18

2.3K 189 11
                                    

Mata Viya membulat. Betulkah apa yang baru didengarnya tadi? Adakah itu satu lamaran?

     "Cik Nura Araviya, awak kena kahwin dengan saya. W-A-J-I-B, wajib!" Kata-kata Nawaz masih terngiang-ngiang di telinga walhal Nawaz masih lagi duduk di hadapannya.

     Tiba-tiba, Viya meledakkan tawa yang kuat. Setelah melihat wajah Nawaz yang dilanda kekeliruan bercampur baur dengan kehairanan, tawanya terhenti.

     "Biar betul mamat alien ni serius?" Bisik Viya dalam hati.

     "So?" Nawaz menjongketkan keningnya.

     Viya mengatur ayat dalam fikirannya agar tidak berterabur apabila dia melafazkan kata-katanya nanti. Rancangannya untuk menjawab lamaran Nawaz itu tertangguh apabila pelayan kafe tersebut datang ke meja mereka untuk menghantar pesanan.

     "Here's your sundae sir and this is the honeydew smoothie." Beritahu pelayan tersebut sambil meletakkan kedua-dua pesanan mereka pada meja.

     "Thank you." Ucap Nawaz.

     Pelayan tersebut beredar setelah menghadiahkan senyuman kepada mereka berdua. Viya menarik honeydew smoothie yang dipesannya.

     Penyedut minuman berwarna merah jambu gelap digunakan oleh Viya untuk mengacau smoothie tersebut. Perasaan gementar menyelubunginya.

     Nawaz mengeluh perlahan. Nampaknya, dia sudah tersilap langkah. Ya, memang dia mahu menjadikan Viya yang sah buatnya tetapi bukannya dengan lamaran yang muncul entah dari mana.

     Ketika itu, dia merasakan hendak menampar dahinya saja. Kenapalah masa begitu juga mulutnya memutuskan untuk menjadi celupar?

     "Awak..." Panggil Nawaz.

     Dia hendak meminta maaf kepada Viya kerana melamarnya dengan tiba-tiba. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba melamar anak dara orang. Confirmlah orang terkejut beruk.

     "Shh!" Viya meletakkan jari telunjuknya pada mulut Nawaz. Hanya topeng muka yang Nawaz kenakan saja menjadi benteng di antara jarinya dan mulut Nawaz.

     "Awak buat apa..."

     "Shh!" Ulang Viya lagi. "Lets just enjoy our desert, okay?" Dari nada yang digunakannya, kedengaran seperti dia sedang mengugut Nawaz.

     "Ok—"

     "SHH!" Cantas Viya lagi.

     Perlahan-lahan, Nawaz mengangkat tangannya dan menunjukkan isyarat ok kepada Viya. Barulah gadis itu menjauhkan jari telunjuknya dari wajah Nawaz.

      Dek masih gementar, Viya menyedut honeydew smoothienya dengan gelojoh. Terlupa yang minuman itu sejuk. Tiba-tiba, dia terbelahak.

      Nawaz menarik tisu daripada bekas menyimpan tisu. "Itulah, gelojoh sangat." Omel Nawaz sambil menghulurkan tisu.

      Viya menyambut tisu tersebut lalu mengelap mulutnya sambil sebelah tangannya lagi mengetuk kepalanya berkali-kali tetapi dengan perlahan.

      "Dah kenapa main ketuk kepala ni?" Tanya Nawaz. Kepalanya digelengkan. Ada-ada saja telatah gadis di hadapannya itu.

      "Otak beku." Beritahu Viya lalu terbatuk-batuk.

      "Patutlah sewel. Otak beku rupanya." Balas Nawaz.

      Sempat Viya menghadiahkan jelingan tajam sebelum terbatuk-batuk lagi. Nawaz memandang wajah yang berkerut seribu di hadapannya itu. Terhibur.





5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now