49

1.6K 121 5
                                    

Pagi itu Viya menjamah sarapan paginya dengan kuantiti yang sedikit saja kerana hendak ke hospital itu melawat kawannya yang baru lepas bersalin.

           Usai saja bersarapan pagi, Nawaz berlalu masuk ke dalam bilik. Viya yang sedang duduk di hadapan meja solek melontarkan senyuman manis kepadanya melalui cermin meja solek.

           "Nak saya hantar tak?" Tanya Nawaz sambil mengeluarkan baju kemeja yang telah diseterika oleh Viya semalam dari dalam almari.

           "Tak apalah. Nanti awak terlewat pula." Tolak Viya dengan sopan. "Awak balik pukul berapa?" Lip matte dicalit di bibir.

           "Rasanya lewat sikit sebab schedule hari ni packed sangat. Kenapa? Dah rindu?" Sakat Nawaz, tersenyum herot sambil menyarungkan kemeja tersebut ke badannya.

           Viya bangun dari kerusi meja solek dan merapati Nawaz. Tangan Nawaz yang cuba untuk membutang kemeja dia tepis dengan perlahan.

           "Tak payah nak perasan sangat, okay?" Balas Viya sambil membutangkan kemeja Nawaz.

           "Alah, awak ni ego sangatlah!" Merajuk lagi.

           "Okaylah ego daripada tak ego." Ujar Viya.

           "Kenapa pula?"

           "Sedangkan dengan awak pun saya ego, apa lagi dengan lelaki lain? Pandang sebelah mata pun tak." Jawabnya sambil tersenyum.

           Kata-kata Viya itu membuatkan Nawaz tersenyum kecil. Perasaan terharu dan gembira bercampur-baur.

           "Saya tahu." Perlahan saja suaranya.

           Viya mendongak dan mata mereka bertaut buat seketika sebelum senyuman terukir di bibirnya. Semakin hari, dia sedari yang dia semakin selesa dengan kehadiran Nawaz dalam hidupnya.

            Kalau dulu, dia merasakan Nawazlah orang yang paling menjengkelkan di dunia. Ada saja alasan yang dibuat untuk mengelak daripadanya. Setiap pertemuan juga terasa janggal dan meninggalkan rasa geram.

            Namun sejak kebelakangan itu, semuanya indah-indah belaka. Mungkinkah.... Nawaz sudah berjaya menambat hatinya?

            "Tak payahlah pandang macam tu. Malulah." Nawaz menutup mukanya menggunakan tapak tangan, acah-acah perempuan pula!

            "Eh, mengada!" Getus Viya dan membutangkan butang terakhir.

            Nawaz tersengih malu.

            "Ibu mana?" Tanya Viya, jarang sekali dia melihat kelibat ibunya di rumah itu sejak beberapa hari yang lepas.

            "Baru aje keluar. Katanya nak jalan-jalan dengan kawan. Pergi shopping." Balas Nawaz, hujung lengan dia lipat sedikit.

            Viya mengerutkan dahi. "Shopping?"

            "Kenapa?"

            "Tak adalah. Setahu saya, ibu tak suka sangat shopping ni." Katanya. "Awak rasa... ibu ada sembunyikan sesuatu tak?" Dia mula risau.

            "Sesuatu? Hm... ada!" Dia mengangguk. Pandangan yang diberikan oleh Viya seakan merayu untuk jawapan. Mungkin ibu ada boyfriend baru? Selorohnya.

            Viya terdiam. Mataya terkebil-kebil. Betulkah?

            "Er, saya gurau aje!" Nawaz tertawa. Janggal pula apabila Viya tidak tergelak.

5 Tanda Jatuh CintaWhere stories live. Discover now