55

2K 124 5
                                    

Nawaz kaku di tempatnya. Pandangan dia lontarkan ke arah dua orang yang tidak ubah seperti pasangan kekasih.

           Wajah Si Gadis yang masih kelihatan cantik walaupun dengan air mata yang mengalir deras dia renung lama-lama. Hatinya bertambah remuk apabila jejaka yang melutut di hadapan gadis tersebut menyeka air matanya.

           Matanya berkaca. Bibir diketap dengan rapat sambil matanya tidak lekang daripada terus memerhatikan adegan di hadapannya itu.

           "Sepatutnya aku yang stay dengan dia masa-masa macam ni tapi aku yang larikan diri." Kata Nawaz. Dia tahu yang Amanda sedang berdiri di sebelahnya.

           Amanda mengeluh perlahan. Dia juga tidak suka melihat Nawaz dalam keadaan itu.

           "Aku tak layak untuk dia." Tambahnya lagi.

           Amanda menoleh ke sisinya. Wajah Nawaz dia amati dengan lama. Mata yang dahulu hanya memaparkan kegembiraan kini kelihatan sayu saja. Tiada lagi sinar harapan dalam matanya.

           Walaupun cukup sakit untuk dia melihat Viya ditemani lelaki lain, lebih-lebih lagi lelaki itu ialah Mike, dia juga lega kerana dia mengatasi egonya dan bergegas ke situ dengan segera setelah melihat video Viya diserang oleh orang ramai yang tular di media sosial.

           "Dahlah. Jom. Nanti kita terlewat pula."Kata Nawaz.

           Tiba-tiba, Amanda memegang bahunya. "Kalau Nawaz nak tangguhkan press conference, it's okay." Katanya.

           Dia mengerling ke arah Viya dan Mike sebelum memandang Amanda semula. "Tak apalah. I want to do this. I have to." Balasnya kemudian masuk semula ke dalam perut kereta.

           Amanda mengerling sekilas pandang ke arah Mike dan Viya. Dia mengeluh.






Dayang bergegas ke tempat Mike dan Viya setelah menerima panggilan telefon daripada Mike. Setelah melihat keadaan Viya, Dayang berkeras agar dia mengambil cuti pada hari itu.

           Pada mulanya, dia juga meragui kesahihan kata-kata Viya. Akan tetapi, oleh kerana Mike begitu yakin terhadap Viya, dia cuba untuk memahami.

           Andai benar Viya berbohong, dia tetap merasakan yang dia perlu tetap berada di samping Viya. Manusia tidak sempurna. Begitu juga dia dan Viya. Walau apa pun yang terjadi, dia akan tetap bersama Viya kerana baginya, Viya merupakan sahabat baik yang tidak pernah dia miliki.

           "Hate the act, not the person." Itulah yang ibunya sering katakan kepadanya ketika dia menjadi mangsa buli di bangku sekolah dulu. Oleh kerana dia tahu akan masa silam Viya yang mendapat nasib buruk yang sama sepertinya, dia merasakan persahabatan mereka semakin erat lagi.

           "Waalaikumussalam." Viya menjawab panggilan telefon daripada ibunya.

           "Viya, Viya tak payah balik rumah dululah. Tak selamat kalau Viya balik sekarang." Arah Puan Zalikha.

           Viya mengeluh. Apa lagi kalau bukan jiran tetangga yang mula mengerumuni kediaman mereka?

           "Viya jemput ibu."

           "Tak payahlah! Ibu tak apa-apa. Viya jaga diri tahu? Nanti lambat-laun semuanya okaylah tu. Jangan buat benda bodoh pula." Pesan Puan Zalikha.

           Viya menyeka air matanya. "Hm. Viya sayang ibu."

           "Ibu lagi sayang Viya." Jawab Puan Zalikha.

           Panggilan ditamatkan.

           "Dayang..." Panggil Viya perlahan.

           Dayang sedikit terkejut kerana itu merupakan kali pertama Viya memanggilnya Dayang. Selama itu, dia hanya menggunakan bos saja. Dayang tersenyum lebar.

           "Apa yang media cakap pasal aku?"Tanya Viya. Tidak lagi terlalu formal ketika berbicara dengan Dayang.

           Dayang menghulurkan tabletnya sambil sebelah tangan tetap pada stereng kereta.

           "Kau tengoklah sendiri." Balas Dayang pula.

           Viya membuka tablet tersebut. Dia tidak perlu membuat carian lagi. Apa yang disampaikan oleh media kepada orang ramai terpampang di skrin tablet tersebut.

           Foto-fotonya bersama Nawaz diselitkan bersama artikel tersebut. Foto sebelum mereka bernikah, foto ketika dia menghantar Nawaz ke luar rumah dan ketika Nawaz menghadiahkan ciuman pada dahinya sebelum berangkat ke kerja, foto ketika mereka berada di Sabah dan banyak lagi.

           Dia ingatkan, foto dia diserang oleh peminat ketika keluar bersama Nawaz dulu sudah hilang tetapi satu-persatu semuanya timbul semula dan semuanya menjadi paparan kepada semua orang.

           Memang rancangannya untuk menyembunyikan perkahwinan mereka salah. Dia menyesali keputusan yang bodoh itu.

           "Dayang..." Panggilnya lagi. "Kau tahu tak kat mana Nawaz buat press conference?"

           "Tahu. Kenapa?" Dayang mengerutkan dahinya.

           "Hantar aku kat sana."





Viya melangkah ke dalam bilik yang disediakan oleh pihak hotel tersebut untuk sidang media Nawaz berkenaan isu mereka.

           Dia menundukkan sedikit kepalanya agar tiada sesiapa yang mengecamnya. Tambahan lagi dengan bilangan pihak media yang memenuhi tempat itu.

           Keadaan menjadi riuh-rendah dengan bunyi klik kamera. Viya mendongakkan sedikit kepalanya dan mendapati Nawaz tiba juga di situ. Dia memandang ke arah orang yang mendampingi Nawaz. Siapa lagi kalau bukan Amanda.

           "Selamat pagi saya ucapkan kepada pihak media yang sudi hadir ke sidang media ini. Beradanya saya di sini atas sebab yang semua orang sudah sedia maklum. Sebelum sesi soal menyoal, saya ingin menjelaskan terlebih dahulu tentang isu salah faham tersebut." Nawaz memulakan bicaranya. "Sebenarnya..." Ayatnya tergantung apabila pandangannya jatuh pada seseorang yang berdiri di kalangan media.

           "Viya pun tahukan yang Nawaz akan buat press conference?" Tanya Amanda. Sempat lagi menyinggah di rumah Viya di pagi buta.

           "Tahu." Balas Viya dengan dingin.

           "Dia akan nafikan tentang perkahwinan kamu berdua. Viya tahukan?" Tanya Amanda lagi.

           "Tak, but thanks to you, now I know."

           "Viya setuju?"

           Viya terdiam. Setujukah dia?

           Viya menyedari yang Nawaz sedang melihat ke arahnya. Dia menguntumkan senyuman kecil. Kepala dia anggukkan.

           "It's okay." Dia membuat gerak bibir tanpa mengeluarkan suara.

           Nawaz menggenggam podium tempat dia berdiri itu. Kalau dia menafikan perkahwinan mereka, pasti dia akan membenci dirinya dan mungkin, dia juga akan kehilangan Viya. Tetapi jika dia membongkarkan tentang perkahwinan rahsia mereka, dapatkah hubungan mereka kekal walaupun jauh dalam sudut hatinya, dia tahu Mike lebih layak untuk bersama Viya dan bukannya dia.

           Amanda memerhatikan tangan Nawaz yang sedang menggeletar itu. Tahu sangat yang Nawaz masih ragu-ragu akan keputusannya.

           Nawaz menarik nafas dengan dalam. Sambil melihat ke arah Viya, dia berkata "Sebenarnya..."

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now