30

1.8K 142 3
                                    

Sejak tadi lagi, Viya asyik menundukkan kepalanya kerana Mike duduk benar-benar di hadapannya. Semakin lama mereka berada di situ, semakin tidak selesa pula rasanya.

Apa tidaknya? Dari tadi lagi mata Mike asyik memerhatikan gerak-gerinya seperti pemangsa yang hendak membaham mangsanya.

"Menurut sumber kami, doktor pernah menetap di UK untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, kan? Apa antara cabaran yang doktor hadapi semasa menetap di sana? Mungkin dari segi budaya? Atau cuaca?" Viya cuba untuk berlakon seperti seorang yang professional yang tahu untuk tidak mencampur adukkan hal kerja dan hal peribadi ketika bekerja.

Kalaulah dia tahu orang itu ialah Mike, dia memang tidak mahu menjejakkan kaki di situ.

Salahnya juga. Sepatutnya dia bertanya terlebih dahulu kepada Dayang tentang identiti orang yang harus ditemu bualnya.

"Yes. I was having a culture shock, iyalah sebab kita kat Malaysia ni undang-undang berteraskan agama Islam. Kat sana pula menerapkan kebebasan. Terkejut jugalah dengan betapa mesranya pasangan kekasih kat sana." Mike berhenti sejenak untuk ketawa. "Dari segi cuaca pula, its very cold. Kadang-kadang boleh mencapai suhu 12 darjah celsius and it's freezing cold tapi part cuaca ni, saya tak adalah terkejut sangat sebab UK is very famous for its freezing cold weather among Malaysians. So I came there very well prepared." Sambungnya lagi.

Viya menganggukkan kepalanya. Dia menulis sesuatu pada buku notanya.

"So, sekarang ni what's your favourite Taylor Swift's song?" Mike menggunakan peluang itu untuk mengusik Viya.

"Sambung pelajaran sampai ke negara orang ni bukan senang. Lebih-lebih lagi dalam bidang yang agak sukar untuk dipelajari kerana melibatkan sains. Mesti doktor ni rajin belajar masa sekolah menengah dulukan?" Soal Viya pula.

Soalan yang diajukan oleh Mike kepadanya tadi tidak dia endahkan. Mike tertawa kecil. Nampak sangat dia tidak suka berada di situ.

Akan tetapi, dia tidaklah terasa hati. Memang salahnya juga kerana bersikap agak kurang ajar kepada gadis itu kali pertama mereka bertemu.

Namun, jika diberi peluang sekali lagi, dia mahu menebus kesalahannya itu. Mungkin juga mereka mempunyai peluang untuk bersama. Siapa tahu?

"Rajin tu, tak adalah rajin sangat. In fact, saya rasa saya lebih banyak luangkan masa dengan bermain badminton dengan kawan-kawan saya dulu. Sepanjang tingkatan 5 tu, saya belajar pun ala kadar sebab saya ni jenis yang kalau belajar awal, saya akan cepat lupa. So one week before SPM, itulah masa I give my all dalam mengulang kaji semua mata pelajaran. Biasanya, study last minute nilah yang menjadi dan alhamdulillah, saya berjaya mendapat straight A in SPM." Jelas Mike dengan lancar.

Viya menganggukkan kepalanya. Mencatat sesuatu lagi dalam buku notanya.

"You look prettier than the last time kita jumpa." Puji Mike secara tiba-tiba.

Din yang duduk tidak jauh dari mereka itu terbeliak mendengar pujian Mike. Nak sweet pun kenalah kena dengan tempat. Dia yang duduk di situ rasa macam nak muntah pula.

Secawan teh yang dibancuh oleh Bibik dicapai oleh Din lalu dihirupnya sedikit. Mahu melegakan tekak yang loyalah katakan.

"You must have a list of things yang doktor nak accomplish, kan? Boleh doktor beritahu kami, setakat ni, sepanjang kerjaya doktor, apa yang doktor capai?" Sekali lagi dia tidak menghiraukan kata-kata Mike.

Kali ini, senyuman Mike kelihatan hambar. Dia menarik nafas dengan dalam.

"Well, saya dan pihak hospital pernah bertolak ke Afrika. Di sana kami membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit yang agak jarang di untuk dihidapi oleh rakyat di Malaysia and we treat them. Saya rasa itulah pencapaian saya yang terbaik. I never thought that one day, saya boleh bantu orang yang betul-betul memerlukan. Rasa kasihan juga sebab nasib kanak-kanak kat sana tak sebaik kita di sini. Nevertheless, itulah moment yang paling happy saya pernah rasa." Katanya sambil tersenyum. Mungkin mengimbau kembali saat dia berada di negara itu.

Setelah mendengar jawapan Mike itu, air muka Viya berubah. Daripada tegang, dia kelihatan lebih... tenang.

Dia akhirnya mendongak dan memandang Mike yang sedang termenung sambil tersenyum sendirian. Dia tidak mendapat menahan diri daripada turut tersenyum.

Seburuk mana pun perangai seseorang itu, pasti ada sedikit kebaikan dalam hatinya. Ternyata Mike juga begitu.

"Oh, saya ada gambar budak-budak tu! Nak tengok tak?" Kata Mike secara tiba-tiba.

Belum sempat Viya menjawab, dia sudah pun mengeluarkan telefonnya dan membuka galeri. Dia menghulurkan telefonnya kepada Viya untuk Viya melihat gambar itu.

Viya melihat gambar kanak-kanak yang kelihatan begitu riang sekali. Ada juga kelihatan terkejut. Mungkin kerana itulah kali pertama mereka melihat gajet yang dipanggil telefon itu.

Mike turut tersenyum apabila melihat Viya tersenyum. Dia menalakan tangannya pada tangan Viya dan dahinya terus berkerut.

"Kenapa... kenapa tangan berinai?" Tanya Mike.

Mata Viya membulat. Cuak.

"Eh, iyalah! Kenapa tangan Viya berinai?" Din turut terkejut. "Oh, kahwin tak jemput orang." Tambah Din lagi.

"Boleh tak kalau tinggalkan kami bersendirian kejap?" Pinta Viya kepada Din.

"It's okay, Din. Kalau nak tengok, jalan-jalan sekeliling rumah ni pun boleh." Kata Mike pula. Dia juga mahu berbual dengan Viya sahaja.

"Eh, betul ke ni doktor?" Din bertukar teruja.

Mike mengangguk. Setelah mendapat kebenaran, kelibat Din terus hilang dari hadapan mata.

"Awak... dah kahwin ke?" Mike beralih semula kepada Viya.

Viya meletakkan telefon Mike pada meja kopi yang menjadi pengadang di antara mereka berdua.

"Kawan saya yang nikah kelmarin. Salah ke kalau saya pun nak berinai? It's girls night. Rasanya kami semua pun pulang rumah dengan tangan berinai." Bohong Viya.

Mike menganggukkan kepalanya. Meskipun jawapan Viya itu masuk akal, masih ada sedikit keraguan dalam hatinya.

"Betul ke awak belum kahwin?" Soalnya lagi.

Viya terdiam sejenak. Untuk menjawab soalan Mike itu, dia mengangkat kedua-dua tangannya. Memaparkan jarinya kepada Mike.

"Tak ada cincin, kan?" Kata Viya dengan selamba yang mungkin.

Mike mengangguk. Senyuman kembali meniti di bibirnya. Puas hati dengan jawapan yang diberi oleh Viya itu.

"So, sekarang ni boleh tak kalau kita fokus merely on work? Sebab hari pun dah nak senja and I'm very tired." Pinta Viya.

Jika hendak dibandingkan dengan nada suara yang dia gunakan tadi dan sekarang, memang jauh berbeza. Tadi setiap kali dia berbicara, kedengaran sinis sahaja tetapi kini, kedengaran lebih lemah-lembut.

Mungkin cerita tentang Mike merawat kanak-kanak di Afrika itu mula memainkan peranannya.

"Okay." Mike bersetuju.

---

+ I gave up on my Biology's homework. so apa salahnya update di pagi buta kn? selamat brsekolah :')

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now