51

1.8K 140 2
                                    

Makan malam pada malam itu sunyi saja. Tiada perbualan di antara mereka bertiga. Nawaz yang selalunya mulut tidak boleh dikunci juga mendiamkan diri saja.

           Apatah lagi Viya. Makanan yang terhidang di depan mata dijamah sedikit saja. Seleranya hilang entah ke mana.

           Puan Zalikha memerhatikan Nawaz yang balik-balik mencuri pandang ke arah Viya. Dia seakan-akan risau terhadap Viya tetapi tidak mahu menyuarakan apa yang bermain di fikirannya itu.

           "Kamu berdua bergaduh ke?" Tanya Puan Zalikha.

           "Tak adalah, ibu." Jawab Nawaz.

           Sebenarnya, sejak mereka pulang dari hospital lagi, Viya diam saja. Kalau ditanya, dia hanya mengangguk dan menggeleng saja. Susah sekali hendak mendengar suaranya.

           Bukan itu saja, Nawaz juga tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tidak tahu apa berita buruk yang disampaikan kepada Viya sehinggakan kegembiraan gadis itu mati.

           "Dah tu? Ada masalah lain? Ceritalah kat ibu." Niat Puan Zalikha baik, mahu menolong mereka saja.

           Tiba-tiba, Viya mengeluh sinis. "Cerita kat ibu?" Akhirnya suaranya kedengaran juga. "Nak cerita buat apa? Ibu bukannya pernah ceritakan masalah ibu kat Viya. Semua pendam sendiri. Semua simpan sendiri. Macam Viya ni bukan anak ibu, kan?" Tajam saja kata-kata yang dilontarkan kepada Puan Zalikha.

           "Viya, apa cakap macam tu kat ibu?" Tegur Nawaz. Tidak suka dengan nada yang digunakan oleh Viya.

           "Kenapa tak beritahu Viya yang ibu sakit?" Teguran Nawaz dibiarkan berlalu bagaikan angin.

           "Pening kepala aje. Bukannya ada apa pun." Puan Zalikha masih berahsia.

           "Dahlah tu, bu! Tak usah nak berdolak-dalih lagi. Viya dah tahu pun pasal semuanya." Getusnya. Matanya berkaca memandang wajah penuh dengan sifat keibuan di hadapannya itu.

           Nawaz yang tidak tahu-menahu tentang apa-apa hanya mendiamkan diri. Walaupun dalam hati, dia benar-benar ingin tahu darihal yang membuat Viya hilang kawalan seperti itu sehinggakan nada suaranya ditinggikan.

           "Tak penting punlah. Kalau ibu beritahu, Viya nak buat apa? Bukannya Viya dapat ubah apa-apa pun." Balas Puan Zalikha pula.

           "Enam bulan, bu! Enam bulan! Mungkin itu aje masa yang tinggal untuk Viya tatap wajah ibu! Luangkan masa dengan ibu! Itu ibu kata tak penting?!"

           Mata Nawaz terbeliak. Mulutnya sedikit terlopong. Sukar untuk dia percayai apa saja yang terpacul keluar dari mulut Viya.

           "Ibu dah tua dah pun, Viya. Lambat-laun memang akan pergi juga. Dah, tak payahlah cerita pasal ni." Pinta Puan Zalikha.

           Viya bangun dari kerusinya. Air mata yang mengalir di pipi segera dia seka.

           "Kalau ibu nak Viya pura-pura tak tahu yang ibu nak tinggalkan Viya, maaf. Viya memang tak boleh." Ujarnya lalu berlari ke biliknya.

           Nawaz tunduk memandang ribanya. Kurang pasti tentang apa yang patut dia lakukan. Patutkah dia bertanya kepada Puan Zalikha sendiri atau dia patut mengejar Viya dan bertanya kepada Viya?

           "Nawaz..." Panggil Puan Zalikha. Sebak.

           "Iya, ibu?" Sahutnya.

           "Pergilah." Dia memberi keizinan kepada Nawaz untuk mengejar Viya dan menenangkannya.

           Nawaz mengangguk faham.



Cahaya malap dari lampu tidur menerangi bilik itu. Nawaz masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu.

           Seperti yang dia jangka, Viya sedang meleraikan tangisannya di dalam bilik mereka. Dia duduk pada sisi katil yang bertentangan dengan Viya sambil belakangnya dia sandarkan pada kepala katil.

           Tanpa berlengah, tangan Viya dia capai. Menarik Viya agar lebih rapat dengannya. Viya akur dan tidak membantah.

           Seterusnya, dia menarik Viya ke dalam pelukannya. Viya membenamkan wajahnya pada Nawaz. Menggigit bibir.

           "Tak apa. Awak nangislah sampai awak tak boleh menangis lagi." Bisik Nawaz pada telinganya.

           "Kenapa semua orang nak tinggalkan saya?" Soal Viya. Sebak. "Awak pun nak tinggalkan saya ke?"

          "Nawaz?" Panggil Puan Zalikha sebelum Nawaz beredar.

           "Iya, bu?"

           "Tolong jagakan Viya baik-baik. Dia sayang sangat kat Nawaz tahu? Cuma dia belum sedar lagi. Ibu harap Nawaz boleh bersabar dan setia berada di samping dia. Dia tak ada orang lain dah." Pinta Puan Zalikha. Air mata yang sejak tadi ditahan akhirnya tumpah jua.

            "Tak. Not now, not ever. Tak akan pernah. Saya takkan tinggalkan awak." Jawab Nawaz tanpa secalit pun rasa ragu-ragu di hati.

            Mendengar akan kata-kata Nawaz itu, Viya akhirnya mampu tersenyum kecil. Semakin tenang berada dalam dakapan Nawaz.

            Walaupun masa itu amat sukar untuknya, sekurang-kuranya dia tahu dia tidak akan melalui segalanya seorang diri. Dia tahu yang Nawaz akan tetap berada di sisinya.




Keesokan harinya, Viya duduk pada sisi katil. Buka saja mata, Nawaz sudah hilang entah ke mana.

           Dia menarik lengan panjang bajunya. Kesan-kesan luka seperti dicakar kucing pada lengannya terdedah.

           Tangannya menyentuh parut yang mencacatkan kulitnya itu. Bodoh? Ya, memang dia akui dia amat bodoh kerana menzalimi diri sendiri. Kerana melukai diri sendiri dengan cara yang dilaknat oleh Allah.

            Dia malu dengan diri sendiri kerana tunduk dengan kemahuan untuk mencederakan dirinya. Hanya dirinya yang patut dipersalahkan.

            Nawaz masuk ke dalam bilik. Tuala berwarna putih dia gunakan untuk mengeringkan rambutnya. Tangannya perlahan-lahan dia turunkan apabila melihat Viya sudah pun bangun.

            "Sayang..." Panggil Nawaz.

            Viya cuak dan segera menarik lengan bajunya agar menutupi semula parut tersebut. Dia mendongak sambil tersenyum. Menyelindungkan ketakutannya.

             Nawaz duduk bersebelahan dengannya. Dia menarik tangan Viya. Viya menjadi semakin cemas.

             Lengan baju Viya dia tarik. Mendedahkan semua parut itu. Terdetik dalam hati Viya yang Nawaz akan memarahinya dan membencinya kerana itu tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

             Nawaz menyentuh lengan Viya dengan perlahan. Tangan Nawaz yang sejuk itu mengejutkan Viya.

             "Sakit tak?" Tanya Nawaz.

             Viya menggeleng.

             "Sayang jangan buat macam ni lagi tahu? Kalau sayang ada masalah, apa-apa masalah sekalipun, saya ada kat sini. Saya akan dengar setiap masalah yang sayang ada sampailah sayang sendiri bosan nak ada masalah." Kata Nawaz, tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang tersusun rata.

           "Boleh pula macam tu?" Balas Viya. Lega setelah melihat reaksi Nawaz.

           "Tak boleh eh?" Nawaz tersengih.

           Viya sekadar tersenyum.

———

Nah, double updates. Esok saya ada latihan kawad and it's gonna be the most toughest day of my life 😂 saya tk rasa saya dpt update new chapter esok sbb confirm, balik aje terus tdur tapi saya rasa citer ni tnggal 5-6 chapter lgi kut. So mmg masa cuti ni, nk habiskn la. Slmt mlm 🌚

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now