37

1.5K 123 3
                                    

Nawaz melabuhkan punggungnya pada sofa. Baru saja selesai menunaikan solat Isyak.

           Ingatkan nak tunggu Viya, tapi takut Viya balik lama lagi. Dia pun ada menerima pesanan ringkas daripada Viya yang mengatakan mungkin dia akan pulang lewat hari itu memandangkan ada mesyuarat.

           Jam di dinding dikerling. Tak sabar rasanya menunggu Viya pulang. Rindulah tu!

           Tiba-tiba, tombol pintu rumah dipulas. Salam diucap.

           "Waalaikumussalam." Jawab Nawaz.

           "Eh, awalnya awak balik!" Kata Viya sebelum tunduk untuk mencium tangan Nawaz.

           Nawaz membalas dengan senyuman ikhlas. Dia memandang lama wajah Viya yang kelihatan lesu itu. Penat setelah seharian bekerja.

           Viya melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Nawaz. Keluhan berat dia lepaskan. Entah mengapa hari itu lebih memenatkan berbanding hari sebelumnya.

            "Awak penat eh?" Tanya Nawaz, sentiasa ingin mengambil tahu tentang Viya.

            "Penat jugalah sebab banyak sangat kerja tadi. Mata pun sakit sebab asyik duduk depan laptop aje." Jawab Viya lalu menguap.

             "Oh. Awak naiklah dulu. Pergi mandi then solat. Saya dah masak, nanti ajaklah ibu makan sekali." Kata Nawaz dengan lemah-lembut.

             Viya menganggukkan kepalanya tanda faham. Kemudian bangun dari sofa dan terus mengatur langkah ke bilik mereka.



Amanda berdiri di balkoni luar rumah. Angin malam sepoi-sepoi bahasa meniup ke mukanya. Rambut yang tidak diikat berterbangan.

           Dia teringat akan kejadian siang tadi. Bila dia cuba untuk membantu Nawaz dengan mengelap peluhnya.

           Ya, dia sedar yang perbuatannya itu salah. Malahan, dia juga sedar yang dia sepatutnya berhenti daripada meneruskan perbuatannya itu.

           Tetapi, entahlah. Bagaikan ada sesuatu yang membuatkan dia meneruskannya.

           Dia semakin dilanda rasa bersalah apabila menyedari yang mungkin ada orang lain yang melihat mereka berdua tadi. Lebih buruk lagi jika ada yang merakamnya.

           Tapi, kalaulah mereka hanya berduaan tadi, mungkinkah dia tidak akan rasa bersalah seteruk itu? Mungkin dia akan lega yang dia berbuat demikian?

           "Amboi, jauhnya termenung!"

           Suara Puan Rubiah menyentap Amanda dari lamunanya. Kepala dia tolehkan ke sisi, di mana Puan Rubiah sedang berdiri.

           "Nenek." Amanda menguntumkan senyuman.

           "Tengah fikir pasal siapa tu?" Tanya Puan Rubiah.

           "Fikir pasal kerja." Bohong Amanda.

           Puan Rubiah sekadar menganggukkan saja kepalanya. Percaya bulat-bulat akan jawapan Amanda itu.

           "Nek, Amanda nak tanya something boleh?" Soal Amanda secara tiba-tiba.

           "Apa dia?"

           Amanda memandang wajah berkedut Puan Rubiah dengan dahi yang berkerut seribu. Patutkah dia bertanya?



Viya duduk sebentar pada katil setelah selesai membersihkan dirinya. Telefon yang diletakkan pada sebuah almari kecil bersebelahan katil dia capai.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now