22

2.1K 161 3
                                    

Huruf s pada papan kekunci komputer ditekan berkali-kali saat otaknya ligat berfikir tentang sesuatu. Skrin monitornya dipenuhi dengan huruf yang sama.

Setelah dua mukasurat dipenuhi dengan huruf s, barulah dia berhenti. Cincin yang tersarung kemas di jari disentuhnya.

"Betul ke apa yang aku buat ni?" Dia mengigit bibir sambil merenung cincin yang cukup simple tetapi penuh bermakna baginya itu.

Jika difikir-fikirkan semula, dia sebenarnya masih meragui keputusannya untuk merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan ramai terlebih dahulu. Dek kerana terlalu ingin membuktikan keikhlasannya, dia terburu-buru membuat keputusan itu.

Nasi sudah menjadi bubur. Baru sekarang mahu menyesal? Tiada gunanya lagi. Bukannya dia boleh putar masa macam H.G Wells dalam cerita Time After Time. Kalaulah mesin masa wujud... haih!

Tetapi, cuba lihat kebaikannya. Tidak lama lagi, dia akan bergelar isteri kepada seseorang dan dengan keizinan-Nya, mungkin dia juga berkesempatan untuk memangku gelaran seorang ibu. Oh, indahnya dunia!

"Hah, termenung apa tu!" Kak Kina memukul meja kerja Viya dengan kuat dan mengejutkan semua kakitangan di situ.

Tapi, Kak Kina tetap Kak Kina. Sedikit pun tidak peduli tentang pandangan tajam daripada orang lain.

"Hesy, akak ni! Terkejut Viya tau!" Dia mengurut perlahan dadanya.

"Baguslah tu. Kak Kina memang nak kejutkan hang sebab dari tadi asyik termenung aje. Sekejap berkerut, sekejap senyum. Dah macam orang angau bercinta dah Kak Kina tengok hang ni." Bebelnya dalam nafas yang sama.

Viya menggelengkan kepalanya. Kak Kina, Kak Kina, bilalah agaknya mulut Kak Kina berhenti membebel?

"Eh!" Kak Kina menarik tangan Viya. "Cantiknya cincin ni. Cincin apa ni?" Soalnya. Bulat matanya meneliti cincin itu.

"Eh, er cincin—" Viya tergagap-gagap kerana tidak menyangka Kak Kina perasan akan cincin di jari manisnya itu.

"Ini macam... cincin pertunangan ni." Katanya sambil mengerutkan dahi.

Viya apa lagi? Kalut habislah! Kalau boleh, biji mata tu terkeluar sebab terbelalak habis. Dia segera menarik semula tangannya. Menambahkan lagi rasa syak Kak Kina.

"Hang dah bertunangkah?" Syak Kak Kina.

Viya menelan liur. "Eh, mana ada!" Nafinya sambil tersenyum kekok.

"Jangan tipulah! Akak tahu ni memang cincin tunang ni." Kak Kina cuba untuk menarik tangan Viya sekali lagi tetapi ditepis oleh Viya.

"Iya ke?" Viya berpura-pura tidak tahu. "Sebenarnya—ini cincin nenek Viya. Viya terjumpa kelmarin. Mungkin cincin tunang nenek Viya kut." Bohongnya. Cuba untuk kelihatan seyakin yang mungkin.

"Oh!" Kak Kina termakan dengan dusta yang disuap oleh Viya itu.

Nada dering telefon Viya menghentikan perbualan mereka. Viya mengeluh nafas lega. Bolehlah dia mengelak daripada ditanya soalan lebih lanjut oleh Kak Kina buat sementara waktu.

"Siapa tu?" Tanya Kak Kina. Sibuk menjaga tepi kain orang lain. Eh, salah! Bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi mencapai angkasa!

Viya mengerutkan dahinya sambil membaca nama pemanggil. "Ibu Viya." Jawabnya.

"Oh." Kak Kina mengangguk. "Kak Kina pergi sambung kerja Kak Kina dulu. Ta-ta!" Dia melambaikan tangannya dan berlalu pergi.

Dengan kepergian Kak Kina, Viya segera menekan butang jawab panggilan. Telefon dirapatkan ke cuping telinga.

"Assalamualaikum ibu. Kenapa ibu call Viya?" Soalnya sejurus sahaja dia menekan butang hijau.

"Waalaikumusalam. Viya, boleh tak kalau Viya balik sekarang? Penting ni!" Gesa Puan Zalikha. Sedikit nada cemas kedengaran dalam suaranya.

"Kenapa ni? Ibu sakit ke?" Dia bergelumang dengan kebimbangan.

"Tak! Viya balik ajelah!" Gesanya lagi.

"Ibu, Viya tengah kerja ni. Urgent sangat ke sampai tak boleh tunggu Viya balik?" Soalnya lagi. Lega apabila mengetahui ibunya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

"Ya! Urgent sangat ni! Dah tak boleh tunggu dah! Ini antara hidup dengan mati!" Jerit Puan Zalikha di hujung talian.

Viya menjauhkan telefonnya daripada telinga. "Apa pula ibu aku merepek pasal hidup dengan mati pagi-pagi ni?" Dia menggaru kepala lalu merapatkan semula telefonnya pada telinga. "Ibu, Viya—"

"Dah tak payah nak beralasan! Ibu nak kamu balik sekarang juga!" Jerkah Puan Zalikha lalu menamatkan panggilan mereka.

"Ibu? Ibu? Ibu—" Viya melihat skrin telefonnya. Sudah terlambat. Butang merah sudah pun ditekan oleh Sang Pemanggil.

Dia meletakkan tangannya pada meja. Telefonnya masih berada dalam genggaman tangannya.

"Aduh, apa pula urgent sangat ni?!" Keluhnya sendirian.

"Viya? Are you okay? Muka tu monyok semacam aje." Tegur Dayang.

Tepat pada masanya!

"Er, bos—kalau saya take emergency leave hari ni boleh tak?" Dia menggigit bibir.

Dayang menjongketkan keningnya. "Kenapa? Are you sick?" Soalnya pula.

"Eh, tak! Cuma—ibu saya call tadi, dia minta saya balik. Dia kata ada something urgent. Saya pun tak tahu juga apa yang urgent sangat." Jelasnya.

"Oh, sure! Baliklah. Manalah tahu ada orang datang masuk meminang ke apa ke?" Usik Dayang.

Viya tidak dapat menyembunyikan riak terkejutnya. Dia tertanya-tanya sama ada hubungannya dengan Nawaz sudah sampai ke telinga Dayang atau tidak?

Pada saat itu, hanya dia, Nawaz, Amanda dengan Puan Rubiah sahaja yang mengetahui akan hal itu. Kak Kina juga belum mengetahuinya lagi. Mungkinkah Dayang menyiasat latar belakangnya dan menjumpai foto-foto yang diambil oleh peminat Nawaz semasa mereka keluar bersama?

Mustahillah! Foto-foto itu sahaja belum lagi muncul di media massa. Apa yang terjadi dengan foto-foto itu pun Viya tidak tahu.

"I'm kidding!" Ujar Dayang. "Kenapa serious sangat? Atau... You're expecting someone to come and datang meminang?" Teka Dayang dengan senyuman herot.

"Eh, taklah! Mana ada!" Nafinya. "Kalau tak ada apa-apa lagi, saya balik dululah. Takut ibu saya tertunggu-tunggu pula." Dia ingin cepat-cepat pergi dari situ.

"Okay." Dayang mengangguk faham. "Kirim salam kat your mother." Pesan Dayang kemudian berlalu pergi dari situ.

Viya menyumbat kunci kereta, telefon dan pengecas telefonnya ke dalam beg tangan, mematikan monitor komputer dan terus bergegas pergi meninggalkan bangunan itu. Rumah mereka menjadi destinasi seterusnya.

---

+ Hai assalamualaikum! lamanya tak update. I'm so sorry but I was going through— puberty(?) 😂 and you know, everything is wrong during that phase of your life hahahahahahahaha but anyways, I'm back and I've tagged 5 Tanda Jatuh Cinta for Wattys2018 just now. tak harap utk menang pun, saja nak try sbb dia bole mengurangkn tekanan hidup aiseh hahahaha oh satu lagi, saya dah tukar username wattpad saya to "syaznixon" bc syaz is actually my real name. bkn absyah or nur or adwa. rasa pelik jgala bila org panggil saya absyah/nur/adwa sbb that's not my real name. maka, saya pun menukarnya. Syaz is my real name while Nixon pula my dad's name sbelum dia mmeluk islam. so nama syaznixon tu pun trbentuk. also, I'll be updating two chapters setiap hari, insyaAllah and I'll be active again on wattpad bc I'm so over with this puberty stuff 😂 so yah. klau suka, vote la 😋

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now