50

1.7K 111 2
                                    

"Berapa lama?" Dia menggigil ketakutan.

           Mike teragak-agak untuk menjawab. Dia tidak mahu menjadi orang yang hanya menyampaikan berita buruk kepada Viya.

           "Berapa lama?!" Desak Viya, kali ini suaranya lebih tegas.

           Mike mengetap bibir. "6 to 12 months?"

           Viya mengeluh sinis. Kenyataan itu terlalu pahit untuk dia terima. Untuk dia hadam baik-baik.

           "6 to 12 months." Bibirnya terketar-ketar.

           "We're not sure, okay. Please don't get your hope down. Ajal dan maut semuanya ketentuan Tuhan. Kita sebagai manusia..."

           "Macam mana?" Cantas Viya.

           Mike diam tidak berkutik. Tidak faham dengan soalan Viya.

           Tiba-tiba, Viya menoleh dan memandangnya dengan mata yang berkaca. Tinggal tunggu masa saja sebelum air mata membasahi pipi.

           "Macam mana saya nak tengok wajah ibu saya tanpa air mata mengalir sepanjang masa lepas ni? Macam mana saya nak hidup tanpa ibu saya?" Dia mula teresak-esak.

           "Viya..." Panggil Mike dengan lembut.

           "I can't live without her." Dia menggelengkan kepalanya.

           Mike mengunci rapat mulutnya. Andai dengan mengalirkan air mata dapat memberikan sedikit kelegaan kepada Viya, dia sanggup memberikan selama mana pun yang dia perlukan.

           Hanya masa dapat mengubati segalanya.





Semua kru yang terlibat berehat sebentar untuk lima minit. Nawaz dan pengarah rancangan memasak yang baru dirakamkan itu berbincang tentang sesuatu.

           Amanda juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam perbincangan tersebut memandangkan dia merupakan pengurus Nawaz.

           Perbincangan mereka tergantung apabila telefon bimbit Nawaz berdering nyaring. Nada dering istimewa yang disetkan untuk panggilan daripada orang yang paling penting dalam hidupnya ketika itu membuatkan dia mengangkat tangannya. Meminta sedikit masa untuk menjawab panggilan tersebut.

            Nawaz segera menjarakkan dirinya daripada semua orang. Daripada perlakuannya itu, Amanda sudah tahu siapa gerangan yang membuat panggilan kepadanya petang itu. Dia tertunduk memandang lantai.

            "Amboi, baru berapa jam tak jumpa, takkan dah rindu?" Usik Nawaz sebaik saja telefon dirapatkan ke telinga.

            "Awak..." Panggil Viya dari hujung talian.

            Senyuman Nawaz yang manis mati serta-merta. Suara Viya yang lain daripada yang selalu dia dengar itu membuatkan dia berasa tidak sedap hati.

            "Kenapa ni?" Nawaz cemas.

            "Boleh tak awak datang sini?" Viya mula teresak-esak.

            Nawaz meraup rambutnya. Sekilas pandang saja sudah tahu yang dia menggelabah. Ramai yang mula memerhatikannya.

            "Awak tunggu situ, jangan pergi mana-mana! I'll be there in five." Katanya lalu menamatkan panggilan telefon.

            "Haa, Nawaz! About the main dish..." Pengarah tersebut membuka bicara sebaik saja Nawaz kembali kepada mereka.

            "I'm so sorry! Something important came up. I really have to go." Ujar Nawaz. "I'm so sorry again." Sambungnya lagi lalu mengatur langkah pergi.

           "Nawaz! Nawaz!" Panggil Amanda, tidak menghiraukan lagi mata yang memandang. Dia berpaling menghadap pengarah tersebut. "I'm so sorry." Katanya sebelum mengejar Nawaz.

           Nawaz berlari sepantas yang mungkin menuju ke tempat dia meletakkan kenderaan. Esakan Viya tadi benar-benar membuatkan dia takut. Takut sekiranya ada sesuatu yang buruk telah menimpa Viya.

            "Nawaz!" Amanda menarik lengannya.

            "Kak, kita cakap lain kali boleh tak? I really have to go." Dia menolak tangan Amanda dan menyambung langkahnya.

            "Nawaz Ayaan, you better stop walking away now!" Arah Amanda. Suaranya ditinggikan tetapi Nawaz tetap berlalu pergi. "You know what? I think you're crazy. Ini impian Nawaz, tahu? To be the most known chef in Malaysia. That was your top priority and sekarang Nawaz lebihkan Viya daripada impian Nawaz sendiri?"

             Kata-kata Amanda itu bagaikan menikamnya. Dia terhenti di tempat. Hanya beberapa langkah jauhnya dari tempat Amanda berdiri. Akan tetapi, dia kaku dan tidak berpaling ke belakang.

             "Siapa lebih penting? Cita-cita Nawaz atau Viya?" Tanya Amanda.

             "Nawaz tak perlu nak pilih."

             "Yes, you do!" Desak Amanda. "Let's say akak yang berada kat tempat Viya. Will you be running like this to see me? Sanggupkah tinggalkan semua impian Nawaz semata-mata..."

             "You really want me to choose?" Nawaz akhirnya menghadapnya juga.

             Amanda diam. Ya, dia memang mahu tahu pilihan sebenar Nawaz.

             "Nawaz pilih Viya."

             Bagaikan kaca yang retak, begitulah keadaan hati Amanda ketika itu.            

             "Siang atau malam, Nawaz pilih Viya."

             Lidahnya kelu. Tidak dapat berkata apa-apa.

           "Susah atau senang, dia tetap pilihan Nawaz and even if..." Nawaz menarik nafas dengan dalam. Mengetap giginya. "Even if Nawaz kena pilih antara akak atau Viya, I'd still choose her."

           Air mata mula bertakung di tubir mata setelah mendengar jawapan Nawaz.

           "Because she's my wife. Nawaz takkan tinggalkan dia tak kira apa sekalipun aral yang mendatang. Now please, dont stop me... kalau akak tak nak hati akak lebih terluka."

           Dia berpaling semula ke arah jalan keluar dari banguan itu dan berlari sepantas yang mungkin untuk mendapatkan Viya.

           Amanda menekup mulutnya. Menahan esakan. Bukan itu jawapan yang dia inginkan.




Hampir semua jururawat dan pesakit yang bertembung dengannya, dia tanya soalan yang sama. Sama ada mereka ada melihat kelibat gadis yang berbaju ungu muda di kawasan hospital tersebut.

           "Pak cik, pak cik ada nampak tak seorang perempuan ni. Dia pakai baju warna ungu, kulit cerah-cerah sikit, tinggi macam ni." Dia menunjukkan ketinggian Viya yang hanya sampai paras bahunya saja.

           "Ungu muda? Ohh! Ada, ada!" Warga tua yang memakai pakaian pesakit hospital tersebut terangguk-angguk. "Tadi dia duduk kat kerusi depan wad pak cik. Kat tingkat tiga." Beritahunya.

           "Terima kasih ya pak cik." Ucap Nawaz lalu bergegas pergi dari situ.

           Sesampainya dia di tingkat tiga, dia terus meninggalkan lif. Akan tetapi, dia tidak perlu lagi mencari Viya kerana gadis itu berada hanya beberapa langkah saja darinya.

           Dia menghampiri Viya dan melabuhkan punggungnya pada kerusi bersebelahan dengan Viya. Gadis itu tidak lagi teresak-esak seperti ketika dia membuat panggilan telefon tetapi air mata tetap membasahi pipi. Dinding putih di hadapannya dia pandang dengan pandangan kosong.

            Nawaz menghembus nafas panjang. Tanpa berkata apa-apa, dia menarik tangan Viya. Menggenggam tangannya seerat yang mungkin. Kepala Viya pula dia sandarkan pada dadanya. Sebelah tangan memegang tangan Viya, sebelah lagi memeluk bahunya.

            Bahu Viya bergetar seiringan dengan esakkannya. Kehadiran Nawaz sedikit sebanyak memberikan ketenangan kepadanya tetapi rasa sakit itu tetap ada.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now