46

1.6K 123 2
                                    

Just nak kata yg kalau nak lebih feel, dgr la lagu kat atas tu smbil baca. masa tgh tulis bab ni, lagu Fate (Like A Fool) - Seo In Guk 👆🏻 mmg on repeat hahahaha feel habis. anyway, klau suka jgn lupa vote 🙆🏻‍♀️

———

Sedang mulut Viya terkumat-kamit bercerita tentang sesuatu, Nawaz terhenti di tempatnya. Dia berpaling ke sisi, di mana permainan roller coaster sedang berdiri.

           "So saya pun..." Bicara Viya terhenti apabila dia mendapati Nawaz tidak lagi berdiri di sampingnya.

           Dia berpusing 180 darjah ke belakang dan mendapati Nawaz sedang melihat ke arah roller coaster berlandasan pendek itu dengan mulut yang terngaga. Kagum.

           Dengan mulut yang terngaga, ditambah lagi dengan gula kapas yang dipegang oleh tangan kanannya, dia tidak ubah seperti seorang kanak-kanak. Viya tersenyum kecil.

           "Kenapa berhenti?" Viya berdiri di sampingnya.

           "Kita naik ni jom?" Ajak Nawaz lagi.

           Viya hendak menolak kerana dia tidak menyukai permainan itu. Walaupun tiada loop dan landasannya hanya pendek saja, dia tetap tidak suka.

           Akan tetapi, ada sesuatu dalam mata Nawaz apabila dia mengajaknya untuk menaiki roller coaster tersebut.

           "Hm... okay." Balas Viya perlahan.

           Roller coaster tersebut berhenti dan jeritan turut sama terhenti. Pengunjung permainan tersebut turun daripada roller coaster tersebut dan beredar sambil bercerita tentang pengalaman mereka menaiki permainan tersebut kepada kawan masing-masing.

           Nawaz menarik tangan Viya dan mereka memilih tempat duduk paling hadapan roller coaster tersebut. Seorang pekerja memasangkan penghadang sebagai keselamatan sebelum beralih ke tempat duduk di belakang mereka dan seterusnya.

           "Mesti sayang tak suka naik roller coaster, kan?" Teka Nawaz.

           "Macam awak tahu?"

           "Sebab sayang teragak-agak tadi. Kenapa setuju kalau tak suka?" Tanya Nawaz lagi.

           "Saya pun tak suka rumah hantu tadi tu, but it's not that bad. Saya tak suka roller coaster tapi mungkin at the end, saya mula suka?" Balas Viya.

           Jawapan yang selamat terlintas dalam fikirannya segera dia suarakan untuk menyembunyikan kekeliruannya sendiri. Jangankan Nawaz, dia sendiri pun tidak pasti mengapa mudah sekali dia menyatakan ya.

           Kereta sorong tersebut mula bergerak menaiki landasan yang menegak. Apabila mereka sampai di atas landasan tersebut, kereta sorong bergerak dengan lebih laju dan menuruni landasan yang menjunam ke bawah.

           Viya hendak menjerit tetapi terhenti apabila dia terdengar tawa Nawaz yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu tertawa kuat seakan sesuatu sedang menggeleteknya. Nampak sangat dia amat menyukai permainan itu.

           Tanpa Viya sedari, dia turut sama tertawa. Mereka berdua saling berpandangan dan senyuman terukir di bibir.

           Kegembiraan tidak dapat lagi dibendung.



Semua kru berkumpul semula di hadapan laluan masuk fun fair tersebut. Viya dan Nawaz merupakan orang terakhir yang tiba di situ.

           "Viya! Comelnya patung tu!" Puji Ummi, seorang wanita yang tua beberapa tahun daripada Viya.

           Mendengar akan pujian itu, Viya teringat semula akan masa Nawaz memenangi satu permainan membaling ladam kuda dan mendapat hadiah anak patung beruang berwarna kuning keemasan.

           "Oh, ha'ah." Nawaz yang bagi. Entah mengapa dia hendak memberitahu semua orang akan hal itu.

           "Nawaz?" Ummi menjongketkan keningnya. Semua kru memandang Nawaz, Viya dan Amanda dengan penuh curiga. "Bukan Nawaz jalan-jalan dengan Amanda ke tadi?" Soalnya.

           Amanda membuka mulutnya untuk mengiyakan hal itu lalu mencipta alasan tetapi Viya mendahuluinya.

           "Taklah! Dia memang dengan Viya sejak tadi. For the interview." Ujar Viya sambil tersenyum.

           Nawaz pula tidak membantah. Sebenarnya, dia langsung tidak kisah jika Viya hendak membongkarkan klu tentang perkahwinan yang mereka rahsiakan itu. Malahan, dia lebih suka.

           "Dah, jom pergi makan! Lapar ni!" Suara Abang Jo membuatkan semua orang mula mengatur langkah menuju ke kereta.

           Nawaz dan Viya bertukar pandangan. Masing-masing tersenyum lebar.

           Amanda yang masih berada di situ mengalihkan pandangannya. Dengan wajah yang berkerut seribu, dia membuntuti langkah-langkah kru yang lain.



Perjalanan yang memakan masa beberapa minit membawa mereka ke sebuah restoran di mana mereka memutuskan untuk makan malam bersama.

           Seperti biasa, Nawaz merampas peluang untuk duduk bersebelahan dengan Viya. Amanda pula duduk di hadapannya.

           Makanan yang dipesan tiba satu persatu. Dengan lafaz doa makan, mereka semua menjamah rezeki yang terhidang di depan mata.

           Viya mengasingkan udang daripada mi goreng yang dipesannya. Nawaz yang perasan akan hal itu menjongket kening.

           "Say..." Dia pura-pura batuk. "Awak tak makan udang ke?" Soal Nawaz.

           "Tak." Viya membalas. "Malaslah nak kupas lagi." Tambahnya lagi.

           "Meh sini saya tolong."

           Nawaz memindahkan udang daripada pinggan Viya ke pinggannya. Kulit udang dibuang lalu dia letakkan ke tepi.

           Tanpa dia sedari, semua mata memandang gerak-gerinya itu. Rasa curiga akan status hubungan mereka yang sebenar semakin bertambah.

           "Nah!" Dia mengembalikan udang-udang tersebut kepada Viya.

           "Terima kasih." Ucap Viya lalu menikmati udang tersebut.

           "Viya dengan Nawaz ni macam ada apa-apa aje." Tegur Ummi.

           "Eh, Ummi ni! Kan Nawaz dengan Amanda!" Kata Jo pula, menggelengkan kepalanya.

           Hati Amanda berbunga-bunga mendengar kata-kata Jo itu tetapi bunga menjadi layu apabila Nawaz menafikannya.

           "Nawaz dengan Amanda dah macam kakak dengan adik dah." Ujar Nawaz.

           Viya pula yang berbunga.

           "So Viya..."

           "Tak adalah, Kak Ummi. Viya ni interviewer aje." Cepat-cepat Viya menafikannya.

           "Iyalah tu!" Balas Ummi, masih tidak mempercayai yang Viya dengan Nawaz tidak ada apa-apa hubungan.

            Viya tunduk memandang mi goreng seafoodnya. Senyumannya mati.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now