41

1.6K 121 2
                                    

"Balik kampung?!"

Nawaz terangguk-angguk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Viya. Lain macam aje terkejut Viya ni.

Viya meledakkan tawanya. Membuatkan Nawaz keliru kerana dia berseloroh pun tidak, tiba-tiba Viya tergelak seorang-seorang.

"Awak ni kalau nak buat lawak pun biarlah kena dengan tempatnya. Ibu mana?" Viya mengulang sekali lagi soalan yang sama.

Lantas Nawaz menelan makanan yang dia kunyah lalu mengelap hujung mulutnya dengan napkin yang dilipat seperti origami bunga.

"Balik kampunglah. Apa pula yang lawaknya?" Tanya Nawaz, menggelengkan kepalanya.

Air muka Viya berubah dalam sekelip mata. Dari tersenyum riang berubah tegang. Seperti ada sesuatu yang bermain dalam mindanya.

Nawaz yang memang tidak reti diam walau untuk lima saat itu makin tertanya-tanya mengapa reaksi Viya lain sekali.

"Kenapa?"

"Tak adalah, cuma... ibu mana ada kampung. Ibu lahir dan membesar kat sini. Kampung mana pula yang ibu maksudkan?" Soal Viya, lebih kepada dirinya sendiri.

Mulut Nawaz terbuka sedikit. Membentuk 'oh' kecil tanpa suara dikeluarkan.

"Alah, kut-kut kampung kawan lama ibu ke? Kita mana tahu." Nawaz cuba untuk menenangkan hati Viya yang bagai dilanda badai.

Viya membalas dengan senyuman kelat. Cubaan Nawaz itu gagal untuk menenangkannya. Mana nak tenang kalau keberadaan ibunya sendiri pun dia tidak pasti.

Tangannya yang berkulit cerah dan dihiasi dengan inai yang kian pudar itu Nawaz raih. Dia pegang dengan erat dan lemah-lembut.

"Sayang tak payahlah nak risau sangat. Ibu tu bukannya budak lima tahun. Tahulah dia nak jaga diri dia. Lagipun ibu kata, esok pagi dia dah balik sini dah. So, tak payah nak risau, okay?" Pujuk Nawaz lagi. Tidak kenal erti mengalah.

Akhirnya, Viya tewas juga. Dia menganggukkan kepalanya dan membalas senyuman Nawaz dengan senyuman yang lebih manis berbanding sebelumnya.




Selesai saja sarapan pagi, Viya terus membasuh pinggan. Nawaz pula sudah berangkat pergi ke sesi pengambaran awal pagi lagi.

Menurutnya, dia mahu menyelesaikan semua kerjanya di Kuala Lumpur sebelum mereka berangkat pergi ke Sabah esok. Nanti kalau semua kerja dah selesai, bolehlah dia luangkan lebih masa dengan Viya.

Iyalah, Sabah tu! Lagi-lagi bila lokasi pengambaran mereka di Kundasang. Bukannya hari-hari boleh cerap Gunung Kinabalu dengan mata sendiri.

Selagi boleh, kenalah luangkan masa dengan yang tersayang. Jalan-jalan, pusing satu Kundasang.

Viya mencapai beg tangan berwarna merah baldu yang dia letakkan pada meja makan dan kunci keretanya.

"Assalamualaikum!" Ucap seseorang.

"Waalaikumussalam." Jawab Viya.

Tidak lama kemudian, wajah Puan Zalikha menghiasi segenap penglihatannya.

"Ibu!"

Viya terus memeluk tubuh kecil ibunya dengan erat. Rindu serindu-rindunya kepada orang yang mengasuh dan mendidiknya dengan penuh kasih sayang itu.

"Ibu dari mana?" Viya call tak angkat pun. Rungutnya setelah pelukan mereka terlerai.

"Ibu balik kampung." Jawab Puan Zalikha dengan bersahaja.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now