44

1.6K 117 0
                                    

Sehari berlalu tanpa disedari. Esok mereka perlu pulang ke Semenanjung Malaysia semula. Oleh kerana cuaca sedikit buruk, sesi pengambaran terpaksa ditangguhkan berkali-kali.

             Akhirnya, mereka tidak dapat menyelesaikan kerja dengan cepat dan menggunakan masa yang tersisa untuk melawati lembu-lembu yang disebut oleh Abang Jo pada hari pertama mereka tiba di situ.

             Hari juga sudah malam. Sudah tentulah lembu-lembu itu semua memerlukan rehat setelah seharian menghiburkan orang ramai.

             Mereka semua memutuskan untuk pergi ke Ranau, pekan yang agak besar daripada pekan Kundasang untuk makan malam.

             Semua orang sudah pun bersiap sedia untuk masuk ke dalam kereta. Amanda dan Viya pula baru saja melangkah keluar dari dalam bilik mereka.

              Baru saja Viya hendak melangkah pergi, tangannya diraih oleh seseorang. Amanda juga tidak terlepas pandang akan hal itu.

              Kedua-dua gadis memandang ke arah empunya tangan yang muncul entah dari mana.

              "Kak, Nawaz nak cakap dengan Viya kejap." Beritahu Nawaz, bukannya permintaan.

              Amanda terpaksa akur. Melangkah pergi meskipun hatinya mahu tinggal di situ.

              "Nak cakap pasal apa? Cepatlah cakap. Nanti yang lain ternanti-nanti pula." Gesa Viya, langsung tidak memandang wajah Nawaz.

              "Janganlah jealous bila nampak saya dengan Kak Amanda rapat. Kami bukannya ada apa-apa pun. Kata percayakan saya, tapi kenapa macam sebaliknya pula?" Tanya Nawaz, mulutnya dimuncungkan seperti budak kecil yang merajuk.

              "Tapi awak dengan dia, bukannya adik dengan kakak kandung. Korang boleh kahwin, tahu tak?" Viya menarik tangannya dari pegangan Nawaz.

               "Iya, tahu. Tapi cuba sayang fikir, kalau saya suka kat dia, kenapa pula saya nak kahwin dengan sayang. Baik saya masuk meminang dia aje dari awal." Nawaz mempertahankan dirinya.

               Panggilan sayang dia gunakan semula. Terlintas dalam fikiran Viya, mungkinkah dia tidak mahu sesiapa mendengar panggilan yang cukup istimewa itu?

               Namun begitu, apa yang Nawaz katakan itu ada betulnya. Sah-sah dia kenal Amanda lebih lama, bahkan sebelum mereka berdua dipertemukan lagi. Andai kata memang ada perasaan cinta terhadap Amanda, pasti sudah lama mereka mengikat jalinan yang sah.

               Tetapi, Nawaz tetap memilihnya. Bukan Amanda. Sepatutnya itu sudah cukup untuk menjadi bukti yang Amanda tidak akan pernah dapat menggantikan tempatnya.

                "Macam ni lah, saya dengar malam ni ada fun fair kat pekan Ranau. Macam mana kalau kita spend time? Berdua aje?" Cadang Nawaz.

                "Dengan semua mata yang memandang?" Viya kurang bersetuju.

                "Awak lupa ke? Awakkan tengah jadi wartawan yang nak temu bual saya sekarang. Tak ada sesiapa yang akan curiga punyalah!" Kata Nawaz dengan penuh keyakinan. Dah, jom.



Lagu-lagu yang berentak rancak bergema di seluruh kawasan yang lapang itu. Oleh kerana Ranau merupakan pekan yang kecil, tiada taman tema yang dibina di situ.

           Namun demikian, setahun sekali akan ada sebuah taman tema bergerak yang akan berada di situ selama sebulan. Kebetulan pula Fun Fair tersebut berada di Ranau ketika mereka mengunjungi tempat itu.

            Kru-kru yang lain sudah pun berpecah dan yang tinggal hanyalah Viya, Nawaz dan Amanda saja.

            "Akak!" Panggil Nawaz.

            Senyuman lebar menghiasi bibir Amanda. Menyangka yang Nawaz hendak membawanya naik salah satu permainan di situ.

            "Nawaz nak bawa Viya jalan-jalan. Nanti kalau dah nak balik, call Nawaz." Beritahu Nawaz, berpura tidak menghiraukan senyuman penuh berharap Amanda.

             Senyuman Amanda bertukar hampa. "Okay."

             Dengan itu, Nawaz dan Viya pun berjalan seiringan menuju ke sebuah booth yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Sebelum menaiki apa-apa permainan, mereka perlu menukar duit ringgit Malaysia kepada token berbentuk syiling yang merupakan tiket permainan di situ.

             "Satu token berapa?" Tanya Nawaz.

             "Dua ringgit." Jawab penjaga booth tersebut.

             Sekeping not RM20 dihulurkan dan sepuluh keping syiling bertukar tangan. Nawaz mengucapkan terima kasih lalu kembali kepada Viya.

             "Nak main apa dulu?" Tanya Nawaz.

             "Tak tahu lagilah. Kita putar-putar dululah, tengok apa yang best." Cadang Viya.

             Nawaz mengangguk tanda setuju. Walaupun Fun Fair tersebut kecil saja, banyak permainan menarik yang disediakan.

             Mereka berjalan mengeliling kawasan tersebut sambil berbual kosong tentang cuaca, sesi pengambaran pagi tadi dan sebagainya. Nama Amanda sekali pun tidak meniti di bibir. Lebih menggembirakan lagi apabila Nawaz memanggilnya Sayang tanpa sedikit pun keraguan.

             "Ada Rumah Hantulah!" Nawaz menudingkan jarinya ke arah sebuah permainan yang kelihatan menyeramkan.

              Viya yang melihat keadaan rumah hantu yang puaka itu menelan liur. Cuak apabila terbayangkan makhluk-makhluk berwajah hodoh yang sedang menanti di dalam.

              "Eh, iyalah! Kita tengok game kat sana jom." Dia cuba untuk membawa Nawaz pergi tetapi Nawaz langsung tidak berganjak.

               "Don't tell me you're afraid of ghosts." Nawaz memandangnya dengan pandangan mengejek.

               "Jangan nak mengarutlah! Mana ada saya takut!" Nafinya walhal semakin cuak.

               "Okay, kalau macam tu jomlah masuk." Ajaknya dan menarik Viya sekali bersamanya.

               Baru saja mereka tiba di hadapan permainan yang menakutkan itu, kedengaran bunyi seseorang menjerit di dalam rumah tersebut. Jeritannya cukup nyaring dan tidak lama kemudian, sekumpulan remaja berlari lintang-pukang dari dalam rumah tersebut.

               Oleh kerana terlalu takut, ada yang jatuh terduduk pada tanah. Setelah selamat keluar, barulah mereka dapat bernafas dengan lega.

               "Gila oh! Mau terkencing saya!" Kata salah seorang daripada remaja tersebut.

               Viya memasang telinganya.

               "Iya bah! Kau nampakkah muka dia tadi? Uish, gila! Seram!"

              "Confirm saya tidak tidur malam ni. Mesti mimpi hantu lagi ni. "

              "Eh, macam seram sangat aje? Eee, tak naklah aku main tapi takkanlah nak tarik diri? Tak ke nampak macam pengecut nanti?" Getus Viya dalam hati, menggelabah.

              "Awak, jom. Saya dah bayar dah." Suara Nawaz menyentapnya dari lamunan.

              "Hah?!"

              "Jom, masuk." Tarik Nawaz.

              "Sa-saya takutlah! Budak-budak tadi tu, bukan main lagi kata seram. Sampai ada yang hampir terkencing pula tu." Viya mengaku jua akhirnya. Jarinya menguis hujung blaus yang dia kenakan.

              "Tak apa, sayakan ada. Kalau awak takut, pegang ajelah tangan saya." Kata Nawaz, tersenyum herot. "Dah, jom."

               Mahu tidak mahu, Viya terpaksa akur.

               "Bismillahirrahmanirrahim." Lafaz Viya dalam hati sebelum melangkah masuk ke dalam rumah puaka itu.

———

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now