13

2.4K 207 10
                                    

Viya cuba untuk menutup mukanya menggunakan sebelah tangannya. Tetapi gagal apabila peminat Nawaz mendekatinya dari setiap arah.

     Viya terlalu gementar dan cuak apabila berhadapan dengan situasi seperti itu. Dia mengigit bibir dan menahan diri daripada menangis. Mencuba sedaya upaya untuk menenangkan dirinya semula agar tidak diserang panik.

     Tiba-tiba, Nawaz berpaling menghadapnya. Viya hendak mendongak tetapi terhenti apabila Nawaz menyuruhnya agar terus tunduk.

     Nawaz membuka topi yang dia kenakan lalu dia pakaikan di kepala Viya. Menariknya agar menutupi wajah gadis itu sebaik yang mungkin.

     "Just follow me, okay?" Bisik Nawaz dan Viya menganggukkan kepalanya.

     Nawaz kembali menarik tangan Viya dan membawanya pergi dari situ sepantas yang mungkin. Dia membuka pintu kereta Viya lalu menyuruhnya untuk masuk. Kemudian, dia masuk ke dalam tempat duduk pemandu.

     Orang ramai mengerumuni hadapan kereta. Masih lagi cuba untuk menangkap gambar mereka berdua.

      Nawaz menghidupkan enjin kereta dan memandu pergi dari situ. Barulah Viya dapat menghembus nafas lega.



Nawaz memberhentikan kereta di suatu tempat yang tinggi dan tempat mereka dapat melihat pemandangan ibu kota yang sibuk itu.

     Nawaz keluar dari dalam perut kereta tanpa sepatah kata. Viya menuruti langkahnya dan merapati lelaki itu semula.

     Mereka berdua menyandar di but hadapan kereta. Viya dapat merasakan yang angin Nawaz tidak baik ketika itu.

      Dia memutuskan untuk mendiamkan diri saja. Biarlah Nawaz menenangkan dirinya dahulu. Nanti kalau dia sudah bersedia, pasti dia sendiri yang akan membuka cerita.

      Radio yang dibiarkan hidup memainkan lagu Moon and Back nyanyian Alice Kristiansen. Suara lunak penyanyi itu mengurangkan keheningan malam.

      "Sorry." Nawaz mengeluh panjang. "Saya tak sangka pula yang orang masih dapat kecam saya. Lepas tu, saya drag pula awak dalam masalah ni." Dia menyuarakan apa yang terbuku di dalam hatinya.

     "It's okay. Awak tak payahlah nak marahkan diri awak sendiri. Sepatutnya saya kena bersedia kena serang dengan peminat awak bila saya setuju nak buat interview dengan awak." Balas Viya. "Lagipun, dapat juga saya merasa jadi famous." Guraunya. Ingin menyedapkan hati Nawaz agar tidak terbeban dengan perkata itu.

     "Eleh, bukan awak lagi famous dari saya ke?" Balas Nawaz pula. "Awakkan Taylor Swift Malaysia. Siap buat performance depan VVIP pula tu." Usiknya.

     "Oh, well!" Viya menjongketkan bahunya. Bangga.

     Nawaz tertawa kecil lalu menghela nafas panjang. Lengannya disilangkan lalu dia rapatkan ke dada.

     "Awak boleh tarik diri, kalau awak nak. Saya takkan paksa awak." Nawaz tersenyum kelat.

     "Come onlah!" Viya beralih dari tempatnya dan berdiri di hadapan Nawaz dengan lagak seorang gangster. "Saya dah performed kat depan VVIP tau? Setakat netizen, citizen ni, hmph! Petik jari!" Dia memetik jarinya.

     "Eleh, bragging!" Balas Nawaz. Tersenyum herot.

     "Anyway, awak boleh paksa saya untuk tarik diri, but it doesn't work like that. You got to finish what you've started." Viya kembali menyandar pada hadapan kereta.

     "You got to finish what youve started, huh?" Nawaz menolak bahu Viya dengan bahunya. "Kalau macam tu, habiskanlah cerita kenapa awak tak berhenti ambil kafein." Pintanya.

     "Insomnia."Kata Viya. "I have insomnia. It's a state bila bulan tiba-tiba jadi menarik setiap malam and awak tak boleh nak tidur. So, awak just berjaga sampailah pagi." Katanya dengan sinis.

     Nawaz mengangguk faham. "So, awak tak tidur malam?" Soalnya.

     "Kalau bertuah, saya dapat tidur empat jam. Kalau tak, mungkin tak dapat lelapkan mata langsung." Dia mengeluh sinis. "Waktu pagi pula saya penat sebab tak dapat rest yang cukup. So saya pun mula minum coffee, anything with caffeine basically. Then waktu malam pula saya tak dapat tidur. It goes on and on and on." Dia mengeluh lagi. Kali ini dia mengeluh dengan lebih panjang.

     "Sejak bila awak mula—you know, mengalami Insomnia?" Tanya Nawaz lagi.

     "Sejak umur 13 tahun lagi." Jawab Viya.

     "Kenapa tak jumpa doktor?" Tanya Nawaz.

     "Dah jumpa dah. Doktor bagi saya sleeping pills to help me sleep better."

     "Berkesan ke?"

     "Hm. Tapi rasa penat tu bertambah, so I started to take more caffeine." Viya mengetap bibirnya. "Saya berhenti jumpa doktor waktu umur saya 14 tahun. Saya tahu sampai bila-bila pun keadaan ni tetap sama."

     "Bila saya berumur 16 tahun, it gets worse. Depression, anxiety, insomnia, moodswings, macam tak ada penghujungnya." Viya tertawa tetapi matanya berkaca. "Ada satu masa tu, I tried to overdosed."

     Nawaz membeliakkan matanya setelah mendengar pengakuan Viya itu. Sungguh dia tidak menjangka Viya sanggup berbuat begitu.

     "Saya bangun dua hari kemudian dan doktor kata saya bertuah sebab pil yang saya ambil, tak cukup untuk buat saya..." Viya berhenti sejenak dan memaksa dirinya untuk mengukirkan senyuman. "Tak cukup untuk buat saya mati." Dia meleraikan tawa.

     "Viya..." Panggil Nawaz dengan lembut.

     "Tapi lepas saya bangun tu, serius saya menyesal! Menyesal sebab cuba untuk mati dengan cara overdosed. It's definitely not a fun way to die." Dia tidak mempedulikan Nawaz dan terus bercerita. Tertawa sendiri seakan-akan dia baru saja membuat lawak.

     "You should say goodbye." Kata Nawaz tiba-tiba.

     "Awak dah nak balik ke?" Tanya Viya.

     Nawaz memegang kedua-dua bahunya dan memandangnya tepat matanya. "You should say goodbye to semuanya yang buat hidup awak merana. Sebab saya akan pastikan yang awak takkan rasakan walau secalit pun perasaan benci terhadap hidup dan diri awak sendiri." Kata Nawaz dengan nada yang serius. "Not anymore." Bisiknya.

     Entah apa yang merasuk Viya ketika itu. Setelah mendengar janji Nawaz itu, jiwanya yang kacau menjadi tenang. Tenang setelah berbelas tahun berlalu.

---

I need a boy like this hahahahaha btw, I'M NOT PROMOTING SELF-HARM

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now