28

1.7K 129 0
                                    

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Din, jurugambar merangkap pemandu Viya ketika bekerja.

"Bos kata kita kena pergi rumah dia untuk interview kali ni. Belok kanan." Balas Viya.

Seperti yang diarahkan, Din memusing stereng kereta dan membelok ke kanan. Kereta meluncur masuk ke kawasan perumahan golongan elit.

"Biar betul rumah dia kat sini, Viya? Ini macam rumah harga berjuta-juta ni. Kaya sangatkah dia tu?" Tanya Din sambil matanya memerhatikan rumah yang berbaris di kiri dan kanan mereka.

"Betullah. Apa yang dihairankan? Dah kerja pun bagus, gaji pun baguslah juga." Balas Viya dengan bersahaja.

Din mengangguk saja. Bila Viya memberitahunya yang mereka bakal menemu bual seorang pakar bedah, terkejut juga dia sebab tak pernah-pernah dia kena jumpa pakar bedah. Lebih-lebih lawat rumah pakar bedah tu sendiri.

"Stop, stop." Arah Viya.

Din menekan pedal brek dan kereta berhenti sepenuhnya. Kereta yang dipandu oleh Din itu berhenti benar-benar di hadapan sebuah rumah.

Bukan banglo. Dengan saiz dan kemewahan seperti itu, sudah tentu rumah itu merupakan sebuah rumah agam. Memanggilnya banglo seakan-akan tidak memberi keadilan terhadap saiznya yang tiga kali ganda lebih besar berbanding banglo biasa.

"Biar betul ini rumah dia?" Terlopong mulut Din melihatnya.

"Menurut alamat yang bos bagi, inilah rumahnya." Jawab Viya. "Dah, jomlah turun. Lagi cepat kita buat kerja, lagi cepat kita balik." Tambahnya lalu memasukkan telefonnya ke dalam beg tangan.

"Balik? Aku rasa aku tak nak baliklah. Aku nak tinggal kat sini." Gurau Din. Kan best kalau dapat duduk dalam rumah agam.

"Dah, cepatlah! Hari panas ni." Rungut Viya pula baru keluar dari dalam perut kereta.

Dia terus menuju ke arah pintu pagar yang saiznya juga mengalahkan kereta Ford Ranger yang dipandu oleh Din. Malahan, ketinggian pagar itu seperti lapan kaki.

Loceng yang terletak pada dinding bersebelahan pagar ditekan oleh Viya beberapa kali. Kalau nak bagi salam saja, rasanya tak ada sesiapa yang dengar.

"Ya, siapa tu?" Tanya suara feminin.

"Kami daripada Majalah..."

"Oh, untuk temu bual itu ya?" Cantas suara yang keluar melalui interkom itu.

"Ha'ah." Jawab Viya.

"Tunggu sebentar ya." Kata suara itu pula.

"Dah?" Din tiba-tiba berdiri di sebelah Viya.

"Dah. Dia suruh tunggu kejap." Balas Viya.

Tidak lama kemudian, kedengaran pintu pagar yang lebih kecil dibuka. Seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40an melangkah keluar dan memanggil Viya dan Din.

Mereka bertiga masuk ke dalam perkarangan rumah agam itu. Sebelum berjalan lebih jauh lagi, wanita tersebut mengunci semula pintu pagar yang dibukanya tadi.

Rumah besar begitu, pasti ada banyak barang berharga. Memang padanlah semua pagar dikunci dan sekuriti yang lebih ketat demi melindungi rumah itu dan isinya.

"Mak cik kerja kat sini ke?" Tanya Viya.

"Iya. Panggil Bibik saja. Semua orang di sini juga panggil Bibik." Jawab wanita yang ramah itu. "Anak ini namanya siapa?"Tanya Bibik pula.

"Saya Viya. Yang ini Din." Viya memperkenalkan diri mereka.

"Oh." Bibik menganggukkan kepalanya.

Kalau di luar tadi rumah ini nampak mewah, di dalamnya nampak sepuluh kali ganda lebih mewah dan ringkas.

Laman hadapan rumah itu dipenuhi dengan kehijauan dan bunga-bunga yang ditanam sendiri. Mungkin ada yang minat dengan aktiviti gardening di rumah itu.

Keseluruhan cat yang menyaluti dinding rumah itu juga berwarna putih dan bertemakan konsep terbuka dengan hampir semua biliknya boleh dilihat melalui tingkap-tingkap yang tinggi.

Betul kata Din. Selepas melihat dalaman rumah itu, rasanya macam nak tinggal pula kat situ. Angan-angan aje lebih.

"Din dengan Viya duduklah dulu. Bibik pergi panggil tuan sebentar saja." Pelawanya.

Viya menganggukkan kepalanya tanda faham. Mereka berdua melabuhkan punggung pada satu set meja bersama kerusi yang terletak di laman hadapan rumah.

Cahaya matahari yang terik dihalang oleh rimbunan pokok-pokok yang tumbuh di situ. Tidaklah mereka kepanasan di petang hari.

"Cantik gila rumah dia. Viya rasa dia kerja apa?" Tanya Din.

"Kan dah cakap dah, dia surgeon." Keluh Viya sambil membelek buku notanya.

"Iyalah. Lupa pula." Din tersengih sambil menggaru kepalanya. "Viya rasa, dia ni perempuan ke lelaki?" Tanyanya lagi.

Viya terhenti daripada membelek buku notanya. Iya tak iya juga. Dayang pun tiada memberitahu orang yang bakal mereka temu bual itu perempuan atau lelaki.

Jangankan jantina, nama orang itu juga tiada disebut oleh Dayang.

"Lelaki kut sebab aku rasa aku dengar Bibik panggil dia tuan." Jawab Viya berdasarkan tekaan saja.

"Alah, tak ada chancelah aku." Keluh Din.

"Eh, kita datang sini untuk kerja tahu? Jangan nak menggatal." Dia memberi amaran.

"Eleh, manalah tahu dia kacak, entah-entah Viya pula yang menggatal!" Sindir Din dengan selamba.

Tiba-tiba, Viya teringat peristiwa kelmarin. Hari di mana dia selamat diijabkabulkan dengan Nawaz.

Dia tersenyum sendirian. Takkanlah dia nak pandang orang lain selain suami dia yang handsome tu? Dahlah handsome, pandai masak pula.

"Tak ada masa aku nak menggatal." Balas Viya. Cuba untuk menahan senyumannya.

Bunyi deheman mengejutkan mereka berdua. Masing-masing menoleh ke sisi. Din mengukirkan senyuman sapaan tetapi senyuman pula pudar dari wajah Viya setelah melihat gerangan yang berdehem itu.

"Selamat datang." Ucap lelaki itu. Tersenyum lebar.

---

+ Terlupa pula nak update smlm hehe sorry

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now