23

2K 179 3
                                    

Viya duduk berteleku pada sejadah. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Alhamdulillah, semuanya lancar sahaja. Walaupun fikirannya berserabut dan cacamarba, dia tidak terlupa untuk memberi salam seperti setiap kali fikirannya bercelaru.

Peristiwa tengahari tadi menari-nari dalam fikirannya. Sesampainya dia di rumah, kawasan hadapan rumahnya dipenuhi dengan kereta-kereta yang mewah.

Masuk sahaja dia ke dalam rumah, batang hidung Nawaz yang pertama kelihatan. Kemudian, barulah pandangannya beralih kepada wajah ibunya yang tersenyum bahagia dan dulang-dulang yang dihias cantik.

Tidak sangka pula mulut majikannya, Dayang masin. Siapa sangka yang setibanya dia di rumah, dia disapa dengan rombongan meminang. Lebih-lebih lagi, siapa sangka Nawaz sendiri akan hadir tanpa memakai apa-apa untuk menyembunyikan wajahnya yang cukup sempurna di mata Viya itu.

Pintu biliknya ditolak perlahan-lahan. Oleh kerana terlalu asyik termenung sendirian, kehadiran Puan Zalikha di bilik itu pun tidak disedari.

"Tak usahlah termenung, merindu sangat. Tak lama lagi, dah tinggal seatap pun. Dah boleh pandang puas-puas, nak peluk pun boleh!" Tegur suara ayu Puan Zalikha.

"Eh, ibu! Bila ibu masuk?" Dia masih mamai lagi.

"Baru aje." Jawab Puan Zalikha. "Jadi, lelaki yang dah tersangkut dengan anak ibu ni, Nawaz Ayaanlah ya?"

Viya tersipu-sipu malu. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.

"Macam mana anak ibu ni boleh berkawan dengan artis pula? Viya dengan Nawaz sekolah sama-sama ke dulu?" Tanya Puan Zalikha.

"Tak. Viya dapat job untuk interview dia. Alih-alih, makin rapat. Dia pun proposelah Viya." Beritahunya dengan ringkas.

"Dah lama ke kenal dia?"

"Sebulan pun tak sampai lagi, ibu." Jawabnya dengan perlahan. "Ibu marah ke?" Soalnya pula.

"Eh, kenapa pula ibu nak marah?" Puan Zalikha hairan.

"Manalah tahu ibu tak suka kitorang kahwin awal-awal macam ni. Kenal pun tak adalah lama sangat, tup tup, dah nak kahwin." Ujarnya dengan manja.

"Eh, tak adalah! Ibu lagi suka kalau kamu kahwin awal-awal macam ni. Boleh elak maksiat. Walaupun ibu tahu anak ibu ni baik, tahu batas agama, kita tak tahu hati orang lain pula macam mana." Jelasnya dengan panjang lebar. "Lagipun, perkara yang baik tak baik ditangguh-tangguhkan. Kalau boleh malam ni, malam ni juga ibu nak kamu berdua nikah." Gurau beliau.

"Ibu ni! Nanti apa pula dia kata? Rasa macam gelojoh sangatlah." Bera mukanya apabila diusik begitu.

Puan Zalikha sekadar tersenyum kecil. "Ibu nak tanya lagi ni. Viya betul-betul dah sedia ke nak jadi isteri Nawaz?"

"Maksud ibu?" Viya mengerutkan dahinya.

"Ibu bukannya apa. Nawaz tu ramai orang yang kenal. Kalau kamu buat salah sikit, confirm semua orang tahu." Nyata Puan Zalikha. Sekadar meluahkan kebimbangan yang bersarang di hati.

"Oh." Viya tertunduk. Bagus juga ibu tanya Viya pasal ni sebab Viya pun nak bagitahu something kat ibu.

"Apa dia?" Tanya ibunya.

"Viya dengan Nawaz dah capai kata sepakat nak rahsiakan perkahwinan kitorang dulu." Beritahunya.

"Kenapa? Nawaz ada perempuan lain ke?"

"Eh, tak! Bukan macam tu!" Viya menggenggam tangan ibunya dengan erat. "Macam yang ibu katalah, mungkin Viya tak sedia lagi nak semua orang tahu yang Viya ni akan kahwin dengan dia." Sambungnya pula disertai dengan keluhan.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now