lancar sikit masa nak lalu kerongkong.

            "Nah!" Dia menghulurkan ubat tersebut kepada Puan Zalikha dan sabar menanti di tempatnya.

            Puan Zalikha menghulurkan ubat tersebut kepada Viya bersama air suam yang dibawa oleh Nawaz. Dengan sekali teguk, ubat tersebut masuk ke dalam badan Viya.

            "Biar dia rehat dulu. Kejap lagi, okaylah tu." Ujar Puan Zalikha sebelum berlalu ke tingkat atas.

            Tidak sempat Nawaz bertanya tentang apa yang berlaku kepada Viya. Mahu bertanya kepada Puan Zalikha, dia sudah beredar. Mahu bertanya kepada Viya, orangnya sudah memejam mata dengan rapat.

            Dia duduk pada lantai, bersebelahan dengan sofa yang dibaringi oleh Viya. Berteka-teki sendirian.

———

Uh-oh, what happened? 🤭

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now