19

2K 168 3
                                    

Sepasang baju kurung berwarna merah hati diacukan ke tubuhnya. Membayangkan dirinya memakai baju kurung itu sambil melihat pantulannya pada cermin.

     Puan Zalikha yang terbangun dari tidurnya kerana dahaga lalu di hadapan bilik anak gadisnya. Hairan apabila lampu bilik Viya masih hidup lagi.

     "Belum tidur ke budak ni? Dah malam dah ni." Puan Zalikha berteka-teki sendirian.

     Pintu bilik Viya yang tidak ditutup rapat ditolak oleh Puan Zalikha. Viya yang sedang memegang blaus berwarna ungu muda berpaling ke belakang.

     "Kenapa belum tidur ni?" Tanya Puan Zalikha.

     "Viya kejutkan ibu ke?" Tanya Viya pula.

     "Taklah, ibu dahaga tadi." Jawab Puan Zalikha. "Nak buat apa pilih-pilih baju ni?" Soalnya lagi.

     "Sebenarnya, Viya nak cakap sikit dengan ibu." Jujurnya lalu menggigit bibir.

     Puan Zalikha melabuhkan punggungnya pada katil Viya. "Cakaplah." Ujar beliau dengan lembut.

     Viya duduk di sebelah ibunya. Cuba untuk mengumpul keberanian untuk memberitahu Puan Zalikha darihal dia dan Nawaz.

      "Ibu marah tak kalau Viya bercinta?" Soalnya.

      Puan Zalikha tertawa kecil. "Tak. Ibu tak marah asalkan ada halal gap." Guraunya.

      Viya turut tertawa. "Kalau Viya nak kahwin?" Soalnya lagi.

      "Nak kahwin?!" Wajah Puan Zalikha penuh dengan keterujaan. "Dengan siapa?! Ibu kenal ke?!" Gesanya lagi.

      Viya terimbau kembali masa dia terpaksa menonton rancangan memasak di mana Nawaz Ayaan menjadi chef rancangan tersebut. Semuanya kerana ibunya meminati rancangan itu. Bukan sahaja minat dengan masakan yang dipamerkan, tetapi turut berminta dengan chef rancangan itu.

      "Mestilah ibu kenal." Jawab Viya dengan lembut sambil tersenyum.

      "Bila nak bawa jumpa ibu?" Puan Zalikha semakin tidak sabar.

      "Tak pasti lagi. Nanti bila dah free, Viya bawalah jumpa ibu." Jawabnya. "Sebenarnya Viya nak pilih baju sebab dia nak bawa Viya jumpa keluarga dia esok." Jujurnya pula sambil tersipu malu.

      "Betul ke ni anak ibu dah nak kahwin? Bukan main-main?" Puan Zalikha benar-benar tidak menyangka puterinya itu akhirnya bakal menikah juga.

      "Isy, ibu ni! Takkanlah Viya nak main-main." Rajuknya.

      "Iyalah, ibu percaya." Puan Zalikha mengesat air matanya.

      "Tak payahlah nangis." Viya menahan air matanya daripada turut mengalir.

      "Ibu emosional sikit." Jawab ibunya. "Jom, ibu tolong pilih baju. Kalau nak jumpa keluarga bakal suami, kenalah nampak cantik, ayu, sopan. Barulah keluarga dia berkenan." Beritahunya lagi.

      Viya mengangguk faham. Barulah tenang setelah meluahkan semua yang terbuku dalam hatinya.




Kereta yang dipandu oleh Nawaz meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah banglo yang tidaklah terlalu besar. Tetapi cukup mewah di mata Viya. Maklumlah, rumah yang dia dan ibunya diami tidaklah begitu besar.

     Seperti biasa, Nawaz membukakan pintu tempat duduk penumpang untuk Viya. Dengan perasaan gemuruh, Viya turun dari kereta yang masih terasa sejuk meskipun pendingin hawa sudah dimatikan.

     "Nervous ke?" Tanya Nawaz sambil mereka berjalan menuju ke pintu masuk rumah banglo yang berdiri gah di hadapan mereka.

     "Dah tahu nak kena tanya lagi ke?" Balas Viya pula.

     "Tak payah nak nervouslah. Sayakan ada." Bisik Nawaz sambil tersenyum manis. "Assalamualaikum." Ucapnya lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

     "Waalaikumussalam!" Jawab seorang wanita yang berada dalam lingkungan umur 60an.

     "Waalaikumussalam." Seorang wanita lagi muncul.

     Viya terkejut sedikit apabila melihat wajah yang dikenalinya. Amanda, iaitu pengurus kepada Nawaz.

     "Diorang tinggal serumah ke?" Fikir Viya. Secebis rasa cemburu bersarang di hati.

     "Dah sampai pun bakal pengantin kita ni." Usik Amanda lalu tertawa kecil. "Jemputlah masuk." Pelawanya pula.

     Viya mengangguk faham lalu mengikut yang lain ke ruang tamu di mana Nawaz pula yang mempelawanya untuk duduk.

     "Viya, ini nenek. Panggil nenek aje." Nawaz memperkenalkan wanita tua tadi kepada Viya.

     "Saya Viya." Viya pula memperkenalkan dirinya.

     Kata-kata Viya itu dibalas dengan anggukan dingin daripada wanita tua tersebut. Tiba-tiba, Amanda meminta diri untuk membancuh air dan membawa Nawaz bersama. Semakin menjadi-jadilah rasa cemburu Viya.

      "Macam mana kamu boleh jumpa Nawaz?" Tanya Puan Rubiah, wanita yang digelar nenek oleh Nawaz dan Amanda.

      "Saya bekerja sebagai wartawan yang interview Nawaz." Jawab Viya dengan penuh sopan santun.

      "Macam inilah, nenek malas nak berkias-kias." Ujar Puan Rubiah dengan dingin. "Kamu kahwin dengan Nawaz semata-mata nak duit dia ke populariti dia ke apa?" Soalnya pula tanpa teragak-agak.

      Viya rasa terhina dengan soalan itu. "Tak. Saya ikhlas nak kahwin dengan dia." Viya masih lagi boleh menahan dirinya daripada naik angin di situ juga.

      Puan Rubiah tertawa sinis. "Kamu tak payah nak cakap kosonglah. Mana bukti yang kamu ikhlas?" Soalnya lagi sambil memandang tajam wajah Viya.

      "Air dah siap!" Amanda kembali ke ruang tamu sambil menatang dulang yang berisi seteko teh bersama cawan teh.

     Nawaz juga kembali setelah itu dan duduk bersebelahan dengan Viya. Viya mempamerkan senyuman di bibir tetapi fikirannya sudah menerawang. Berfikir bagaimana dia hendak membuktikan keikhlasannya terhadap Nawaz.

---

Dugaan apakah ini? 😂

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now